13.4.15

Ulasan Filem Fifty Shades of Grey

Thanks kepada anak-anak ayam ku yang gigih mendownload filem ini untuk ditonton oleh I olls.  Katanya filem ini amat dinanti-nantikan oleh semua peminat buku tersebut.  I olls pun feelinglah seronok nak tengok filem ini walaupun I olls tidak pernah membaca bukunya.  Maybe sebab i olls amat mudah terpengaruh dengan sogokan iklan dan juga promosi yang dicanang-canang oleh pihak media.




Kepada U olls yang tak tau tentang filem ini,  filem ini diinspirasi daripada novel yang ditulis oleh seorang novelis wanita bernama E. L. James.  Novel bergenre erotik ini mempunyai 3 siri cerita (trilogy) yang dimulakan dengan Fifty Shades of Grey,  seterusnya Fifty Shades Darker dan Fifty Shades Freed.  So tiga-tiga buku dah release keluar.  Now filem baru keluaq satu.  Nanti dia keluar la lagi dua.  Kerlas.


click read more



Filem Fifty Shades of Grey dimulakan dengan Anastasia seorang pelajar sastera perlu menggantikan housemate beliau pi interview seorang lelaki kaya bernama Christian Grey untuk majalah university depa.  So,  masa interview tu Anastasia pun berkenalan dengan Christian Grey ni la.  Macam mana ka,  Christian Grey ni macam syiok kat Anastasia so dia pun duk mengorat Anastasia semua.  Pastu,  Anastasia baru dapat tau yang Christian Grey ni mempunyai keinginan seks yang berlainan itu BDSM.

So lepas buat agreement dan disusuli dengan perbincangan depa capai persefahaman Anastasia pun  merelakan dirinya di-BDSM oleh Christian Grey.   So di akhir filem ini,  akhirnya Anastasia rasa kecewa dengan hubungan dia dan Christian sebab dia merelakan Christian buat macam-macam kat badan dia (seksaan BDSM) tapi Christian tak membenarkan dia untuk menyentuh Christian dengan cara yang normal.  Dia rasa sangat pelik dan confused,  so dia decide untuk tinggalkan lelaki itu.

Kepada sesiapa yang tak berapa biasa dengan topik erotik,  aku harap ampa bersedia dengan hati dan minda terbuka masa nak tonton filem ini.  I olls juga terasa sangat pelik and membuat beberapa bacaan tentang cara hidup golongan yang mengamalkan kehidupan seksual BDSM.  Memang menakutkan,  pelik,  seram dan ngilu.  I wonder kat Malaysia ada tak komuniti ini?  Mesti ada punya aih!!

Tapi aku bukan nak cerita pasai hubungan BDSM ni salah ka betui.  Aku tidak pakar dalam bidang ni.  Tapi aku nak cerita berdasarkan apa yang aku tengok dalam filem ini.

Seminggu lepas filem ini dikeluarkan,  rata-rata memberikan rating bintang yang amat rendah dalam laman review filem.  Kadang-kadang bila buku tu ditulis dengan terlalu best so pembaca harap something yang terlalu tinggi.  Dan semestinya garapan cerita dalam bentuk filem adalah lebih terhad berbanding imaginasi pembaca melalui buku.

Bagi I olls,  dua pelakon utama dalam cerita ini iaitu Jamie Dornan and Dakota Johnson adalah amat okay.  Takdaklah hebat sangat apa ka.  Tapi takdak rasa macam nak penampaq bila tengok depa dorang berlakon (contoh yang aku nak penampaq adalah hero and heroin Twilight tu).

Aku suka depa pilih Jamie Dornan sebagai Christian sebab dia actually takdak la hemsem plastik ataupun hemsem sampai nak tahap 'gay' dah.  Dia actually muka jantan.  Muka boleh nak pukul-pukul ni.  Dakota Johnson pulak muka style inesen-inesen.  Kulit cantek ni,  takyah make up tebai-tebai.




Berkenaan dengan kisah cinta depa pulak,  bagi i olls adalah sangat cliche la.  Pompuan biasa inesen tak tau apa-apa virgin apa semua,  tiba-tiba lelaki kaya raya mau kat dia.  Pastu mengorat bagi bunga,  hadiah macam-macam,  dating ke tempat misteri naik helikopter la apa semua.  Aiyooooo...semua semua fantasi semua ponen dan juga wanita sendu.  Duk feeling jantan perfect hemsem kaya mau kat depa dan layan depa macam ratu anai-anai.  Part awal-awal ni memang aku tak berapa nak boleh belah sikit la.




So pelan lama bila depa makin duk discover pasai diri depa baru topik-topik hubungan tu lebih besar dan kompleks dan tidak focus kepada hubungan dengan lelaki kaya tu sahaja.  Christian Grey memang mempunyai karakter yang pelik.  Dia suka mengarah,  bossy dan pada masa yang sama very the over protective dan penyayang.  Paling aku tak boleh blah masa depa pi coffee,  Christian beli coffee dan muffin siap-siap kat Anastasia.  So bila pompuan tu duduk ja,  dia kata "Minum ni...makan ni...."  Aiiiyoo.  Kalau laki aku mampuih deni nanti kena maki dah dengan aku.  Awat duk bagi arahan apa semua aku nak makan ka,  minum apa semua.  Biar la aku nak makan macam mana pun.  Habih hang dah beli mesti la aku makan,  takkan aku nak tebuk kek tu buat anak tudung.


Berkenaan dengan adegan seksual,  entahlah mungkin aku tak baca buku dia,  bagi aku adegan erotik dalam filem ini adalah tidak keterlaluan.  Sebab depa pun dah cut banyak daripada apa yang ditulis dalam buku.  Kalau digabung semua,  adegan seksual dalam filem ini tak sampai 15 minit pun.  Bagi saya,  filem The Wolf of Wall Street adalah lebih biadap seks nya berbanding cerita ini.

Tak sabar nak tunggu lagi dua filem yang akan merungkai kisah cinta dua orang ini.

ps/  I suka semua runut bunyi bagi filem ini!

6 comments:

  1. i tgk mcm hambar.... baca buku lagi best. maybe banyak yg di cut utk kesesuaian penonton, while kalau novel selalunya kena explain detail satu satu...
    the movie doesnt turn me on..
    the book yes.. it does..
    mampuih laki aku baca satgi...
    still cant wait part 2... heeheeww

    ReplyDelete
  2. Yeayy ada geng.... saya paling suka part Mr Grey dok mengorat Ana tu ja.. best kot2 tetiba lelaki kaya mai ngorat, baru kereta, buat suprise tetiba mai kampung jumpa parents and tetiba mengaku "this is my gilrfrend". Auww... sweet sangat :)

    ReplyDelete
  3. setuju!! citernya tak ada lah over mana. tak patut dibanned pon. :)

    ReplyDelete
  4. Urm, boring..
    Mungkin juga sebab susah nak capai kepuasan menonton movie berbanding imaginasi pembacaan
    By the way, kat Malaysia ada tau social media/ apps utk fetish2 and BDSM nih
    Pernah cruise over my friends punya account and scary.

    ReplyDelete
  5. hahahaha...
    dah tengok yang takde cut..
    dasat kot..
    main gari gari..
    main letak ais..
    purr purr purr

    ReplyDelete
  6. baru berkesempatan nak layan muvi nie. memang falling in love kat Jamie Dornan aka Mr Grey, minus his sex orientation tue. LOL. After layan muvi nie baru bace novel sebab ending muvi tergantung. tak sabar sangat nak tunggu next muvi =)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...