12.5.15

Charlotte Elizabeth Diana

Hello u olls,

Pada minggu lalu maka telah selamatlah kelahiran puteri kedua untuk pasangan diraja yang meletops iaitu Putera William dan Kate Middleton di Lindo Wing at St Mary's Hospital in London. Anak kedua depa telah dinamakan Charlotte Elizabeth Diana. I olls memang duk jangka dah dari awal mesti dia akan bubuh nama Elizabeth or Diana. Tapi ramai duk jangka depa ni nak bubuh nama Alice. Apakah Alice? Alice in the Wonderland?

I olls sangat suka dengan nama ini.  Seperti u olls tahu,  Elizabeth adalah moyang kepada si puteri kecil ini and Diana pulak adalah nama kepada Tok Nek dia yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalanraya ngeri pada tahun 1998 yang lalu.

Media juga mengatakan nama Charlotte adalah bunyi feminim untuk nama Charles iaitu bapak kepada Prince William.  Baguih deni bubuh nama yang lebih kurang sama dengan bapak dia.  

Apa pun nak ucapkan tahniah tak sabar nak tunggu depa ni besar.  Mesti depa dua ni akan cantek meletops.

Rasanya lepaih ni Kate Middleton nak beranak lagi tak u olls?  

Charlotte Elizabeth Diana

Nampak macam Princess Charlotte ni brunete.  Apa u olls rasa?



click more for photos









Prince William mendokong anak nya Prince George.  Ini adalah public appearance pertama oleh Prince George sejak beliau dilahirkan.  Selama ini rakyat jelata boleh tengok gambar dia sahaja dalam internet.  Pada ketika adiknya dilahirkan dia berusia 1 tahun 8 bulan.  







Kate Middleton and Prince William melambai kepada para wartawan di luar kawasan hospital sebelum berangkat pulang. Ini adalah selepas beberapa hari beliau melahirkan baby girl itu.  Ramai yang duk buat terkejut tahi kenapa dia boleh jadi cantek meletops walaupun hakikat baru beberapa hari melahirkan.  Nakhariam oiii,  guna lojik otak sikit.  Bayangkan berapa banyak assistant dia ada dalam hidup dia.  Jaga rambut,  baju,  make up.....yang jaga baby pulak asing.  With all the assistants,  aku pun boleh jadi cantek hari hari.



Ini pulak gambar kenangan Prince Charles dan Mendiang Puteri Diana masa Prince Harry baru dilahirkan.  Sedih tengok gambar ni.  


Gambar sumber  : Dailymail UK











2 comments:

  1. Diana all time favourite princess. I sedih dia mati dikejar paparazzi dan cerita2 disebaliknya buat i tanak tahu sangat.

    ReplyDelete
  2. orang Rusia cakap Kate tu pura2 pregnant padahal dia guna ibu tumpangan . tak caya sebab dia cantik sangat lepas bersalin. Adoiiii

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...