27.5.15

Mengucapkan Tahniah Kepada Teman Yang Mengandung

Hewww....

Pasaipa la nak kena tulis benda ni jugak.  Boringla topik ni.  Sebab topik ni terlampau banyak aura negatif.  Tapi im sure ramai wanita di luar sana ( yang dah kawen tapi tak melahirkan lagi macam aku) merasai perkara yang sama.

Sebelum ni,  aku rasa aku sangat okay bila dengar announcement teman-teman yang mengandung,  mengandung yang pertama,  kedua mahupuan announcement kelahiran anak yang keseratus empat puluh dua.  Aku okay sangat.  Tapi tak tau pasaipa,  lately,  bila ada kawan yang tiba-tiba mai bagitau kata depa mengandung kat aku,  aku nanti terus diam and tak tau nak respon apa.

Aku sembang benda ni dengan seorang teman (yang dah kawen tapi tak melahirkan lagi macam aku),  what's wrong with me?  Adakah aku jeles-jelesi?  Adakah aku dengki dengka?  Astaghfirullah,  istighfar sat.  Tak baik ada perasan macam ni dalam hati.

Bila dah luah and bincang dengan teman-teman and suami sendiri (of course cerita kat laki aku jugak.  Sebab kami kan love),  aku mencapai satu teori.  Teori ni tak semestinya tepat dan sesuai untuk semua orang.  Hope dengan perkongsian ini,  ampa semua boleh bagi input dan bagi cadangan macam mana aku boleh atasi masalah ini (fuuh....jarang aku tulis artikel mintak ampa bagi cadangan kan?  Sebab aku selalu feeling macam aku tau semua benda.  HAHAHAH nahariam punya ustanyah).

Gambar memasukkan belon dalam baju.  Tahun 2009.



Teori 1  Cara Penyampaian Maklumat

Lepas di analis,  actually bukan dalam semua occasion aku akan jadi sentap dan tersenyap kerana jeles dengan announcement gembira ini.  Ianya bergantung kepada cara penyampaian pihak yang mengandung.  Antara contoh cara penyampaian yang membuatkan I olls terasa sentap adalah apabila dalam situasi di mana kita dah lama tak jumpa and the first thing you bagitau is that you MENGANDUNG.

Kita lani semua dah kerja,  dah kawen,  bla bla,  busy kot.  So tak semua kawan-kawan kita dapat spend time lama-lama macam dulu.  Seorang kawan yang baik,  from time to time dia akan amik peluang untuk catch up.  Kemudahan teknologi seperi WhatsApp dll adalah cara yang paling mudah untuk kita berhubung.  So bila berhubung secara maya ni,  dia punya cara penyampaian ni tidak akan sampai 100 % sebab kita nampak mimik muka,  gerak badan dan bunyi ayat yang tepat.

Bayangkan si kawan ni baru semangat tanya khabar,  hang teruih serbu "Aku lani mengandung u olls,"  Contoh dialog adalah seperti demikian.

JS  :  Hello u olls apa habaq?  Lama tak dengar berita?  Macam mana business online hang?  Aku tengok makin meriah. 
SJ  :  Haa u olls....alhamdulillah.  Tapi aku aku kena slow down sikit.  Sebab aku duk loya loya. 
JS  :  Haa....loya pasaipa?   
SJ  :  Aku mengandung u olls.  hihihih loya loya la u olls....
JS  :  (DELETE CONVERSATION)

I dah banyak kali kena macam ni.  Siriesly meluat sangat-sangat dengan kawan yang macam ni.  Nak maki kat situ,  satgi ampa kata aku jeles dan sentap kuat (memang hakikat ya pun).  Bagi I olls,  kawan-kawan macam ni adalah sangat tidak sensitip.  Tidak sensitip kepada keadaan aku yang duk teringin nak ada anak tapi takdak rezeki lagi.

Depa punya eksaited dengan nikmat yang Allah bagi kat depa ni sampai depa rasa segala planet dan bintang di sistem suria ini berputar kat sekeliling depa.  And after not replying back to them,  this girls,  depa not even bother pun tanya "Ehkk Jumie awat hang sengap?"  Haaaa nampak dak permainan diva divana depa?

Sorrylah kalau pendapat I olls ini nampak seperti I olls sangat emosi dan sensitif,  tapi Im sure suara I olls ini mewakili ramai wanita berkahwin di luar sana yang mempunyai kisah yang sama.  Bukanlah nak tetapkan protokol dan garispanduan untuk ampa berkongsi bahagia dengan kami,  tapi why not curahkan sedikit perasaan sensitiviti ampa sebagai seorang wanita kepada kami.  WHY NOT????????

Keduanya,  apabila bersembang dalam group.  Tak kisahlah group alam maya ataupun betui betui sembang apabila melepak.  Boleh dak kalau kita selang selikan topik perbincangan agar tidak 100% merangkumi hal ehwal beranak dan anak-anak sahaja.  There's so much things yang kita boleh discuss sesama wanita dan isteri,  contohnya masak memasak yang sihat,  aplikasi handphone yang berguna,  buku atau movie terkini yang harus ditonton,  cerita apa yang berlaku di Nepal,  tips rahsia hebat di ranjang....(EHKKK!!) tapi why not???????????????????

I olls faham,  mempunyai anak adalah satu dunia yang amat berbeza kerana u olls terpaksa lalui pelbagai halangan dan pengorbanan.  Namun,  kami sebagai ahli persembangan hanya mampu mendengar dan mendiamkan diri sahajalah kerana macam mana kami nak bagi input pasai kat mana nak beli pampers yang murah dan apakah krim terbaik untuk mencantikkan kulit bayi u olls yang sensitif?  WE DONT KNOW SHIT ABOUT THOSE THINGS.

Cuba ampa tengok dalam WhatsApp group /  sesi sembang nyata,  apabila ampa duk asyik duk cakap pasai anak-anak sahaja,  perasan dak rakan-rakan wanita yang sudah berkahwin tetapi takdak anak ni dia sendiri menyendiri?  Bukan lah dia merajuk ke apa ke,  tapi dia sendiri pun menghormati dunia u olls untuk tidak menyuarakan perasaan sebenarnya.  Kalau dia tak ada perasaan hormat,  im sure dia dah herdik ampa semua.

Sudah dijanjikan oleh Allah,  wanita yang melahirkan anak dihapuskan segala dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan.  Besar sungguh nikmat dan keistimewaan yang Allah bagi untuk wanita yang melahirkan.  Sapa yang tak mau nikmat ni u olls?  U olls yang dah dapat nikmat ini adalah sangat bertuah sekali.  Orang macam kami ini masih diuji kerana mungkin Allah nak bagi something yang lebih hebat?  Wallahualam.

Sekian sahaja sesi luahan perasaan I olls untuk hari ni.  Kalau ada salah silap aku mintak maaf.  Tapi siriesly,  aku memang jenis genuine,  kalau aku suka,  aku layan,  kalau aku tak suka,  aku akan maki....tapi kalau aku sayang and hormat ampa,  aku akan blah dengan senyap.

Love,

Jumie Samsudin

16 comments:

  1. kami blum bnikah tp pengalamn dr sekeliling yg berada dlm situasi same dgn akk dlm klgan kwn2 mmg rmai..rezeki anak itu ada cuma ia cepat atau lambat Allah yg tntukan..Berdoa dan kuat..Kwn sy 6thun berkhwin smpai lani xde ape lg..cian mgadap mulut2 tempayan dok perli2 tny psl ank.ada tny anak skrg umur brapa padahal jiran sebelah rumah kot..alasan makcik tu gurau jer..alahai sedey tgk keadaan beliau..mak sy dulu lps kwen 5thun xmengandung, org kmpung dok jaja ckp mak sy mandul...huhu..thun ke 6 mengandung tp arwah abg hidup xsmpai sejam malah xsmpai 30minit pun..alhamdulillah berkat kesabaran dan kuatkan hati maka lahirlah kami adik beradik yg kiut miut ni..hehe..
    kak jumie tabahkan hati dan kne always be positive..rezeki anak dr Allah..ada sebb knp lmbt..
    be positif yerk kak...muaaxxxx

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum jumie,

    Bersabar jela banyak2.. kadang2 dorg ni x sensitif and tak pandang percakapan especially bila ckp pasai ngandung dengan org yg belom ada rezeki nak ngandong.. sy dulu kawen dekat 3 taun baru lekat, sebelum tu camtu gak la, klu denga org ngandung rasa sayu ja, bukan tak hepi kengkawan ngandung tp duk pk bila la nak merasa nikmat mengandung dan bersalin..

    alhamdulillah, betoi kata org, Allah SWT akan bagi rezeki tu bila Dia rasa kita dah sedia, in sha Allah akan ada rezeki, cepat dengan lambat ja.. slalunya org yg lambat lekat ni, sekali dah lekat, sok2 berderet2 la anak2 dia kan.. perancangan Allah sapa yg tau kan..

    org2 yg dah peknen or lekas pregnen pon kena la sensitip bila bercakap bab2 ni dgn kwn2 yg lom lekat.. sapa2 yg penah alami je yg paham perasaan golongan2 TTC ni.. semoga jumie dan kawan2 lain yang masih belum sampai rezeki, akan dikurniakan rezeki satu hari nanti, in sha Allah.. janji Allah itu pasti..

    last but not least, kwn sy kawen dah 10 taun lebih, gembiranya bila denga dia preggy and baru je lepaih bersalin.. betapa bersabarnya beliau dengan kata2 org sekeliling kan.. be strong ya jumie and others..

    Sekian, wassalam (",)

    ReplyDelete
  3. peluksssssss ! I feel you kak jumie. ai oll pun macam fefeeling berayaq mata baca post ampa. semoga satu hari nanti kita berupaya untuk merasai nikmat preknen dan mempunyai zuriat seniri.

    ReplyDelete
  4. I feel you Kak Jumie. Walaupun baru 2tahun kahwin (tak selama orang yg berbelas tahun tunggu), sejak2 lepas miscarriage bulan 2 hari tu, jadi sensitive pulak. Yg baru kahwin dlm group pun asyik cerita pasal morning sickness bagai, kami diam ja la. clear conversation untuk tak menyakitkan hati. yg umumkan anak kedua ketiga tu lagilah. Bukan tak redha tapi kadang tersoal jugak bilalah turn aku ni. Tengok orang mengandung lepas satu, satu, rasa macam Ya Tuhan murahnya rezeki hangpa. Kami nak dapat satu pun jenuh berhabis duit.

    Ada satu group whatsapp kawan2 husband (pasangan masing2 pun join jugak sbb kami pernah pi trip sekali), rezeki depa semua kahwin terus lekat. Asyik la dok share nak beli breastpump la, baby expo lah, stroller lah. Last2 sekali kami left saja group tu sbb dah tak larat berpositif. Haha.

    Yg sama2 TTC jay g paham perasaan kita ni kak oi and the few true friends. Yg betul2 support kita untuk tak putus asa and selalu ingatkan kita suruh sentiasa mintak dengan Tuhan.

    But anyhow, cuba lah jugak bergembira bagi pihak depa. Rezeki depa mcm tu, rezeki kita mai kot lain pulak. InsyaAllah… Allah Maha Mendengar.

    Thanks for this post. It’s good to know kami tak berseorangan.

    ReplyDelete
  5. I feel u kak jumie coz ive been there... 2 tahun kami treatment merata smp kami jumpa doc kami skrg, doc samad from glasgow specialist clinic.. nak berubat fertility ni mmg pakai duit banyak.. kami spent dekat rm30k dlm masa 8 bulan utk dpt baby kami..kami kena go thru 2 laparascopy n countless injections... kami pernah down smp nak terjun tingkap sb kami xdak confident yg diri kami boleh pregnant 1 hari... kami give up bila stiap kali check pregnancy test negative..

    Fertility mmg pakai duit banyak.. nasihat kami jumpa doc yg betoi2 boleh treat kita n kita tau success rate depa.. we need to spend sikit benda2 mcm ni n xleh nak save...kalau nak tunggu hosp gomen, tahun 2030 pon x tentu boleh ada anak or x sb Q panjang sngt...kami bukan nak lagak kaya.. but saving kami semua mmg habis utk treatment sb kami nak sngt ada anak.. gaji kami n husband 1 bulan total dlm rm5k saja.. but kami 2 tekad saving utk dptkan anak... alhamdulillah husband kami support kami 101% even dia tau kami punca susah dpt anak...

    kami doakan 1 hari nnt ampa akan pregnant jugak.. feeling down looking at others is normal coz we r human... we have feeling... all the best kak jumie... muaaaaach!

    ReplyDelete
  6. I feel u kak jumie coz ive been there... 2 tahun kami treatment merata smp kami jumpa doc kami skrg, doc samad from glasgow specialist clinic.. nak berubat fertility ni mmg pakai duit banyak.. kami spent dekat rm30k dlm masa 8 bulan utk dpt baby kami..kami kena go thru 2 laparascopy n countless injections... kami pernah down smp nak terjun tingkap sb kami xdak confident yg diri kami boleh pregnant 1 hari... kami give up bila stiap kali check pregnancy test negative..

    Fertility mmg pakai duit banyak.. nasihat kami jumpa doc yg betoi2 boleh treat kita n kita tau success rate depa.. we need to spend sikit benda2 mcm ni n xleh nak save...kalau nak tunggu hosp gomen, tahun 2030 pon x tentu boleh ada anak or x sb Q panjang sngt...kami bukan nak lagak kaya.. but saving kami semua mmg habis utk treatment sb kami nak sngt ada anak.. gaji kami n husband 1 bulan total dlm rm5k saja.. but kami 2 tekad saving utk dptkan anak... alhamdulillah husband kami support kami 101% even dia tau kami punca susah dpt anak...

    kami doakan 1 hari nnt ampa akan pregnant jugak.. feeling down looking at others is normal coz we r human... we have feeling... all the best kak jumie... muaaaaach!

    ReplyDelete
  7. Orang yang tak faham konsep 'REZEKI, JODOH DAN MAUT SEMUA DITENTUKAN ALLAH' saja yang boleh dok buat perangai x semenggah mcm tu....

    Dari pengalaman sendiri, mmg kita akan rasa sentap jeles semua ada... tp what to do? kena pujuk hati la terima keadaan tu seadanya sbb mmg ada manusia kategori 'jom heboh' ni.... Insyaallah, kena yakin... jika rezeki kita ada... ada la nnti....

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Jumie...

    Been there, done that.
    Dah tak larat nak sentiasa sentap dan sensitif....dah masuk 5 tahun kahwin dah ni.
    Lately, cuba positifkan diri. Contoh: Macam pagi tadi kawan hantar sms kata dia dah selamat bersalin baby boy petang semalam. Selain ucap selamat, selitkan sekali minta dia doakan Yani beroleh rezeki zuriat mcm dia. Fullstop. Habis cerita. Hati pun kurang stress.

    ReplyDelete
  9. Salam kak Jumiess,

    Masa awai kawen dulu dah dapat pressure dah.
    - parents down terok buat muka skupang bila tau period. tetiap bulan dok tanya period dak g and siap mark kat calendar.
    - mil kata nak bawak p berubat jumpa ustaz.
    - opismet yg bunting pelamin dok mngeluh kata tak puas honeymoon ngn asben lagi
    - opismet yg 2nd pregnancy dok tak abeh2 kata eksiden. tak redi lg. termengandung plak.

    makanya, nak habaq kat sini.
    - kita jaga hati kita, avoid bnda yg bole buat hati kita sakit. tadak sapa bole hepikan kita selain diri kita sndiri. asben pun tera mana sgt la dia bole nk bg kita hepi sbb dia pun down jugak deep inside.
    - rezeki ni mcm2 rezeki dok ada. anak is salah satu cabang rezeki ja. makanya bersangka baik ngan Allah.
    - Allah akan bagi bila Dia rasa nak bagi, hanya Dia ja tau kita mampu ka dak.

    Alhamdulillah, lepas 3thn kawen Dia bg rezeki anak. bila dah ada anak ni aku dok saja2 dok pikiaq. kalau la Allah bagi kt aku anak masa awai2 kawen dulu, mampuih takto la nk jadi apa kt anak aku. time ni br la rasa btoi la, Dia Maha Mengetahui bila kita ready ka dak. kita sendiri pun takto.

    All the best to all TTC-ian.
    Aku doakan ampa semua Allah bg rezeki yg melimpah ruah.
    *ada kes makcik aku 12 tahun kawen tadak anak lepas dpt anak sulung tros rezeki tak putuih, now anak dia 10 orang.*

    sekian. wasalam.

    ReplyDelete
  10. Jumie, I feel u.. walaupun aku abak 3, tapi I still can feel u sbb adik beradik aku pun belum ada rezeki lagi, kawan baik aku pun.. depa2 ni berpada2 la kalau eksaited dapat baby, pikiaq2 la perasaan orang lain..

    ReplyDelete
  11. Jumie....terima kasih sebab buat entry ni sebab saya pun rasa sama macam apa yang awak rasa ...memang bukan jeles tapi kadang-kadang menyampah ....hahahhahah...bukan menyampah kat kawan tu tapi menyampah sebab dia punya eksaited sampai lupa nak jaga hati kawan ....huhu (padahal dia tau betapa kita nakkkkkkkkkkkkk sangat anak).... :, )

    ReplyDelete
  12. i feel u Jumie.. i dh kawen dekat 8 tahun n umo lak dah 35+ baru laa tuhan kasi rezeki.. itu pun jenuh laa menadah perot kena cucuk sana sini and bergelen darah kena amik..blom kira kena jolok dek doktor tiap kali treatment.. it was hard for me and memang akan rs sangat sensitif dgn orang keliling.. n like u, bila org kongsi berita peknen depa, i just silent! xreti nk react or nk wish kehapa.. sb i tau if i wish sure xikhlas so better diam kan diri jer laa..2-3 tahun pertama mmg i jadi a bit bitter aa towards everything..skit2 nk terasa n skit2 nk menyentap.. tapi bila dh masuk tahun 4,5,6 dh mula rs malassss nk terasa2 dah.. i started to pandang on the positive side.. xpe aa korang gelek anak, iols gelek hbag Gucci jer pun ok gakk...

    ReplyDelete
  13. Bak kata salah seorang commentator kat atas, 'REZEKI, JODOH DAN MAUT SEMUA DITENTUKAN ALLAH'.

    So same goes to you. Awat tak boleh happy kalau orang tu pregnant? Dia happy kot, nak share berita gembira. Len la kalau lepaih dia habaq dia tanya hang bila lagi. Itu baru downright rude.

    Walau perit, kena la be happy for others - itu rezeki dia. Entah2 dia pun kalau boleh nak rezeki yang you ada. Allah tahu apa yang terbaik for our lives.

    And yes, unfortunately, children ni time and energy consuming. Mak2 ni takde benda lain nak cakap sebab memang their lives revolves around their kids. Ingat depa tak nak ke dapat tido 12 hours tanpa gangguan, boleh keluaq suka hati, boleh indulge atas diri sendiri? Ingat depa tak teringin ka, just one moment, just be without responsibilities.

    Tak perlu jeles-menjeles, sentap menyentap. Liek I said tadi, leave it to Allah, He knows best.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...