8.5.15

Apabila Nur Fazura menyanyi


Hello u olls,

Thanks to Sharizal sebab contact I olls dan mintak I buat review nyanyian dan video clip pelakon jelitawan Malaysia iaitu Fazura.  Single terbaru beliau berjudul Sayangi Dirimu.  Lirikal menceritakan bagaimana beliau mengharungi hidup sebagai seorang public figure.  Penuh dengan cacian dan haters,  tapi selagi kita tau macam mana nak hargai diri kita,  kita boleh terus maju.  Gitulah kaedahnya.

So apa pendapat I olls tentang nyanyian dan video muzik beliau?

Sapa-sapa peminat terutama Fazura please jangan marah I olls selepas membaca komentar ini.  Kita ikhlas bagi komen.  Kiter pun peminat Fazura tau tak!!  Sejak beliau menjadi model untuk Optic White Colgate terus kita dah tak beli lagi ubat gigi Sensodyne.  Begitulah efeknya meletakkan seorang yang meletops sebagai duta produk.  Bayangkan setiap kali aku menggosok gigi,  aku membayangkan muka aku menjadi Fazura.  


click read more



Tapi macam mana meletops pun gigi u olls selepas menggunakan ubat gigi  Optic White Colgate, tapi hakikat ini tidak akan membuatkan mutu nyanyian u olls bertambah baik.  No doubt she can sing.  Everybody can sing.  Tapi not everybody can sing-sing!

I olls selalu cakap kat kawan-kawan,  orang yang suka menyanyi dan orang yang BOLEH menyanyi ada besar bezanya.  Im not saying suara Fazura langsung tak sedap,  sebagai permulaan beliau tidaklah menyakitkan telinga aku.  Kalau suruh aku beli MP3 beliau,  yes i will beli.  Tapi apabila mendengar nyanyian live beliau (boleh rujuk pada video-video di bawah),  ternyata beliau adalah sedikit terseksa dan tidak selesa dengan nyanyian pic tinggi itu.  

Kembali kepada era tahun 90 an,  Erra Pazira pun depa paksa suruh nyanyi buat album bagai.  Lagu dia semua bernada rendah dan bermelodi sendu.  Sesuai dengan filem-filem cinta feeling yang dilakonkan oleh beliau.  Lama kelamaan,  Erra masuk juga Anugerah Juara Lagu dan buat kongset bagai.  Kau ada?  Kesimpulannya,  kalau dia berusaha dan penyokong masih support why not?

Jangan duk feeling pakai mesin auto-tune sahaja.  Katanya sekarang,  mesin auto tune untuk persembahan live pun dah wujud. Tak semestinya untuk mutu recording sahaja.  Dahsyat sungguh la teknologi kini.

Apa pun,  semoga u olls semua membeli ubat gigi  Optic White Colgate untuk mendapatkan gigi yang lebih putih dan bersinar bak permata.







3 comments:

  1. first time kami dgq lagu ni... tetiba jatuh cinta pulak ngan lagu nih... full of positive aura... pastu melodi dia mcm 'ringan & relax'... bleh ulang2 dgq.. mcm hg kata laaa... ala2 erra fazira tahun 90an dulu nih.... tp persembahan live dia mmg agak kurengg.. muzik lebih menyerlah...

    ReplyDelete
  2. I'm just hoping ada english version since lagu dia menarik n catchy tapi ngan lirik bahasa melayu rasa cam kureng sket, kurang ummph!

    ReplyDelete
  3. haha cuba lagi! suara live tetap maha azab. macam tengah karok jamban

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...