25.5.15

Nasib Pelarian Rohingya


Hello u olls,

A few weeks ago apabila first terbaca news pasai depa terdampar kat pantai Pulau Langkawi,  Ya Allah aku terus tersentak melihat paparan gambar yang menunjukkan orang-orang kampung di Langkawi dan pihak berkuasa sedang menahan depa.  Ampa ingat dak i olls pernah cerita pengalaman I olls dan mak menziarah sebuah pusat pengajian yang disediakan untuk anak-anak Rohingya di Penang yang kini dikenali sebagai Peace learning Centre.  Ampa boleh baca rentetan kisah di sini  :  Sumbangan untuk Sekolah Damai

Tapi pusing punya pusing,  sampai lani pun tak settle lagi masalah ni.  Tak suka nak bercakap pasal bab politik tapi aku tak paham pasai kepimpinan negara kita memandang remeh hal ini walhal ini adalah hal kemanusiaan.



Hang tuduh aku,  aku tuduh hang,  tapi sampai sudah semua orang duk saling menuduh dan takdak kata sepakat lagi nak pi letak and urus depa ni macam mana.  Katanya,  negara kita tak mau terima kaum Rohingya ni di negara ini kerana kita nak jaga hubungan baik dengan Myanmar.  Aku pelik apa sangatlah yang kita takut dengan Myanmar tu?  Adakah kita ni lebih lower standard dari depa dan memerlukan segala bentuk perlindungan dan keperluan dari negara tu ka?

Kes 'penghapusan kaum' di Rohingya bukan berlaku semalam atau malam kelmarin,  tapi dah berlalu jauh terlalu lama.

Aku rasa tersangat hiba apabila melihat berita tentang rakyat Acheh yang menyediakan makanan kepada pelarian Rohingya yang tiba di pantai mereka?  Apa pulak cerita rakyat Rohingya yang tiba di Langkawi?  Depa dapat ka makan nasik?  Kita yang berpuasa satu hari pun dah rasa macam terkelepiak sebab satu hari tak makan?  Ini bukan pulak berhari hari duduk atas laut and takdak bekalan makanan dan minuman.

And of course,  im sure ampa semua tahu tentang kebaikan hati Presiden Turki mai hantaq kapal depa untuk selamatkan manusia tidak bernegara ini.  Bok malu saja aku baca dalam news luar negara katanya President Turki call PM Misai Putih kita and bagitau 'terima kasih' kat negara kita and dia akan mai tolong rakyat Rohingya ni semua.

Here goes some dreadful pictures i took from Daily Mail UK.










No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...