28.5.15

Isi Ikan Goreng Iklan Luke Nguyen Style



Resepi ni inspired after watching Luke Nguyen's My Vietnam.  Sangat suka rancangan travelog beliau.  Dia tu dah la lawak and cara masakan dia sangat simple dan fresh.  Untung orang Vietnam semua ada duta meletops macam beliau.

Jom try buat resepi ni.


Isi Ikan Goreng Iklan Luke Nguyen Style

Bahan-bahan perapan  :

300 gram isi ikan (any kind of fish yang isi putih)
3 sudu sos ikan
Sedikit hirisan halia
Sedikit hirisan serai
Sedikit hirisan cili

Cara-caranya  :
Perap ikan untuk beberapa ketika.  Tak perlu perap lama-lama macam buat barbeque sebab isi ikan adalah sangat delicate.  Macam a few minutes pun dah mencukupi.


Bahan-bahan menumis  :
1 camca minyak masak
Sedikit hirisan bawang kecil
Sedikit bawang putih dicincang
2 batang cili melaka
2 sudu jus limau nipis
1 sudu gula 

Cara memasak  :

Panaskan kuali, tumis hirisan bawang kecil and chopped garlic, cabai melaka.

Masukkan perapan ikan. Pastu masukkan 2 sudu jus limau nipis dan 1 sudu gula. Masak guna teknik stir fry / goreng kilas.

Hiaskan dengan hirisan daun bawang and sedikit bijan.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...