27.4.15

Ulasan Filem Big Eyes



Hello u olls,

Ini adalah filem ketiga yang I olls tengok menceritakan tentang kisah seorang pelukis,  and to be more spesific...pelukis wanita.  Big Eyes menceritakan tentang seorang pelukis wanita bernama Margerat Keane.

Cerita bermula apabila dia melarikan diri daripada perkahwinan pertamanya dengan membawa bersama anak perempuannya.  Depa mai duduk kat San Francisco.  Dia kerja sebagai pelukis perabot di sebuah kilang and pada hujung minggu dia pi la duduk kat flea market dengan mengambil upah melukis potret.

Kat situ,  dia kenal seorang lelaki bernama Walter.  Maybe sebab dia lonely dan mungkin juga desperate,  dia pun kahwin dengan lelaki ini.  Walter juga katanya seorang pelukis.  So depa sama-sama duk berusaha la duk jual lukisan depa kat galeri lukisan dan macam-macam lagi.

click read more


Tuah ayam nampak di kaki,  oleh kerana kebijaksanaan Walter untuk 'sembah deraih' akhirnya dia dapat promote dan jual lukisan depa dorang di sebuah kelab malam.  Tapi sebenarnya,  orang lebih tertarik dengan lukisan potret anaknya yang bersifat unik kerana  lukisan bini dia semuanya style lukih mata besar,  comel tapi sedih dan menakutkan.

So one day,  ada satu columnist nak interview Walter.  Dia duk eksaited la nak cerita pasai lukisan dia,  tapi sebenarnya wartawan tu lebih berminat pasai lukisan 'MATA BESAR'.  Pada saat itulah,  Walter telah membuat satu penipuan!!  Dia mengaku yang lukisan mata besar itu dilukis oleh beliau sendiri.  Dan sejak itu,  dia sendiri yang mengaku semua lukisan MATA BESAR adalah hasil seninya.

Haram jadah punya jantan.  Dia manipulate bini dia kat rumah.  Dia suruh detu kurung diri sendiri untuk melukis dan berkarya.  Anak depa sendiri tak boleh nak tengok sebab depa tak mau rahsia terbongkar.  Satu demi satu hasil lukisan dikeluarkan oleh Margaret yang akhirnya membuatkan nama suaminya terus mekar dan popular.




Di rumah Margaret duk makan hati sorang-sorang.  Dia rasa sedih dan terkilan sebab dia langsung tak dapat credit atas segala kerja dia.  Dan laki dia pulak duk mai jadi macam serr.  Tak bagi dia bercampur dengan kawan-kawan dan over protective.  Jadi paranoid la sebab dia sendiri adalah penipu.




Kemuncak perasaan Margaret adalah apabila dia baru realized yang selama ini laki dia adalah penipu kerana selama ni lukisan yang laki dia duk jual adalah LUKISAN ORANG LAIN atas nama SCENIC dan laki dia hanya cat nama dia sendiri atas lukisan tu.  Kat situlah dia baru tau yang sebenarnya laki dia ni tak tau melukis langsung.

Haram jadah betui la.  Dua kali dah aku sebut haram jadah ni.  Aiii dosa kering tak pasai pasai.  Time nilaa dia berambos dari rumah laki dia and last sekali lepas beberapa tahun dia merantau and duduk dengan anak dia,  dia memberanikan diri untuk bagitau satu dunia yang sebenarnya dialah pelukis BIG EYE dan laki dia adalah penipu.

Pendek cerita,  dia nak saman laki dia sebagai penipu dan dia nak tuntut semua hak dia,  masa dalam court hakim tu suruh depa dua dua orang melukis.  And tengok sapa boleh melukis,  dan of courselah Margerat boleh lukis dan laki dia tak boleh lukis dengan alasan,  tangan dia sakit.



Ampa semua patut tengok cerita ini.  Sebab cerita ini adalah cerita betul dan para pelakon dalam cerita ini adalah hebat-hebat belaka.  Susunan cerita adalah teratur dan tempo adalah biasa.  Tak laju sangat dan tak cepat sangat.  So aku berjaya tengok cerita ni at one go tampa tertidok depan laptop.  Laki aku kata aku dah tua,  sebab tu tengok apa pun lama-lama boleh nak terlena.  Hareem..

Di akhir cerita,  depa bubuh gambar watak sebenar iaitu Margaret Keane yang sampai lani masih melukis dan Walter Keane yang sampai mati dia masih duk mengaku dia adalah pelukis sebenar tapi hakikat lepas daripada court case dia langsung tak produce sebarang lukisan baru.  Dia mati pada tahun 200 manakala Margaret Keane masih hidup dan masih melukis setiap hari sampai hari ini (ikut tarikh aku tulis blog ni la).


The real Margaret dan Walter Keane.  

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...