8.4.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014

Hello u olls semua,


Rasanya macam dah 13 tahun I olls tidak membuat review fesyen artist Malaysia.  Katanya I olls telah terasa sentap dengan penyataan seorang pereka fesyen yang mungkin nak kata kat I olls secara tak langsung.  Katanya "Orang yang takdak fashion background tak layak nak buat ulasan fesyen gitu,"

Well siapalah I olls nak menyangkal kata-kata itu.  Yes,  i memang takdak apa sijil pun pasai fesyen.  Actually i do this for fun.  Sebab I olls sendiri adalah pencinta fesyen.  I suka tengok baju cantek-cantek semua.

So memandangkan ABPBH 2014 telah berlangsung baru-baru ini,  maka I olls nak buatlah fashion review untuk tatapan u olls semua.  Kita enjoi!!




I pilih Hanez sebagai paling meletop sekali sebab memang dia sangat meletops.  Dress ini sangat meletops dan potongan dia sangat padan dengan bentuk badan beliau yang sudah sedia kala meletops.  Warna juga tidak cliche.  Hijau juga tanda cinta...iaitu JEALOUSY!!  Tapi dress ini terlalu avant garde.  Kalau boleh buang salah satu eksesori yang sedia ada sama ada choker tu atau clucth tu.  Kalau buang dua dua pun takpa.




click read more







Ni mesti Rizalman ni.  Haruslah meletops.  Tapi I olls rasa macam terlalu santai.  Selalu tengok Kak Dayang dalam IG semua duk dressap macam ni gak.  Tapi apa pun beliau pakai I olls suka.






Dress ini macam pernah aku tengok atas red carpet Hollywood.  I think Madonna pernah pakai lagu ni.  Tapi duk cari gambar dia dan rekaan sapa tak jumpa.  Sapa-sapa yang tau boleh tak tolong share sat.  Dress ini cantek tapi Jue Evans nampak macam tua dengan make up semua lagu ni.  Maybe dia nak ikut tema kot...Cinta Sugul.





Kerlas ribbon besaq ala-ala Dior ni.  Okaylah.  I bagi pujian sebab dia tidak memakai eksesori sarat yang akan mencacatkan dress ini.





I sangat suka dress Ella malam itu.  Beliau nampak so young,  fun and still adventurous.  Retis muda yang lain sila contohi beliau.  I juga suka the fact that Kak Ella memilih make up yang nipis dengan rambut sanggul mak tok.  She looks funky!





Ive seen her in better dress better looks.  Seperti kata laki Thini yaitu Kalai "You are hot babe...u can pull any dress!!"  Kerlas laki depa.






Terima kasih kerana tidak memakai apa apa merapu yang akan menhuduhkan your whole look.  Dress ini cantek dan simple.  I suka kasut u.





Pasai pa retis Melesia ni semua nak pakai clutch besak-besak?  Ampa nak bawak Ipad ka masok dewan?  Suruh la PA pegang beg ampa.  Anyway,  colour dress ini tidak cantek untuk beliau.  She nampak tua.





Kerlas Hani Madu.  Dress ini pun sebenarnya inspirasi daripada Dior Spring Collection (tahun bila aku tak ingat).  Style cut out kat tengah macam mana ka.  Pastu bubuh net.  I really like idea dress ini.  Tak semua orang boleh pakai dress lagu ni.  Especially kalau hang bubuh kat Enot.  CHOIII!  Bukan sebab dia gemok.  Babilah.  Tapi dia kan berhijab.  Mana boleh pakai cut out ni semua.  I like this dress,  tapi i rasa lagi best kalau takdak turtle neck macam tu.  Hani nampak macam stuffed!  Apa pun...u can go really HOT!





Deni macam baru habis ice skating .....pastu pakai skirt ja.  Sebenarnya kot dalam dia pakai suming fu ada labuci ja tu.





Laaa Kak Nam...awat hang pakai lagu ni?  Siriesly not age appropriate.  Aku ingat lagi dia ni dulu lepaih menang One in A Million,  dia duk pakai funky-funky.  Ni awat duk pakai dress macam pinjam kat butik perkahwinan di Sungai Petani.  Orang kulit tanned macam u sebenarnya ada ruang yang lebih luas untuk try colour colour meletops,  tapi bila tersalah pilih u nampak tak berseri.  And i think,  baju ini adalah oversize.  U pi pakai dress Enot ka?





Dress ini nak macam dress Elie Saab untuk Iggy Azalea untuk BRITS Awards 2014.  Tapi ada kelainan sikit la.  Aku tak suka lengan baju ni.  Sebab actually this girl bukan tinggi lampai,  dia adalah kecil molek. Bila pakai lengan rambu ramba macam tu,  nampak serabut.  And rambut itu adalah tidak sesuai.  Bun up adalah lebih sesuai untuk beliau.





Sangat respek mak ayam ni,  dah kertu tapi masih meletops dan berani.  Tapi i think this time she might overdo her style.  Bagi i she have to choose one thing saja sebagai feature dress ini.  Skirt dah kembang,  kot pinggang ada detailing,  pastu ada lengan kepok-kepok.  If kat pinggang tu dia biarkan kosong...mungkin dress ini nampak lebih mahal.





Aku patutnya sokong beliau sebab dia pun wanita agam.  Tapi dia memalukan.  Dress dia merapu.  Ataih dia duk buat macam hijabistas berbunga kerawang,  sekali kot bawah pakai but.  Kalau aku print gambar ni balik bubuh ataih kuboq Joan Rivers,  mampuih detu akan bangun balik apa!!





Simple dress with nice colour.  Potongan cantek.  Tapi tula...hembek tu aku macam nak baling buang.





Aku tak paham dress ni.  Rejected daripada pilihan costume Game of Thrones ka?  Bagi aku there are so many things going on here.  Rantai ppinggang.  Rantai bahu.  Drapping biru.  Hood.  She is a beautiful woman tak pernah nak over over sangat aih. Dress ni nampak sangat costume.





Organza murah.  NEXT.






I tau sapa buat dress ni.  Dia kawan I.  Tak mau carut.  Nanti dia mai bakar rumah I.





Dress ini adalah dari Rizman Ruzaimi.  Aku macam pelik la macam mana deni duk buat comeback style pakai baju dari designer meletops dan make up artist yang she hire also not calang-calang.  Rezeki come back sangat meletops kot.  Actually dress ini sangat funky dan ada ceritanya.  Tapi kalau bagi kat pompuan kurus lampai macam Atilia ka meletops la.  Bubuh kat Kak Amelina,  siriesly baju ni nampak sedikit kampung.  The cutting is not for her.  Sorry.





Tok Ti tampil simple and sweet.  Nothing to carut her.  She knows how to look mahal.





Takleh carut.  Satgi kena panah petir.





Farah FAUZANA!!!! I love her but why why why why dia tak pernah nampak stylo di atas red carpet?? Why why why?  Sapa yang reka dress ni kat dia?  Awat ampa buat naya kat FF?  Mai aku nak bagitau why this dress is so wrong.  1.  FF adalah wanita muda yang simple.  So dress ini menyerabutkan.  2.  There's too much going on,  drapping dan patch work di pinggang,  kain belakang yang meleret,  kain ala-ala songket kat dalam, TOO MUCH!  Kalau bagi topi dan juga scroll kat FF dah nampak macam dia duk konvo dah.





Dress ini adalah inspirasi dress Tom Ford untuk Gwyneth Paltrow untuk Oscar 2013.  Cuma bezanya yang ini dibuat untuk wanita bertudung.  I dont like this dress on her sebab Neelofa nampak macam terperangkap.  And detailing pada bahu dress itu.  PERLU KAH?  Pasai orang Malaysia nak kena juga letak manik?? Why?





Untuk wanita berhijab!! Nora bagi 5 bintang.  She looks so nice and lembut.





Sapa pompuan ni?  Nampak macam Sha Fadhil?





2 words.  MARS ATTACK.






Dia ni nampak macam kek Barbie Doll yang Noreena Rosdi duk buat untuk orang order.  Yang skirt tu kek...yang tengah tu cucuk patung.





Simple dress dengan selendang manik penuh tutup dada?  Ko rasa sapa dah pakai macam ni?  Haruslah Zuhair Murad untuk JLO masa Golden Globe 2011.  Ko ingat mak tak tau.  Okay la inspirasi itu telah di ISLAM kan.  Tapi duk bawak lampu minyak tanah apa kat tangan tu?  Tak boleh ka pi cari clucth hat elok sikit.






Dah buat shoulder ala-ala perahu,  pasaipa nak bubuh riben pulak kat pinggang.  Ampa ni suka nak bubuh macam - macam kat baju ampa kan.




Next.





Tak tau nak komen apa.  Semua okay kot.




Sila tukar kasut please.  Next.





Fun and seronok.  I suka.





Rambut bubuh pin banyak inspirasi Rihanna.  Tapi tak perlu lah kot pakai rantai emaih besak tu.  Nampak macam tengkok tu termasok dalam.






Sangat suka dress ini.  Detailing bunga bunga pada gaun labuh dan kembang ini menunjukkan yang Nad adalah seorang gadis yang muda dan comels.  Tapi i wish she do something with her hair...






I dunno what to say about this dress.  Nak kata cantek pun tak,  nak kata huduh  pun tak.  Maybe pilihan warna.  Dua colour putih dan biru tu macam tak masuk.  Tambahan pula ada lace kot atas.  Nampak macam semak.





Bagi bunga tangan kat dia...dia jadi baju kawen dah.





Next.






Beliau adalah cantek awat dia pakai biasa biasa ja.  :(




Skirt kembang hitam macam ni memang trend lani.  Tapi tak semua orang pakai elok.  Especially orang kecik molek macam ni.  Nampak macam dia duk kena makan dengan skirt hitam ni.  




Laa awat ada Arina Zainal kat sini?  Kasut platform lagu tu orang duk pakai lagi ka?



Kiri  :  I suka dengan syarat dia buang gelang tangan,  beg,  cekak dan subang bunga raya apa tu.  Kasut pun pi buang.  Tukak pakai kasut simple yang lain.  Kalau i,  i akan pakai kasut kitten warna kuning pop!!  Baru naik.  Rambut pun i akan bun up.

Kanan  :  Is that Raja Azmi?  Nak bubuh daun bunga roih kat bahu...bubuh la...tapi awat kat skirt ampa pi tambal bunga corak lain pulak.................ampa ni pun kalau boleh semua nak bubuh.  Kat skirt nak bubuh.  Kat baju nak bubuh.  Last sekali awat ampa tak bbuh lampu kelip kelap...dia jadi la pokok krismas!





Suka dress ini.  And suka clutch dia.  Very the simple.  Awat takdak orang nak pakai clutch kecik lagu ni?




Catz ni bergaya kot selalunya.  Awat duk pakai dress macam kakak-kakak nak pi kenduri.




Dress ini asalnya putih ja kot blah dalam.  Pastu dia rasa segan sebab seksi,  so dia tarik kain tirai apa ka lilit kat pinggang.  Tapi tak cukup kain.  Sebab tu terlubang kat tengah.




Kerlas mak ayam macam pompuan-pompuan kaya.



Cantek baju ni.  Simple dan ada bentuk yang menarik.  Original.  Kalau dia bok naik rambut dia lagi meletops!!




Kategori Lelaki

Aku tak tau nak carut apa sangat.  Baju laki semua sama ja kot.




Okay la smart and muda.




Deni nak buat mejik ka apa ni?




Ini memang gaya dia kan?




Macam mana deni boleh menang lagi?




Siriesly sangat suka Lan Petpet malam ini.  Dia nampak kemas dan muda.  Steady ular sawa.




Suit dah elok elok pasaipa nak kena buat seluar size kecik? Ampa ingat cool ka?  Dah tengok cerita Kingsmen dak?



Semangatnya Fazli Zainal.  Takot tengok.




Couple ka ni?




Gemok itu OHSEM!!!!




5/10/  I donch like men in pink.  Unless u are openly gay.




adik adik sangat.....7/10




10/10




6/10




4/10.  Awat bell boy terlepaih kat sini?




Meletops 10/10. (Adik adik sangat...)





Meletops.  7/10




Meletops.  9/10.






Couple



Nak haram la deni duk mai tayang laki dia.  Bencilah.  NEXt!!




Dress pompuan ini boleh jadi meletops kalau dia buang semua manik-manik duk ada.






Comei depa dorang ni pakai baju tutup mata.  Depa pakai lagu ni,  bagi topi satu kat Bochey ni...mesti keluar arnab.





I suka dress merah kat tepi tu.  Nampak meletops.




Jiehan adalah sangat cute.  Dress ini meletops.  Tapi kalau kat pinggang bagi lagi ketat mesti lagi meletops.




Kerlas Wak Doyok bawak aci pakai kain kemban ja.  Kau ada?




Aku agak terkejut dengan pilihan fesyen depa ni.  Very daring actually.  Nampak macam pegawai perang yang garang nak mampuih nak dictate negara.  





Orang Monggolia mana tersesat mai sini ni?  Hariamm.



Gila meletops Datin Amylia Rosnaida dengan Datuk AC Mizal.  Depa ni cute la satu family.  Dress macam ni.  




Banana in Pajamas dah jadi orang.




I suka dressing depa ni semua.  Walaupun a bit costumy,  tapi kalau tengok detailing memang cantek.  Depa pi tailor betui betui ikut size badan depa.  Aku suka yang baju merah belakang tu.


Kesimpulan  :

Harap retis Malaysia lebih peka dengan pemilihan fesyen yang dibuat.  Lagi 5 tahun nak Wawasan 2020,  tapi pilihan fesyen ampa masih lagi ke arah Juara Lagu 1998.  Tak semestinya u kena pakai semua benda pada masa yang sama.  Pilih satu saja feature yang u nak and work it out.  Ruginya ampa ada nama,  ada duit,  tapi ampa tak belajar betul betul tentang gaya yang sesuai untuk badan,  warna kulit dan usia anda.


Gambar dari  :  Rotikaya

14 comments:

  1. yang nie paling ditunggu... hahaha..

    ReplyDelete
  2. ok lawak entry nie..paling lawak, MARS ATTACK! mmg sangat sebijik! runner-up orang mongolia sesat..hahahah...

    erm, i agree, i don't like men in pink..some may say men in pink menunjukkan mereka berani, but in my eyes, they look gay..macam tak jantan plak lau pakai pink, the manliness to hilang!

    dress paling suka, Dato Siti!!

    ReplyDelete
  3. Heliza Helmi tu silap event. Dress tu solat friendly. Hahahhaha. *kena panah petir*

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. haha setuju ngan hgpa..
    Retis2 Malaysia ni takdak stylist ka eh?
    Dok pakai cmna ka.. selalu mcm tak kena ngan umur & event
    paling kesian tgk Enot + Fara Fauzana + Ayu OIAM = mangsa fesyen
    Takkan depa takdak idea sendiri masa nk tempah baju? huhuhu
    depa tak rasa pelik ka tgk diri depa bila dh dress up nampak pelik awkward 1 mcm.. lol
    Especially yg pakai mcm nk bersanding tu semua.. lol

    **ops takdak background fesyen dok caruts lak kami** SORRY**

    ReplyDelete
  6. Paling suka Dato Ct & Shanaz (walaupun ada yg sakit mata dgn dressing dia) ....

    ReplyDelete
  7. Selalu kesian dengan Farah Fauzana..
    Dia meletop, glam, cantik dari freehair sampai berhijab bab red carpet fashion mmg failed
    Sapa jugaklah selalu dok pedajal bagi baju2 sponsor kat dia hat buruk2..
    I think since dia dah kaya, she needs to hire a consultant la kot..

    Overal, fesyen artis2 Malaysia nih boriammm..
    Takleh lekang dengan labuci2, tekat tampat and lace.. boringg..
    Tak perlu overdo, just simple2 cam Siti dah sweet, sedap mata memandang..
    Shahnaaz sangat berani, couple dia punya dress pon theme sama..
    Boleh sapa pasangan tentera nak kawen buat dress lagu nih..

    Psstt, Didie Alias mana? Hahah

    ReplyDelete
  8. Banana in Pajamas dah jadi orang.

    TERSEMBOQ AYAQ LIYOQ!!! KAH KAH KAH KAH!!!

    ReplyDelete
  9. takdak benda lain kecuali hahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  10. enot paling ngarot choi! Baju dato CT ai tengok macam nak pergi open house hari raya je..for me dress hanez paling kerlass .. walaupon gosip dia meloyakan.. puiihh.. Uqasha senrose punya dress ponnn.. nampak simple tp meleppss... Sharnaz punya theme pon best..

    ReplyDelete
  11. I hate the most... Family Dato AC... Beckham Wannabe sgt...

    ReplyDelete
  12. suka tgk Uqasha ayu...Hanez meletops lbh baik buang yg kt tengkok tuuu..currlasss ulasan ni..i olls happy

    ReplyDelete
  13. suka ulasan untuk achey kintang kintung...sampai la ni dok gelak baca ulasan tu.hahahaha..

    ReplyDelete
  14. Fara Fauzana = Lawrence of Arabia. Yang neelofa & heliza, awat tak ingat pesanan Edna Mose - No Cape!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...