12.5.15

No Peluang untuk Pedo

Nahariamla terpaksa bubuh jugak muka deni kat blog aku.


Hello u olls,

Ni sapa kat sini jadi panas hati bila MARA nak bagi peluang kedua kepada pelajar Nur Fitri Nordin yang sedang belajar di Kolej Imperial Universiti London yang ditangkap kerana memiliki lebih daripada 30,000 gambar serta lebih seribu video porno kanak-kanak hangat diperkatakan media seluruh dunia.

Nahariamlah masa aku mula-mula baca news ni dalam Astro Awani news, depa ada tunjuk gambar dia, aku teruih rasa meremang bulu roma. Sejak dulu lagi aku sangat takot dengan orang-orang pedo macam ni. Pedo adalah singkatan kepada pedofilia atau pedophilia. Ramai yang tak faham terma ini. Tula nahariam ampa semua duk sibuk tengok Kilauan Emas sahaja sampai pedo pun ampa tak faham apa maksud.



Pedo ni adalah masalah sakik otak dimana orang itu mempunyai kecenderungan seksual terhadap kanak-kanak. Hang gila babi tak sampai boleh rasa stim tengok budak budak telanjang? Sebelum ini Malaysia pernah digemparkan dengan kes adik Nurin Jazimin yang diculik dan mayatnya dijumpai dalam sebuah beg. Mayat adik Nurin Jazimin didapati telah diperlakukan dalam keadaan yang amat mengerikan. Sampai lani aku duk teringat gambar yang aku tengok tu. Menyesal pi tengok.

Dalam filem-filem Inggeris ada banyak pengkisahan tentang orang-orang pedo ni. Cara hidup depa memang nampak macam normal, tapi semua itu adalah lakonan. Sebagai perlindungan kepada identiti gelap depa yang sebenarnya. Contohnya dalam cerita The Lovely Bones. Lelaki pedofil ni memang duk minat dan taruh hati gila kat seorang budak ni nama Susie Salmon. Tiap-tiap hari dia akan mengendap dan tengok Susie naik basikal. Pastu dia duk belakon buat baik dengan family Susie semua. Last sekali dia tangkap budak perempuan ni dan rogol sampai mati.

Bercakap pasai budak Nur Fitri Nordin ni, aku tak tau la deni ada cable besar macam mana ka sampai dia boleh diberikan peluang kedua macam ni? Daripada bagi peluang kedua kat deni, macam mana pulak kat budak budak yang belajar terkandas ka atas kes-kes biasa yang lain. Im sure saban tahun mesti ada kes budak budak MARA yang ada masalah keluarga ka, stress ka, sampai belajar tak habis. Kat orang-orang ni boleh pulak ampa bagi penalti sampai depa takdak jalan nak sambung belajar dengan tajaan.

Aku rasa peluang kedua yang diberikan kepada budak ni secara tak langsung buat malu nama negara sahaja.  Bayangkan pihak luar membaca cerita kita dan mengutuk kita "Malaysia beri peluang kedua kepada pelajar pedo,"  Wehsss!  Orang Barat benci pedo wehs.  Silap haribulan depa semua pun anggap Malaysia sebagai negara mesra PEDO tak pasai-pasai.  Serrnya. 

Lani kalau ampa baca kat laman web berita ramai orang duk bagi statement dan tidak menyokong tindakan MARA untuk beri peluang kedua kat budak ni.  Tapi aku tak tau la sama ada MARA masih nak berpegang teguh kepada pendirian depa ka macam mana?  Sapa-sapa boleh tolong update sat.

Kepada u olls-u olls semua,  jangan duk asyik tengok Kilauan Emas tak habis habis duk tengok Kak Engku jadi pengacara majelis saja.  Mai belajar dan baca pasai benda benda ni semua.  Lindungi anak-anak dan keluarga u olls.  Pedo ni tak semestinya dari golongan orang luar,  kadang-kadang cikgu atau ustaz pun boleh jadi pedo.  Otak tak betul,  duk taram nak tutuh anak-anak kita.  Tak kira anak lelaki ka pompuan.

Aku ada ramai kawan yang dakwa depa dulu kecik-kecik kena rogol dengan ustaz dan tukang kebun sekolah.  Tak pasai-pasai si kecik tu jadi ketagih seks dan otak jadi tak betul.  Sebab dari kecik dia tak pernah nak cerita dan luah apa yang jadi kat dia,  pendam punya pendam sampai dah tua dia pulak jadi gila jalang cari seks secara sundal tanpa segan silu.  Sapa pun tak tau penderitaan hidup dia macam mana.  Sapa nak tolong?

Pedo bukan soal pilihan seksual.  Ampa jangan duk samakan pulak pedo ni dengan lesbian,  gay or trans!!  Langsung tak sama langsung okay.  Pedo adalah masalah otak.  Sapa yang boleh ada perasaan seksual kepada kanak-kanak adalah gila dan tidak ada tempat langsung dalam masyarakat kita.  

Kepada u olls semua yang dah ada anak-anak,  i think u olls semua kena amik pendekatan yang progesif terhadap anak-anak.  Kita pun tau bahawa pengenalan tentang pendidikan seksual masih tidak wujud di Malaysia so sebagai mak bapak kita sendiri kena start semua ni.  Ajar anak-anak kita untuk hargai tubuh badan depa.  Kalau ada sapa-sapa yang buat benda tak elok,  cepat-cepat suruh lapor kat kita dan kita boleh tolong.  Jangan takut.  Depa kecik lagi bukan paham apa-apa.

Tak kisahlah hang jinies ka,  hang Melayu ka,  hang Islam ka,  tapi hang PEDO!!  #NOSECONDCHANCE for pedo.  Sekian!!


3 comments:

  1. AGAk agak kalau budak tu gay depa nk bg peluang juga ka.... mampuih x bagi...

    ReplyDelete
  2. Agreed! Eeeeeeeeeuuuuu sgt. Muka nampak stok baik baik. Rupanya pedo.. puii

    ReplyDelete
  3. Bahaya sangat pedo ni kak. Tolonglah, makhluk apakah kalau dengan budak pun bernafsu juga. Kasihan anak-anak kita. Malangnya masyarakat kita masih belum terbuka hal2 seperti ini. Cuba kak bukak fb Wardina Saffiyah. Bliau dok share pengalaman org2 yg penah di pedo oleh biasanya family sndri.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...