6.5.15

LRT dan Sky Cap di Pulau Pinang


Hello u olls,

Pada bulan lalu,  kerajaan Pulau Pinang di bawah pemerintahan parti DAP mengumumkan tentang beberapa projek sistem pengangkutan di Pulau Pinang yang akan melibatkan berbillion-billion ringgit dan dijangka bermula pada tahun hadapan.  Ada banyak projek yang diannounce,  tapi kalau ampa nak tau the latest info,  boleh google about it.  Search for LRT Penang or SKY Cap.  Ada yang masih dalam proses menunggu kelulusan dan juga pertimbangan daripada rakyat Pulau Pinang.

Untuk projek SKY Cap,  iaitu sebuah pengangkutan berbentuk gondola dari Penang ke tanah besar Butterworth ada yang membangkang kerana proses tanah tambatan akan menyebabkan ekosistem laut di kawasan berkenaan tercemar.  Dan beberapa kesan negatif kepada alam sekitar di kawasan tersebut.

click read more







Pada pendapat I olls,  apa juga projek yang depa nak buat ni.  Nak sokong atau tak sokong,  I olls terpaksa kata sokong jugak sebab maksalahnya kat Pulau Pinang ni bila mai saja musim cuti sekolah atau cuti umum,  makanya orang ramai akan memenuhi Penang macam apa sahaja.  Bukan saja yang nak mai makan angin,  yang mai turun Penang sempena kenduri kendara pun bersepah rendah.  Katanya,  dari rumah I olls (Ayer Itam) nak ke Gurney Drive pun amik masa 2 jam sebab jalan jem yang tak tentu hala.

Walaupun sudah ada pengangkutan Bus Rapid yang memberikan service yang lebih berkualiti,  tapi I olls rasa kalau ada LRT ni bolehla I olls pun feeling-feeling pi kerja naik LRT jer.  Kepada u olls yang tidak ada pengangkutan sendiri,  bila ada LRT ni lebih mudah dan selesa la u olls.

Apa pendapat u olls semua?







2 comments:

  1. Projek ni telah dirangka semasa Kerajaan Persekutuan memerintah dulu. Kerja tanah sepatutnya bermula pertengahan 2006 tetapi disebabkan Pulau Pinang diperintah oleh DAP, projek itu dihentikan dengan alasan tidak membawa keuntungan kepada kerajaan negeri. Pelik juga sebab projek yang dikatakan tidak membawa keuntungan tiba-tiba ingin dilaksanakan semula.

    ReplyDelete
  2. Projek ni telah dirangka semasa Kerajaan Persekutuan memerintah dulu. Kerja tanah sepatutnya bermula pertengahan 2006 tetapi disebabkan Pulau Pinang diperintah oleh DAP, projek itu dihentikan dengan alasan tidak membawa keuntungan kepada kerajaan negeri. Pelik juga sebab projek yang dikatakan tidak membawa keuntungan tiba-tiba ingin dilaksanakan semula.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...