Shawl Pin Collection by Emi Kaz Design

Sumber  :  Emi Kaz Design Facebook


Hello u olls,

Nak share dengan ampa semua pasai shawl pin collection by Emi Kaz Design.  I dah lama mengenali Emi Kaz dalam Facebook,  beliau seorang usahawan seni yang gigih.  Sebelum ini beliau banyak membuat seni kraf yang menghasilkan eksesori wanita seperti subang, rantai dan cincin menggunakan paduan logam dan semi precious stone macam topaz, quartz, opal dan lain-lain.

Dah lama berkenan nak beli something daripada dia,  tapi duk tangguh banyak kali sebab I olls punya koleksi subang and rantai ni memang dah berlambak dah.  Tambahan Mama Regina dah wajib selalu bagi hadiah macam-macam rantai and subang for me.

Pastu,  baru-baru ini,  kebetulan apabila I olls start berhijab Emi Kaz update pasai dia nak start buat koleksi shawl pin.  WOOWWWWWIIIIEEEEE teruih mata I olls bersinar-sinar.  

For now,  beliau telah menghasilkan beberapa koleksi shawl pin dari pelbagai warna dan bentuk.  Ada yang dangling dan ada yang tidak.  Terpulang kepada selera masing-masing.  Tapi I suka seni kraf beliau sejak dulu kerana Emi seni beliau is original dan sangat kemas!  And yang penting,  NAMPAK MAHAL and class.  I suka.

For a start,  i olls telah mengorder secucuk customized shawl pin.  Mine is very the simple.  I kata I tak mau dangling punya.  Sesuai untuk dipakai kat office.  Bila dah dapat sangat suka dan puas hati.  And memang dah berhajat nak buat koleksi dengan beliau mulai sekarang.  :)


This is my first collection for shawl pin by Emi Kaz Design. Batu black tourmaline dengan ikatan pin sepanjang 6cm. Gambar sumber Facebook Emi Kaz Design.



Ini gambar  i olls snap sendiri.  Sorry tak berapa cantek gambar ni.  Tapi yang pasti sangat suka pin ini kerana design yang simple tapi still memberikan kekemasan pada pemakaian tudung.


Baiklah jom kita melihat beberapa gambar koleksi shawl pin by Emi Kaz Design yang diambil dari official Facebook beliau.

Isi Ikan Goreng Iklan Luke Nguyen Style



Resepi ni inspired after watching Luke Nguyen's My Vietnam.  Sangat suka rancangan travelog beliau.  Dia tu dah la lawak and cara masakan dia sangat simple dan fresh.  Untung orang Vietnam semua ada duta meletops macam beliau.

Jom try buat resepi ni.

Tempe Goreng with Sambal Kicap

Assalamualaikum u olls semua,

Hari ni nak share dengan ampa hidangan kudapan di waktu petang ataupun boleh dikatakan snack orang Jawa di Johor.  Seperti u olls semua maklum,  suami I olls adalah orang Jawa so tempe dan sambil kicap tidak boleh dipisahkan.  Kalau pergi ke pasar,  memang kena beli benda ni.  At least 3 keping.

Kepada orang Johor dan kawasan sewaktu dengannya,  ampa mesti dah terbiasa tengok benda alah ni.  So,  saja la nak share untuk gang-gang Utara and kawasan yang sewaktu dengannya.

Satu idea masakan ringkas untuk kita berkak-nam di depan TV sambil melayan "Keeping Up with the Kardashian".



Mengucapkan Tahniah Kepada Teman Yang Mengandung

Hewww....

Pasaipa la nak kena tulis benda ni jugak.  Boringla topik ni.  Sebab topik ni terlampau banyak aura negatif.  Tapi im sure ramai wanita di luar sana ( yang dah kawen tapi tak melahirkan lagi macam aku) merasai perkara yang sama.

Sebelum ni,  aku rasa aku sangat okay bila dengar announcement teman-teman yang mengandung,  mengandung yang pertama,  kedua mahupuan announcement kelahiran anak yang keseratus empat puluh dua.  Aku okay sangat.  Tapi tak tau pasaipa,  lately,  bila ada kawan yang tiba-tiba mai bagitau kata depa mengandung kat aku,  aku nanti terus diam and tak tau nak respon apa.

Aku sembang benda ni dengan seorang teman (yang dah kawen tapi tak melahirkan lagi macam aku),  what's wrong with me?  Adakah aku jeles-jelesi?  Adakah aku dengki dengka?  Astaghfirullah,  istighfar sat.  Tak baik ada perasan macam ni dalam hati.

Bila dah luah and bincang dengan teman-teman and suami sendiri (of course cerita kat laki aku jugak.  Sebab kami kan love),  aku mencapai satu teori.  Teori ni tak semestinya tepat dan sesuai untuk semua orang.  Hope dengan perkongsian ini,  ampa semua boleh bagi input dan bagi cadangan macam mana aku boleh atasi masalah ini (fuuh....jarang aku tulis artikel mintak ampa bagi cadangan kan?  Sebab aku selalu feeling macam aku tau semua benda.  HAHAHAH nahariam punya ustanyah).

Gambar memasukkan belon dalam baju.  Tahun 2009.

Saya Suka Warna Kulit Saya


Hello u olls,

Ini adalah issue lapok.  Tapi harap lepas membaca penulisan aku hari ini,  ampa semua mendapat semangat baru untuk mencintai warna kulit ampa semua.

Wanita Asia sangat obses nak jadi putih.  Apa sahaja jenis produk yang sebut MEMUTIHKAN KULIT WAJAH memang lajiu laa semua orang nak beli dan pakai.  Semua orang nak jadi putih,  yang dah putih melepak pun,  gigih nak pakai macam-macam nak bagi putih lagi.  Yang ni aku tak paham,  nak putih macam mana lagi?  Sampai kulit ampa jadi jernih ka?  Style boleh nampak daging teruih?

Pasaipa aku kata obses?  Sebab walaupun ampa semua kutuk Que Putih Que Putih Barulah Putih masa  AJL 2015 tapi sehari lepas malam AJL,  produk Que Putih SOLD out satu Melesia.  So walaupun ampa mengutuk dan meluat dengan Dato' Vida tapi sengap-sengap ampa duk beli produk dia.  Haram semua.


Luahan Menantu yang Lemah Semangat

Salam Kak Jumie,

Kami ada benda nak share ngan Kak Jumie. Kami tak tau kat sapa nak share. Tak mau la belah family kami atau suami kami ingat apa plak. Macam ni, pak mertua kami baru meninggal, sejak kami kawin kami dok ngan mak kami, tapi since pak mertua kami meninggal kami dok ngan mertua kami. Bukan la nak manjia keteik ka apa, tapi suasana tu memang lain sangat. Laki kami plak selalu outstation.

Masa laki kami ada umah okay la. Bila dia pi outstation nak nangih pon ada. Tapi kami tahan ja. Kami sabaq, ingat tanggungjawab laki kami as anak.  Tanggungjawab kami jugak. Owh, mak mertua kami takleh drive, kalau nak p mana-mana harap anak menantu la bawak. Kami kadang macam jaki la jugak kan, anak dia hat lain ada, tapi depa buat busy memanjang.  

Kami balik kerja pon tau letih jugak, tapi dok cakap mcm sindiaq2 takkan kami nak buat bodo, gagahkan la badan ni bawak pi beli la barang2 apa nak beli kan.  Kami tak dak anak lagi, ambik anak sepupu kami buat anak angkat, weekend ja dia dok ngan kami.

Kami perlukan kata-kata untuk bagi kami semangat la. Kami rasa down sangat.  Kami macam tak dak privacy laaa... Ngan laki kami pon dok kena share bilik kadang-kadang adik ipaq(laki umuq baru 9 tahun) dok nak tidoq ngan laki kami. Huhuhu... 

Kalau Kak Jumie sudi bagi la kata-kata semangat sikit kat kami. Kami rasa down sangat...

Yang benar,

Menantu yang Letih

Gambar kenangan masa Allahyarham ibu mentua akak sedang menyarungkan cincin pertunangan dalam majlis pertunangan akak yang simple.

Nasib Pelarian Rohingya


Hello u olls,

A few weeks ago apabila first terbaca news pasai depa terdampar kat pantai Pulau Langkawi,  Ya Allah aku terus tersentak melihat paparan gambar yang menunjukkan orang-orang kampung di Langkawi dan pihak berkuasa sedang menahan depa.  Ampa ingat dak i olls pernah cerita pengalaman I olls dan mak menziarah sebuah pusat pengajian yang disediakan untuk anak-anak Rohingya di Penang yang kini dikenali sebagai Peace learning Centre.  Ampa boleh baca rentetan kisah di sini  :  Sumbangan untuk Sekolah Damai

Tapi pusing punya pusing,  sampai lani pun tak settle lagi masalah ni.  Tak suka nak bercakap pasal bab politik tapi aku tak paham pasai kepimpinan negara kita memandang remeh hal ini walhal ini adalah hal kemanusiaan.

Pelajar UiTM BerSelfie Di Pentas Konvo

Hello u olls,

Cerita ni dah habis,  tapi aku baru nak sembang mai kat ampa.  Biasalah,  aku kan kak nam slow slow masok.  Ni cerita pasai pelajar UiTM yang berselfie di pentas konvo. Keputusan yang dinyatakan kepada pihak media semalam,  UiTM tidak gantung diploma beliau.  Baguslah,  alah,  hal kecil-kecil saja.  Paling berat pun,  suruh dia tulis surat mohon maaf sudah.  Habih cerita.

Kalau ampa nak gantung dia,  ni la aku nak maki sat.  Pedofil yang duk buat video lucah kanak-kanak ampa bagi chances,  hat salah bodo-bodo budak nakal ni ampa nak gantung.




Nak mai cerita kat ampa ni,  sebenarnya sebelum jadi cerita #selfie kat UiTM ni,  kami kat USM dah ada dah.  HAHAHAHAH.  Tapi kami tak heboh-heboh dan bising la.  Benda ni habih lagu tu saja.  Yang tau pun adalah orang yang pi konvo sesi tu and kawan-kawan budak penyelfie.


Yogurt Yunani bersama Buahan-buahan dan Chocolate



Hello u olls,  semalam kat kami office buat pot luck.  Mula-mula I olls janji nak bawak sandwiches tapi bila pikiak 34 kali,  rasa macam malaihnya nak bangun awal untuk membalut sandwiches berkenaan.  Makanya,  tercetuslah idea untuk membawa hidangan pencuci mulut yang menyihatkan.  

I olls baru baru pi dah sign up and attended class pertama "Kelab Pengurusan Berat Badan USM",  so I olls macam feeling lani makan apa-apa semua duk kira calori dan gula.  

Jom try resepi ini.


TANJUUNG 1.0 FEST @ Agrofest 2015

Tarikh : 6 & 7 Jun 2015
Hari : Sabtu & Ahad
Masa : 10.00 pagi sampai 10.00 malam
Lokasi : Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang



KEMASUKAN PERCUMA!!

@Tanjuung akan menganjurkan event kami yang pertama iaitu TANJUUNG 1.0 @ AGROFEST 2015 yang mengagungkan seni untuk masyarakat.

Aktiviti menarik sepanjang Tanjuung 1.0 fest :

1) PASARAGAM - Jualan dari semua local brand, makanan dan minuman ringan, serta pakaian wanita yang menyertai vendor.

2) KOTALK - Talk dari Beyond Borders, Enteprenur talk by Tarik Jeans, Photography talk by Firdaus Hadzri & The Leiora, Borak Santai with Anwar Hadi

3) LIBUR (Live Demo) -Guitar live, photography workshop, Live grafiti and doodles

4) PENTAS - Pementasan teater "Zombi Serang Tanjuung" & short film screening dari USM

5) BUSKING - dari kugiran tempatan

6) EXHIBITION - Art & Photography

Jom datang beramai-ramai meriahkan lagi Tanjuung 1.0 fest.

Ayuh kita sama-sama menaikkan komuniti seni dalam kalangan belia Pulau Pinang.

Boleh follow media social kami:

Facebook: tanjuung
Instagram: @tanjuung
Twitter: @TanjuungMy

Terima kasih atas sokongan anda semua!!! Spread the news!!




PROMOTION PRICE TAPAK VENDOR 

SAIZ TAPAK 10' X 10' : RM300 UNTUK 4  HARI SEMPENA TANJUUNG 1.0 FEST

Local brand wanted! #tanjuung memerlukan vendor untuk pakaian, produk dan aksesori lelaki, busana muslimah, pakaian, produk dan aksesori wanita

Date : 4 - 7 Jun 2015 (Khamis hingga Ahad)
Time : 10.00 am - 11.00pm
Venue : Tapak Expo Seberang Jaya, Pulau Pinang
*  Event memang 2 hari. Tapi booth 4 hari. Bergerak sekali dengan Agro Fest.

Ruang/booth : saiz 10 x 10
Setup : 1 meja + 2 kerusi

Berminat sila follow Instagram  :

@tanjuung
@tanjuung
@tanjuung
@tanjuung
@tanjuung

Atau WhatsApp to : 018-4740460 / +60 17-424 2514

Topi Topi Dalam Hidup

Gambar sumber  : sarahwbartlett.com


Hello u olls,

Hari ni nak ajak ampa semua untuk bercakap pasai topi-topi dalam hidup.  Kita semua kat dunia ini mempunyai banyak topi dalam hidup kita.  Topi sebagai pekerja,  topi sebagai students,  topi sebagai isteri,  topi sebagai anak.  Topi-topi ini membawa bersama tanggungjawab dan komitmen yang secara tak langsung melibatkan masa dan tenaga.

Contohnya diri I olls,  I olls mempunyai banyak topi.

Topi sebagai pekerja USM.  Topi sebagai pelakon teater.  Topi sebagai make up artist.  Topi sebagai penyanyi.  Topi sebagai kawan dan sahabat.  Topi sebagai adik dan kakak.  Topi sebagai anak.  Topi sebagai isteri.  Topi sebagai penulis blog.  Topi sebagai isteri. Yang ini adalah antara topi topi penting yang aku duk teringat setakat ni.

At first aku rasa macam sangat bangga sebab bila sembang dengan teman-teman baru especially,  "Oh my God Jumie...u can just do so many things.  Ive never met a person who is so talented as you.  Just tell me what more can u do?"  katanya sambil angkat-angkat kening macam gatai kat aku.  Pastu aku pun duk buat lawak lucah kat depan kawan aku tu.  Secara otomatik aku baru teringat,  oh ya,  aku jugak ada pakai topi sebagai seorang pak lawak dan penghibur kepada teman-teman.


Ulasan Adat Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak XXXV Sultan Nazrin Muizzudin Shah



Hello u olls,

Pada minggu lalu maka berlangsunglah Istiadat Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke 35 iaitu Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfurlah. Kerlas nama punya panjang.

Ampa semua sempat ka tengok siaran yang dipancarkan dalam RTM dan TV3 hari tu?  Kalau tak berkesempatan,  jangan sedih,  u olls still boleh tengok rakaman di Youtube Jabatan Penerangan Malaysia.  I olls ada letak video ni kat bawah ni.  Tapi mampuihla ampa nak kena nganga tengok sampai 5 jam u olls.  Kalau sapa internet laju baguih la,  boleh skip skip mana yang patut.

Baiklah,  seperti biasa,  I olls nak kongsi sedikit ulasan mengenai istiadat yang gilang gemilang ini.

Untuk memudahkan pembacaan,  i olls bahagikan point-point ulasan mengikut perenggan.


Kanye West Dapat Anugerah Doktor Kehormat

Ramai yang tak suka mamat ni.  Maybe because of fact dia pernah maki Taylor Swift kat majelis anugerah,  maybe because dia tak reti nak senyum,  maybe dia self-claimed diri dia Nabi Isa,  maybe sebab dia kawen dengan Kim Kardashian,  atau just mungkin sebab he is too meletops.

Sejak lagu American Boy,  aku suka kat deni.  Aku rasa lagu hiphop dia adalah lain daripada orang lain.  Dia tak ikut mainstream hip hop sangat.  Dia ada style dia sendiri.

Tadi pagi (Thanks to Fly FM) yang menceritakan tentang Kanye West telah dianugerahkan dengan doktor kehormat daripada Art Institute of Chicago.  Ben and Hafiz duk suka sangat dengan cara Kanye West memberikan ucapan dia.

So tadi,  aku amik kesempatan untuk cari video ini dalam Youtube and aku nak share dengan ampa.

Aku dah tengok video ni.  Sebelum dia menerima anugerah ini,  dia kena bagila ucapan.  Ucapan dia sangat ringkas.  Tidak terikatan pada tali formaliti.  Dia terus bercakap dengan gaya dia sendiri.  Dia banyak memberikan senyuman.  HAHAHA.  Isi ucapan adalah ringkas juga tapi dia bagi kita paham pasaipa cara dia adalah sangat berbeza dari orang lain selama ini.

Aku gelak kuat masa last part dia bagi ucapan.  Sah terbukti,  deni memang genius macam tahi!  Kepada semua haters,  biaq la ampa nak kutuk apa pun.  Kita adalah canvas.




Kegilaan DubsMash



Semua orang duk sibuk buat DubsMash.  Baguih juga la benda ni jadi viral.  Tengah kita duk kalut pening kepala pasai GST,  barang semua mahai,  dan macam-macam lagi kes yang merungsingkan perasaan,  so dapatlah tengok video video ampa duk buat lawak kat IG bagai.

Sejak benda ni jadi viral aku tengok ramai lah manusia,  yang cantek,  yang tak cantek,  yang artist,  yang feeling artist,  semua duk feeling nak buat video DubsMash ni.  Ada yang betul berbakat buat lipsync dengan jayanya dan nampak meletops.  Ada pulak yang feeling-feeling sahaja.  Just because semua orang duk buat,  depa pun nak buat.  So amiklah bunyi muzik yang senang-senang macam bunyi binatang apa semua bagai.  Tapi yang sedih muka macam beruang madu tapi duk feeling mengiyau macam kucing parsi.  Haramlaa ampa ni semua kan?  Duk feeling kecik.

Ada pulak orang yang religously buat video ni macam gila.  Siap dengan costume.  Siap dengan make up dan props.  Kat sini aku nak carut marhayam Barina Matt,  masa mula-mula benda alah ni keluar.  Mampuih satu hari wall Facebook dan IG aku penuh dengan video video dia.  Aku pun duk tengok la.  Ada yang aku gelak,  ada yang aku macam "Nakharamla pondan ni macam mana dia boleh dapat idea dan kuasa kegigihan ni?"


Video Dewi Remaja 1985/1986

Hello u olls,

Nak share dengan ampa ni video I olls dapat dari depa yang duk share kat Facebook.  Haramlah video ni lawak wehs.  Baru hari tu aku duk kutuk pasai calon Dewi Remaja 2015 yang duk tak reti nak jawab pasai GST.  Tapi tengok video ni aku tak jadi marah tapi aku jadi nak tergelak.  Okay jom tengok dulu.




HAHAH nak tergelak dak?  Untuk pengetahuan ampa,  tahun 1985 adalah tahun kelahiran I ollslah.  Mak nak menangis la tengok kakak-kakak zaman ni duk rambut ketak-ketak macam bintang filem porno kategori vintage.  HAHAHAHA pastu pakai headband style feeling-feeling Barbie ni.  Tapi inilah fesyen zaman tu.

Pastu tengok nenjia dia punya pengacara Salleh Yaacob.  Haramla aku lagi nak tergelak.  Masa ni SY mesti duk merembes sorang sorang kat belakang pentas duk tengok pompuan cantek-cantek semua.  Patutlah lani boleh bini sampai empat sebab duk tahan nafsu sejak tahun 1985.  

Ada ka makcik or kenalan sapa-sapa yang ampa kenai dalam video ni?  


No Peluang untuk Pedo

Nahariamla terpaksa bubuh jugak muka deni kat blog aku.


Hello u olls,

Ni sapa kat sini jadi panas hati bila MARA nak bagi peluang kedua kepada pelajar Nur Fitri Nordin yang sedang belajar di Kolej Imperial Universiti London yang ditangkap kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar serta lebih seribu video porno kanak-kanak hangat diperkatakan media seluruh dunia.

Nahariamlah masa aku mula-mula baca news ni dalam Astro Awani news, depa ada tunjuk gambar dia, aku teruih rasa meremang bulu roma. Sejak dulu lagi aku sangat takot dengan orang-orang pedo macam ni. Pedo adalah singkatan kepada pedofilia atau pedophilia. Ramai yang tak faham terma ini. Tula nahariam ampa semua duk sibuk tengok Kilauan Emas sahaja sampai pedo pun ampa tak faham apa maksud.


Tolong Buang Gambar Saya


Hello u olls,

Alhamdulillah lani dah 2 bulan lebih saya berhijab.  Perasaan?  Aku rasa sangat lega sebab selama ni aku duk mai macam dressing nak jadi makcik-makcik dah tapi duk feeling macam mana ka.  So bila pakai tudung ni secara automatic aku rasa diri aku lebih kemas dan bersih.  Ditambah pulak bila aku pi mana pun orang duk puji "Wehsss canteknya hang pakai tudung,"  aku mula mula macam seronokla orang duk puji aku cantek.  Dasar ponen kan?  Tapi lama-lama rasa macam segan pulak.

Tapi reaksi yang paling lawak sekali adalah apabila orang tak kenai aku.  Sampai aku dah berdiri depan muka depa and huluq tangan nak salam.

"Laaaa JUMIE ka? Kak Pah tak pasan..,"  kata Kak Pah sambil bersalam dan cium pipi aku.  Amboi Kak Pah duk buat tak pasan !!  Padahal dia duk feeling pakai spek mata besaq macam mak datin nak pasan aku macam mana.

click read more

Teater Protes 12 dan 13 Mei 2015 Pelenggang Cahaya USM



Katanya,  teater ini tentang kisah manusia yang berdebat tentang kuasa Maha Pencipta.  

Pementasan bermula malam ini dan malam esok [12 dan 13 Mei 2015] jam 8.30 petang di Pelenggang Cahaya USM.

Sumbangan tiket RM10.00

See you there!

#TEATERPROTES #TeaterUSM #Teater #USM #Tuhan #Sufi

Charlotte Elizabeth Diana

Hello u olls,

Pada minggu lalu maka telah selamatlah kelahiran puteri kedua untuk pasangan diraja yang meletops iaitu Putera William dan Kate Middleton di Lindo Wing at St Mary's Hospital in London. Anak kedua depa telah dinamakan Charlotte Elizabeth Diana. I olls memang duk jangka dah dari awal mesti dia akan bubuh nama Elizabeth or Diana. Tapi ramai duk jangka depa ni nak bubuh nama Alice. Apakah Alice? Alice in the Wonderland?

I olls sangat suka dengan nama ini.  Seperti u olls tahu,  Elizabeth adalah moyang kepada si puteri kecil ini and Diana pulak adalah nama kepada Tok Nek dia yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ngeri pada tahun 1998 yang lalu.

Media juga mengatakan nama Charlotte adalah bunyi feminim untuk nama Charles iaitu bapak kepada Prince William.  Baguih deni bubuh nama yang lebih kurang sama dengan bapak dia.  

Apa pun nak ucapkan tahniah tak sabar nak tunggu depa ni besar.  Mesti depa dua ni akan cantek meletops.

Rasanya lepaih ni Kate Middleton nak beranak lagi tak u olls?  

Charlotte Elizabeth Diana

Nampak macam Princess Charlotte ni brunete.  Apa u olls rasa?



click more for photos

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 1

Hello u olls,

First of all nak say sorry kepada ampa semua sebab tahun lepas I olls terlepas dari buat ulasan fesyen bagi BIGGEST NIGHT IN FASHION iaitu MET GALA.  Kepada u olls yang tak tiau apa itu MET Gala secara ringkasnya nak bagitau adalah satu majlis makan malam amal yang dianjurkan oleh Majalah Vouge dan hasil jualan tiket yang mencecah harga USD 25000 untuk satu tiket ini akan didermakan kepada Metropolitan Museum of Art's Costume Institute,  New York.

Seperti biasa Tok Cik Anna Wintour will control everything.  Sapa boleh pi,  sapa tak boleh pi.  Ampa tau dak ini adalah tahun ketiga keluarga Kardashian boleh jejak kaki ke MET GALA.  Before this kena banned ya!!  Katanya Kanye West yang mempunyai hubungan baik dengan Tok Cik Anna telah mempujuk beliau untuk memberikan kebenaran ini.  Dia juga berkuasa untuk buat apa juga jenis peraturan kepada para tetamu yang nak mai.  Antaranya tidak dibenarkan upload gambar dalam social media,  tapi haramlah takkan la all this retis retas nak ikut kan?  Malam tu penuh semua duk upload gambar sendiri dalam IG.  Sapa pernah tengok Devil's Wear Prada?  Haa katanya novel itu ditulis berdasarkan tok cik kita ni la.  Nak baca lebih lanjut boleh baca kat sini  :  NYtimes.com

Tema untuk tahun ini adalah China: Through The Looking Glass.  So pakaian semuanya berunsur ke-China-an.  Satu tema yang amat menarik.  Lepaih ni Dr.  Pitt tu pun mesti sibuk nak suruh buat dinner office tema China.  And akulah satu-satunya staff yang akan mai pakai costume tarian naga and menang best costume.  Khafi pegang biji geliga...hahahah.

OKAY dah.  Jom baca sedikit point penting tentang review i olls kali ini  :


  • Aku amik masa 6 hari untuk kumpul all gambar,  susun dan kategorikan,  baca artikel dan juga tengok video-video yang berkenaan so that aku tidak memberikan komen yang merapu tak tentu hala.  U can say im membuang masa.  Tapi for me semua ini adalah ilmu pengetahuan sebab I olls memang sangat minat.
  • Ada 5 part untuk review kali ini.  Kategorian adalah seperti berikut  :

    Part 1  -  Untuk FESYEN yang paling kebabom dan meletops!!
    Part 2 -  Untuk warna Black,  White dan Jantan.
    Part 3 - Untuk warna Gold,  Yellow,  Green dan Blue
    Part 4  -  Untuk warna Red,  Purple dan Warna Warni
    Part 5 - Untuk FESYEN yang paling DIZASTER tapi still meletops!!

  • Actually i olls nak masukkan satu lagi kategori khas iaitu untuk para fashion designer yang hadir ke MET GALA ini tetapi akhirnya i olls drop that kategori sebab most (noo noo...ALL OF THEM) pakai veryla simple gila.  So macam takdak point aku nak carutan depa sangat pun.
  • Keseluruhannya,  persembahan fesyen red carpet kali ini actually adalah meriah sebab tema yang meletops.  Tapi ramai yang langsung tidak mengambil endah dan selesa memakai apa yang depa rasa selesa dan tidak memberikan sebarang effort pada tema yang dicadangkan.  




Part 1 
Untuk FESYEN yang paling kebabom dan meletops!! 



click read more

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 2




Part 2
Untuk they olls yang mengenakan rona Hitam,  Putih dan juga lelaki lelaki di Red Carpet.


click read more

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 3


Part 3
Untuk warna Gold,  Yellow,  Green dan Blue


click read more

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 4


Part 4
Untuk warna Red,  Purple dan Warna Warni



click read more

Ulasan Fesyen METGala Ball 2015 Part 5


Part 5
Untuk FESYEN yang paling DIZASTER



click read more

Apabila Nur Fazura menyanyi


Hello u olls,

Thanks to Sharizal sebab contact I olls dan mintak I buat review nyanyian dan video clip pelakon jelitawan Malaysia iaitu Fazura.  Single terbaru beliau berjudul Sayangi Dirimu.  Lirikal menceritakan bagaimana beliau mengharungi hidup sebagai seorang public figure.  Penuh dengan cacian dan haters,  tapi selagi kita tau macam mana nak hargai diri kita,  kita boleh terus maju.  Gitulah kaedahnya.

So apa pendapat I olls tentang nyanyian dan video muzik beliau?

Sapa-sapa peminat terutama Fazura please jangan marah I olls selepas membaca komentar ini.  Kita ikhlas bagi komen.  Kiter pun peminat Fazura tau tak!!  Sejak beliau menjadi model untuk Optic White Colgate terus kita dah tak beli lagi ubat gigi Sensodyne.  Begitulah efeknya meletakkan seorang yang meletops sebagai duta produk.  Bayangkan setiap kali aku menggosok gigi,  aku membayangkan muka aku menjadi Fazura.  


click read more

LRT dan Sky Cap di Pulau Pinang


Hello u olls,

Pada bulan lalu,  kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan parti DAP mengumumkan tentang beberapa projek sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang akan melibatkan berbillion-billion ringgit dan dijangka bermula pada tahun hadapan.  Ada banyak projek yang diannounce,  tapi kalau ampa nak tau the latest info,  boleh google about it.  Search for LRT Penang or SKY Cap.  Ada yang masih dalam proses menunggu kelulusan dan juga pertimbangan daripada rakyat Pulau Pinang.

Untuk projek SKY Cap,  iaitu sebuah pengangkutan berbentuk gondola dari Penang ke tanah besar Butterworth ada yang membangkang kerana proses tanah tambatan akan menyebabkan ekosistem laut di kawasan berkenaan tercemar.  Dan beberapa kesan negatif kepada alam sekitar di kawasan tersebut.

click read more

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Husain

Assalamualaikum semua,

First of all nak ucap takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Hussain yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang berlaku baru-baru ini di Lebuhraya DUKE. Allahyarham meninggal duniadi tempat kejadian bersama-sama dengan isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan.

Keluarga ini meninggalkan dua orang anak perempuan yang masih kecil.



click read more

Teater Antara 7 dan 8 Mei 2015 8.30 pm di Pelenggang Cahaya USM


Hello semua kawan-kawan!

Pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan USM mempersembahkan teater ANTARA. Tentang seorang wanita krekko yang tensyen sampai rumahtangga porak peranda.

Lakonan hebat oleh Yasmin Jamil, Kayrol Unwar, Yuslina Yusoff dan Syazrin Syahira.

Arahan oleh Nor Faezah Khalid bersama penyelia artistik Prof Madya Dr Abdul Samat Salleh.

Oleh itu jom beramai-ramai saksikan persembahan teater ini ada 7 dan 8 Mei 2015 di Pelenggang Cahaya USM jam 830pm.

Sapa yang mai pada malam ini, ampa semua boleh beli KUIH KACANG MAZOLA BY JUMIESS dan produk lain kami dengan harga yang amat berpatutan!! Khas untuk supporters yang sudi bagi sokongan kepada projek teater ini.

Sapa-sapa nak booking ticket teater boleh hubungi 0124496439 [Sing], 0194071086 [Hafiz] atau 0175788056 [Annaty].

Jom support local art and talent!!

‪#‎usm‬ ‪#‎TeaterANTARA‬ ‪#‎localact‬ ‪#‎localtalent‬ ‪#‎support‬ ‪#‎Rintis‬‪#‎SchoolOfARTuSN‬ ‪#‎pelenggangCahaya‬ ‪#‎gila‬ ‪#‎script‬ ‪#‎play‬ ‪#‎teater‬‪#‎theater‬ ‪#‎kuihkacangmazolabyjumiess‬






Buat janji temu bersama team produksi teater Antara pada 7 dan 8 Mei 2015. Jam 830pm di Pelenggang Cahaya USM!!Sapa yang mai pada malam ini,  ampa semua boleh beli KUIH KACANG MAZOLA BY JUMIESS dan produk lain kami dengan harga yang amat berpatutan!! Khas untuk supporters yang sudi bagi sokongan kepada projek teater ini.Sapa-sapa nak booking ticket teater boleh hubungi 0124496439 [Sing],  0194071086 [Hafiz] atau 0175788056 [Annaty].Jom support local art and talent!!#usm #TeaterANTARA #localact #localtalent #support #Rintis #SchoolOfARTuSN #pelenggangCahaya #gila #script #play #teater #theater #kuihkacangmazolabyjumiess
Posted by Kuih Kacang Mazola by Jumiess on Monday, 4 May 2015




Facebook event  :  TEATER ANTARA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...