17.4.15

Why Me?

Assalamualaikum u olls,

Gitu mulakan artikel dengan salam.  Why not?  Sejahtera ke atas kamu semua.  Hari ini i nak buat catatan tentang persoalan yang sering bermain dalam kepala otak kita apabila berlaku sebarang kepincangan.

WHY ME?

KENAPA AKU?

PORKE?


click read more



Inilah juga persoalan besar yang bermain dalam hidup I olls sebelum ini.  Aku selalu tanya kat Tuhan,  WHY ME?  Pasaipa aku yang takdak anak?  Pasaipa aku tak dapat beli rumah lagi?  Pasaipa  aku tak kaya? Pasaipa aku tak dapat pi bercuti ke luar negara? Pasaipa aku tak dapat bawak kereta Honda?  Pasaipa blog aku tak ramai orang komen (saja carut ampa)? Dan macam-macam persoalan WHY ME yang selalunya menjurus kepada kekecewaan hidup aku sendiri.

Persoalan itu sebenarnya menekan aku sendiri.  Aku marah pada orang sekeliling aku.  Aku marah pada family aku,  aku marah pada mak bapak aku,  aku marah pada suami aku,  aku marah pada diri aku sendiri.  Dan aku marah pada Tuhan.  Aku salahkan semua ini padaNya.  Aku kata,  semua ini adalah permainan dariNya yang hanya suka melihat aku aku jatuh dan sedih.

And okay fine!!  Bila Dia sendiri buang aku dan seksa aku.  Pasaipa aku nak kena cari Dia lagi?

Aku pendam dan pendam akhirnya menjadi bara api kuat dalam hati.  Aku jadi neglectful dan ignorance.

Then satu hari....masa aku dah betul-betul sesat dalam kegelapan prasangka dan hanyut  dalam lautan ego aku sendiri.  Akhirnya aku terjumpa satu lagi soalan,  WHY CANNOT ME?  IS IT OKAY IF ITS SOMEBODY ELSE? (Pasaipa tak boleh aku?  Adakah okay kalau orang lain yang kena?)

Ada satu panahan petir terpanah kat kepala otak aku.  Macam satu kuasa mejik yang masuk terus mengalir dalam urat-urat saraf.  Tiba-tiba aku terus boleh nampak jalan yang terang. Dan aku rasa macam aku dapat satu life jacket yang boleh selamatkan aku dari terus hanyut.

Barulah aku sedar bahawa selama ni aku duk buang masa dan tenaga aku untuk persoalkan benda benda yang diluar tahap intelektual kepala otak aku sendiri.  Soal rezeki,  ajal,  maut itu semua urusan Dia.  Awat yang aku duk teruk-teruk duk pikiaq sampai nak jadi amarah,  panas baran dan bitter?  Serrnya diri aku bila aku ingat balik benda ni semua.  Awat besaq sangat kah diri aku sampai Dia tak boleh nak duga aku langsung?

Dan bila kita duk pi soal benda benda yang diluar kepala otak kita HAAAAAAAAAAA SILAP HARI BULAN BOLEH JADI AISHAH LIMA PULUH SEN.  Muka aku pun nak dekat sama dah dengan watak tu.  Pakai baju kaler-kaler sikit,  boh lipstick merah bagi tekeluaq-keluaq sikit teruih sebijik dah macam Aishah Lima Puluh Sen.  So kalau aku duk teruskan perasaan ini,  marah pada Tuhan,  tak mau terima qada dan qadar nenjiaaaaaaaaa esok ampa nanti tengok aku duk jalan telanjang dekat Penang Road.

Nasib baik,  aku dah jumpa jawapan itu.  Dan biarlah jawapan ini menjadi rahsia hati aku sampai mati.  Kuasa Tuhan sangat indah.  Siapa aku nak gambarkan?  Ampa sendiri pasti ada cerita hebat berdasarkan pengalaman sendiri.

Hari ini,  aku rasa macam 60 kilo lebih ringan.  Aku bersyukur sebab pada usia ini Dia bagi aku nampak jalan.  Aku harap aku dapat istiqamah dalam keadaan ini.   Aku nak ketenangan dan kebahagiaan.  Bukan penafian dalam mengejar benda benda yang selainnya adalah urusan susunanNya.

(BUKAN SOAL PAKAI TUDUNG YA!!  PAKAI TUDUNG ADALAH FIZIKAL.  TAK GUNA BUAT FIZIKAL TAPI SPIRITUAL HANG PINCANG)

Pengajaran untuk kita semua,  belajar untuk TERIMA dan bila kita dah boleh TERIMA barulah kita boleh keluar untuk MENCARI PERTOLONGAN DAN BIMBINGAN.  Kalau ampa duk menafi tak habis-habis dan duk sibuk hidup dalam ke-feeling-ngan,  tak guna nak pi cari pertolongan dan bimbingan sebab apa sahaja yang orang nasihat dan ajar.....macam tuang ayaq atas daun keladi.  Takdak satu pun akan melekat kat ampa.

This goes out to all of you di sana,  yang duk feeling awat aku gemok?  Awat aku dilahirkan berkote?  Awat aku takdak kerjaya meletops?  Awat kulit aku macam Lupita Nyonggo?  Awat laki aku tak romantis?  Awat kawan-kawan aku semua tak belanja aku bercuti ke luar negara sempena birthday?

Belajar dulu untuk terima hakikat hang duk gemok sebab hang sendiri pemalas dan takdak displin nak diet.

Hang dilahirkan berkote kerana YOU ARE SPECIAL!!

Kerjaya hang tak meletops tapi gaji hang halal.

Kulit hang cantek dan hang hanya perlu belajar untuk pilih warna foundation and teknik make up yang betul.  Warna kulit hang sebenarnya lebih meletops untuk pakai colour baju yang cantek-cantek.

Laki hang tak romantis tapi dia sayang hang sangat-sangat.  Duit gaji dia bagi semua kat hang.

Kawan-kawan hang mungkin tak mampu bawak hang pi luar negara tapi kawan-kawan hang baik dan setia sebab whenever hang gundah gulana depa selalu ada untuk dengar keluhan hati hang.

Benda ni semua macam senang sahaja aku nak cakap.  Sorrylah kalau aku salah.  Tapi ini yang aku dah buat dan lalui.  Aku tak mau persoal lagi benda benda besar seperti rezeki dan takdir.  Itu semua susunannya.  Aku cuma kena lebih sabar dan peringat balik pada diri sendiri,  awat duk kalut sangat.  Nak pi mana esok?

Aku juga baru realized yang sebenarnya Tuhan nak bagi kita sedih dan susah supaya bila kita kecapi bahagia,  kita akan teringat bagaimana rasa bila susah.  Cara kita nak rasa bahagia dan gembira mungkin akan berbeza sebab kita tak akan over excited hingga macam nak menunjuk-nunjuk sebab kita beringat,  orang lain juga mungkin duk susah dan kita pernah rasa susah itu.

Sekian sahaja, laporan daripada Ustanyah Jumizah untuk ampa semua untuk Jumaat yang meletops ini.  Semoga ampa semua always ceria dan rajin mengkomen blog aku agar nampak macam blog aku lebih meletops.

Bye semua!!

Terimalah gambar Ustanyah Jumizah mirip Kobitos.

7 comments:

  1. Jumie, smlm i rasa teruk sangat.. rasa benci ngan semua org kat kampeni i ni.. at the same time rasa takut nak hadapi masa depan...
    tp mujur ade hasben yg sudi mendengar n bagi kata2 semangat... susah senang kita hadapi bersama katanye..

    and this morning i woke up rasa malas nak pegi keje... malas sesangat... tp pergi la jugak sbb kalau EL kang tak pasal2 nama masuk list nak kena buang...

    and sampai2 ofis bukak blogger baca entry u.... T_________T
    mcm kena sangat ngan perasaan i skrg....

    thanks jumie... for this entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. U olls...betui ka. IM SO HAPPY FOR YOU. Bukan senang tau nak buat apa yang kita nak kena buat ni. Hadap benda berat ni. Takpa...sama-sama kita beringat na.

      Delete
  2. i like sangat kulit Lupita okayyyyy.. mmg la gelap tp glowing! gituuu

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Kak Jumie. Akak sehat? Saya rindu kat akak. Sy sendiri dah lama x bukak blog. Zaman 2012 sy start follow akak.
    Semoga bertabah dan sentiasa fikir Allah terlalu dekat dengan hati kita dan Dialah Tuhan dan Dialah kawan kita taknkira waktu. Akak.... sy suke topik ni. WHY ME? ye. I feel u. Sy bru lalui saat lost tu akhir 2014. Allah je tau bertapa "ape2 jelah" conditions sy mcmtu. Smpi tahap sy nangis tp sy tak tau sy nangis pasal ape. Pasal dah terlalu serabot dengan segala2 soalan why me. Alhamdulillah kak. Sememangnya sy terlalu ego dan Allah duga kita macam2 smpi akhirnya pintu hati ini dgn lulur berkata, " ALLAH. PLEASE HELP ME. WHAT IS THE WRONG WITH ME?? PLEASE SHOW ME JALAN KELUAR DR ISU2 NI. I CANNOT HANDLE IT ALONE ANYMORE. I BEG U. PLEASE HELP ME... PLEASE."
    good luck akak... skrg ni. I am more happy than anyone else in this world! Huhuhu :)
    Saya sayang kak Jumie. Sepupu Beyonce berbadan agam macam sy. Hahaha muah muah
    Note: pasang perisai diri dari syaitan nirrojim, dengan jaga wuduk. Alhamdulillah. Tiap kali lepas berak kencing, sy amik wuduk. And u know... how i feel? I feel so good, and feeling i dapat Oscar best dress setiap kali lepas wuduk
    Haha kau ade? ��

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum akak ustajah jumizah..

    Terima kasih buat entry yg meletop kebabom sampai kami tersedaq dari mimpi ngeri.. Kami pun selalu sedih2..dok why me?why me.. Yala sampai usia nak dekat 30an kami dok single mingle lg..pastu slalu nak marah2 kalo org tanya "bila nk kawin?memilih sgt kot?"..rasa nak hempuk ja komputer..huhu..

    Terima kasih kak jumie.. i feel alive now!!

    lap u to the moon and back!

    ReplyDelete
  5. I'd kill for Lupita's luminous skin hehe

    ReplyDelete
  6. ...Allah sayang kita sangat kan :) cuma kadang2 kita yg tak sedar...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...