14.4.15

Resepi Baked Spaghetti Meatballs by Chef Nizal Ashriff

Hello u olls semua,

Dah lama tak share resepi masakan kat blog I olls.  Sebab memang dah jarang masak.  Setakat masak yang bodo-bodo seperti sambal ikan bilis,  takkan tu pun nak tulis kat blog.  Macam daoh-daoh pulak. Oleh itu,  hari ini nak share I olls belajar memasak Baked Spaghetti Meatballs daripada Chef Nizal Ashriff.  Seronok la ada kawan-kawan yang pandai masak apa semua ni.  

Saya nak share resepi ini sebab bahan-bahan yang digunakan adalah mudah,  murah dan senang untuk dibuat.  Sesuai untuk melahap sendiri di rumah ataupun apabila tetamu mai.  Sebab kita boleh letak dalam freezer and baked benda alah ni bila tetamu kita mai.

Im sure ada banyak lagi resepi seumpama ini yang menggunakan bahan-bahan yang lebih meletops-letops.  Tapi resepi ini adalah paling asas dan ampa semua boleh try tanpa membuat salah.  Kepada yang dah terror -terror boleh la nak improvise resepi ni jadi lebih meletops.

Jom try!!

Baked Spaghetti Meatballs by Chef Nizal Ashriff


click read more





Bahan-bahan untuk meatballs  

800 g daging kisar 
200 g biskut cream crackers yang telah dikisar
2 biji bawang Holland yang dicincang
2 biji telur

Sedikit dried oregano 
Sedikit butter (untuk saute bawang)
Lada hitam (grind / tumbuk)
Garam 
Serbuk perasa
Daun sup dan daun bawang

Cara-caranya  :

1.  Panaskan kuali,  cairkan sedikit butter.  Saute bawang Holland yang telah dicincang sehingga bawang menjadi jernih.  Angkat bawang bila dah siap.

2.  Dalam bekas yang besar,  gaulkan daging (make sure dah defrost ya),  bawang yang telah disaute,  serbuk biskut cream crackers,  telur,  dried oregano,  lada hitam,  garam,  serbuk perasa dan daun sup dan daun bawang.  Gaul rata dan biarkan seketika untuk marinate.




3.  Ambil daging tu dan buat bulat-bulat.  Ikutlah size yang sedap rasa ampa. 

4.  Dalam flat pan,  cairkan butter,  dan masukkan meatballs.  Pusing apabila nampak kesan garing.  Masak untuk 5-7 minit sahaja.  Tak perlu masak penuh,  sebab nanti kering tak sedap.  Nanti kita pun nak baked lagi.















Bahan-bahan untuk spaghetti and tomato sauce

125 gram butter
4 bawang holland dicincang 
5 biji tomato merah dicincang
2 biji bell pepper / Capsicum dicincang
1 tin besar tomato puree Ayambrand (430g)

1 pack spaghetti
1 pack mozarella cheese yang telah dikisar
Sedikit tomato sos (Kimball / Maggi)
Sedikit dried oregano 
Lada hitam
Garam 
Serbuk perasa
Daun sup dan daun bawang


Cara-caranya  :


1.  Panaskan butter dalam kuali.  Saute bawang Holland hingga bawang menjadi jernih.


2.  Masukkan tomato dan bell pepper yang telah dicincang.  Gaul hingga sedikit layu.

3.  Masukkan tomato puree,  sedikit tomato sos,  dried oregano,  lada hitam,  garam dan serbuk perasa.  Biarkan mereneh.


4.  Masukkan meatballs dan gaul rata.  Last sekali masukkan spaghetti yang telah direbus dan gaul rata.



6.  Masukkan spaghetti dan meatballs ke dalam dulang timah berbentuk bulat.  Taburkan cheese mozarella ke atasnya.  Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 200-250 darjah celcius untuk 15-20 minit. 

7.  Tabur daun sup dan daun bawang sebagai hiasan dan aroma.



S E L A M AT   M E N C U B A

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...