12.5.15

Kanye West Dapat Anugerah Doktor Kehormat

Ramai yang tak suka mamat ni.  Maybe because of fact dia pernah maki Taylor Swift kat majelis anugerah,  maybe because dia tak reti nak senyum,  maybe dia self-claimed diri dia Nabi Isa,  maybe sebab dia kawen dengan Kim Kardashian,  atau just mungkin sebab he is too meletops.

Sejak lagu American Boy,  aku suka kat deni.  Aku rasa lagu hiphop dia adalah lain daripada orang lain.  Dia tak ikut mainstream hip hop sangat.  Dia ada style dia sendiri.

Tadi pagi (Thanks to Fly FM) yang menceritakan tentang Kanye West telah dianugerahkan dengan doktor kehormat daripada Art Institute of Chicago.  Ben and Hafiz duk suka sangat dengan cara Kanye West memberikan ucapan dia.

So tadi,  aku amik kesempatan untuk cari video ini dalam Youtube and aku nak share dengan ampa.

Aku dah tengok video ni.  Sebelum dia menerima anugerah ini,  dia kena bagila ucapan.  Ucapan dia sangat ringkas.  Tidak terikatan pada tali formaliti.  Dia terus bercakap dengan gaya dia sendiri.  Dia banyak memberikan senyuman.  HAHAHA.  Isi ucapan adalah ringkas juga tapi dia bagi kita paham pasaipa cara dia adalah sangat berbeza dari orang lain selama ini.

Aku gelak kuat masa last part dia bagi ucapan.  Sah terbukti,  deni memang genius macam tahi!  Kepada semua haters,  biaq la ampa nak kutuk apa pun.  Kita adalah canvas.




1 comment:

  1. akhirnya Kanye West banyak tersenyum dan gelak.. rare ni!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...