7.4.15

Ulasan Dekorasi Perkahwinan Najwa Mahiaddin dan Idris Koh

Hello u olls,

Okay!! Semua gambar dalam artikel ini I olls ambil daripada IG @rizalman71 dan juga IG @najwamahiaddin.  Dah berminggu majlis ini berlangsung,  tapi sorrylah I olls agak lewat membuat review.  Hope ulasan ini membuatkan ampa semua rasa seronok sebab I olls juga rasa menyeronok ketika membuat review for this wedding.  Kerana ada banyak benda baik nak kata.  

Secara overall,  wedding Najwa Mahiaddin dan Idris Koh adalah amat meletops sekali.  Sentuhan pereka ternama Malaysia,  Rizalman haruslah taste yang diberikan dalam setiap detailing majlis-majlis ini adalah sangat meletops dan menyentap di hati.

Jom baca review I olls buat.



click read more




Majlis Khatam Quran dan Persiapan Di Rumah

Ada dua gambar ja yang I olls dapat untuk gambarkan event ni.  Apa pun I olls rasa sangat family-family bila tengok gambar kat bawah ni.  Im sure majlis khatam Quran dijalankan dalam suasana paling sederhana tetapi penuh makna dan keberkatan.






Nikah

Sangat suka kerana Najwa memilih busana warna putih untuk majlis nikah.  Padanan tudung yang sangat simple dan sesuai dengan susuk tubuh beliau yang kini makin selim u olls.  Walaupun simple,  tapi dia tetap pakai bling-bling yang meletops.  I suka juga dia punya make up very the simple dan fresh.  Pastu dia buat henna pun sikit ja kat tapak tangan.  I sangat suka.  Nampak sangat kelas.  

I olls juga suka pada pelamin nikah beliau yang disusun dengan pasu pada dinding bertingkat.  Level dan juga efek warna yang diberikan sangat lain dari yang lain tapi memang kita boleh tau ini adalah trademark Rizalman.







Under The Cloud
I sangat suka pelamin ini.  Siriesly macam manalah mak ayam Rizalman boleh dapat idea inspirasi macam ni.  Selalu bunga susun-susun kat bawah,  ni dia gantung kat ataih.  Mainan lampu juga disusun dengan cantiknya agar nampak very the mistikel.  Keluar-keluar asap lagi.  Sembah ratu zapin 77 kepada mak ayam Rizalman and team.  U olls boleh tengok proses in the making of this pelamin kat IG beliau.

I hope pelamin ini menjadi inspirasi kepada pereka pelamin dan pengantin yang lain sebab gila senang nak amik gambar u olls.  Especially bila nak amik gambar dengan family.  Haa....bila amik family photo,  En Khafi selalu paksa aku masuk celah-celah belakang pelamin.  Dia nanti pegang tangan aku lalu celah pasu tiang apa bagai.  So that nanti dalam frame duduk tengah-tengah.  Hare betui la aku selalu nanti neves kot kot terkena kejutan shot karen ka apa ka.  Kalau pelamin lagu ni mana boleh kena kan?

Satu lagi yang menarik pasai pelamin dan dekorasi ala-ala Under The Clouds adalah masa Dayang Nurfaizah dan Misha Omar menyanyi khas untuk pengantin.  Yang meletopsnya adalah sorang penyanyi duduk belah sana,  sorang lagi duduk belah sini. Pastu pengantin duduk tengah-tengah.  Aiyooo meletops sangat.  Rasa sangat mejikel,  pari-pari duk mai lagu mana ka.  Aku sangat suka.  Ampa boleh check out the video dalam IG Rizalman juga. 

Bercakap pasai busana,  i love the fact that beliau memilih rekaan yang simple tapi tetap avant garde untuk dirinya (Najwa).  Sekali lagi suka rekaan tudung beliau.  Simple tapi macam misteri lagu mana ka.

















Under The Tree

Yang ni i olls sendiri bagi nama.  HAHAHA.  Kalau ampa tengok efek untuk kategori ni sangatlah avatar.  Pokok-pokok colour nak mai purple-purple bijik remia dan pink and masuk juga biru firus.  Pengantin mengenakan dua busana iaitu putih dan lilac.  I sangat suka detailing pada chandeliar,  ada macam pokok-pokok akar duk jatuh.  Rasa macam kat lagoon di pedalaman New Orleans pulak.  Gituuu.










Akhir kata,  tahniah saya ucapkan kepada Najwa dan Idris kerana sudi berkongsi hari bahagia u olls bersama kami semua di laman sosial u olls.  Majlis u olls berjalan dengan sungguh indah dan penuh inspirasi sesuai dengan nama u olls sebagai seorang anak seni.  Lebih indah sebab disulam dengan orang-orang yang u olls sayang ( suka tengok sebab banyak family around you).  

Juga kepada your fairy god mother iaitu Rizalman,  tahniah kerana inspirasi u olls tidak pernah mengecewakan mata-mata pengikut seperti i olls dan anak-anak.  

1 comment:

  1. suka sangat dengan Najwa ni since dulu. suara vogue, ada quality serba serbi nya. lagi pulak bila dia berhijrah kan. pelamin cantik! omaiii rizalman touch memang kelas.... tapi berapa lah harga kan? hehehehe

    tahniah najwa dan idris! :)

    *pesanan penaja* cuba review sikit persandingan sorang lagi anak menteri. ehhh anak perdana menteri ;)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...