7.4.15

Nama Kampung

Senayan lepaih i olls ada buat cerita pasai kes penipuan pasangan suami isteri dari Penang yang duk menipu orang sana sini.  Ampa boleh baca pasai kes tu kat sini  :

Memang dari awal aku tak berapa sedap hati nak tolong Kak Diana nak publish story ni sebab aku tau satgi silap hari bulan aku pulak terkena.  Tapi niat aku baik,  nak tolong Kak Diana dapat balik duit dia and peringatan kepada orang-orang lain dari terkena tipu helah pasangan laki bini ni.  So aku publish jugak.

Tapi nak jadi cerita adalah apabila tak semana-mana aku sekali lagi kena hentam sebab aku dikatakan BAGI BUSUK NAMA KAMPUNG sekian-sekian.

Ampa boleh baca post kat sini.  Nama sekian-sekian aku dah delete.  Tapi ampa boleh baca sendiri la kat Facebook aku yang public itu.



click read more




So here go carutan aku nak bagi kat orang orang yang duk bangga sangat pasai kampung ampa  :


  • Tak salah nak bangga nama kampung.  Kita kena bangga dan sayang dengan tempat asal kita.  Tapi agak-agakla.  Jangan jadi macam bodoh piang stim ganja.  Nak mengamok tak tentu pasai.  Sebelum ampa maki aku,  boleh tak ampa baca dulu blog aku?  Jangan semana-mana nak maki kat Facebook duk buat macam jora besaq,  ampa dah click dan baca habis ka semua cerita?

  • Tujuan aku bubuh nama kampung ampa tu sebab memang depa asal dari kampung ampa.  Kalau pun lani depa dah migrate pi Kazakhstan,  depa memang asal dari kampung ampa.  So sapa-sapa baca blog aku akan tau,  oh si polan tu mai dari kampung aku,  so sapa yang kenai?  Boleh la tolong bagi info tambahan dan ambil tindakan sewajarnya.  Yes,  lepas aku tulis artikel tu,  dan jadi viral semalam,  dah ramai orang contact Kak Diana and aku sendiri and bagi macam-macam input.  Hope Kak Diana boleh gunakan semua info ni untuk bawa kes ke mahkamah dengan kadar segera.

  • Aku nak tergelak apabila si polan duk gertak aku kat Facebook.  Bukan aku nak pandang rendah kat ampa ka apa,  tapi cara dia nak maki aku macam nak kata,  orang kampung ampa adalah sangat besaq sampai sapa pun tak boleh sentuh pasai budak ampa.  Walaupun budak itu buat siye dan menipu duit orang.  Patutnya kami dah petik nama budak ampa,  ampa mau pi pegang la budak ampa tu.  PASAI HANG!! SATU KAMPUNG DAPAT NAMA SIYE.

  • Dalam blog aku,  takdak sekelumit pun aku maki dan hina nama kampung hampa.  Aku tak sebut pun,  kampung ampa siye ka apa ka.   Aku just bagitau apa dua budak ni duk penipu orang,  modus operandi depa dan maklumat diri depa.  Siap kat last-last aku bagi nasihat elok elok kat depa dan peringatan kepada semua kawan-kawan agar berjaga-jaga.  Kot mana yang aku bagi buruk nama kampung ampa aih?


Sekali lagi aku nak tekankan,  tak salah kita nak bangga dengan asal usul kita.  Aku pun bangga asal usul aku.  Tapi kenalah berpada-pada.  Lani zaman internet,  semua orang kena bersedia untuk berfikiran terbuka dalam apa sahaja yang kita buat dan terima.  Tak boleh nak sensitip tak tentu pasal.  Silap hari bulan,  taik jatuh atas muka sendiri.

Kalau nak mengamok,  first of all sila siasat habis.  Dalam kes ni,  sebenarnya satu kampung pun dah tau pasai kes ni.  Cuma mamat ni tak tau la,  petang tu baru top up dan beli data kot. So dia paling last nak baca dan jadi panas hati.  Walhal,  Kak Diana dah roger dengan semua abang-abang dan buat apa yang patut.

The latest info yang aku boleh share pasai dua kanyiak yang duk tipu orang sana sini ni, Anis dan Faruk,  depa dua lani dah pindah keluar duduk di area Juru,  Penang.  Tak tau depa kerja apa dan buat apa lani.  Depa masih buat kepala keras,  facebook depa duk active macam biasa,  Whatsapp semua duk on lagi,  tapi depa tak endah langsung pasai apa orang kata dan maki depa.  Bila orang mintak bagi settle cara elok,  depa duk putar belit sampai benda tu jadi macam menipu.  Gila la budak budak ni.  Sikit hari kena pegang baru depa tau.

Saya tak akan mohon maaf kepada warga kampung berkenaan sebab saya tak buat salah apa pun.  Tapi kalau tak puas hati, jangan maki dalam Facebook.  Baca dulu bagi faham.

ps/  Buat baik pun kena maki.  Dunia dunia.

4 comments:

  1. Depa ni mau dok rilek sat. Repo kampung tu pun bukannya elok tera mana pun.

    ReplyDelete
  2. tah pape tah orang tu nak nak marah psl kampung dia..patriotik x kena tempat..aku baca artikel jumie ni cuma igt nama pompuan tu jah..nama kampung aku x kisah..kiranya..ramai lagi akan x ingat nama kampung mcm aku ni..tah apa sumbangan dia pada kampung tu pun x tau...kecoh je lebih si pengomen tu..aihhh..aku lak marah on behalf hang jumie...hahahaha

    ReplyDelete
  3. itu namanyaa orang yang igt diri begus tp info ciput..attack membuta tuli..satgi, dah baca balik, dia diam je laa..malu sendiri..saya baca semalam pun xdak pun cerita pasal hal kampung..dok cerita pasal mcm mana kak diana kita kene tipu and ape mode-mode penipuan mereka..takdak sebut apa2 pun pasal kampung tu mcm mana gaya or pasal orang-orang kampung..

    saja kot tumpang populariti sat nak jadi jaguh kampung save my kampung's name..agak-agak laa bro..tengok betui2 dulu baru terjah..hah sat ni hang malu sendiri..

    ReplyDelete
  4. Langsung tak ingat nama kampung tu walaupun ada dalam post tu. Kesian Jumie kena maki. Budak tu kurang kasih sayang kot (kalau aku mak dia confirm aku tak mengaku anak terus lol)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...