26.5.15

Saya Suka Warna Kulit Saya


Hello u olls,

Ini adalah issue lapok.  Tapi harap lepas membaca penulisan aku hari ini,  ampa semua mendapat semangat baru untuk mencintai warna kulit ampa semua.

Wanita Asia sangat obses nak jadi putih.  Apa sahaja jenis produk yang sebut MEMUTIHKAN KULIT WAJAH memang lajiu laa semua orang nak beli dan pakai.  Semua orang nak jadi putih,  yang dah putih melepak pun,  gigih nak pakai macam-macam nak bagi putih lagi.  Yang ni aku tak paham,  nak putih macam mana lagi?  Sampai kulit ampa jadi jernih ka?  Style boleh nampak daging teruih?

Pasaipa aku kata obses?  Sebab walaupun ampa semua kutuk Que Putih Que Putih Barulah Putih masa  AJL 2015 tapi sehari lepas malam AJL,  produk Que Putih SOLD out satu Melesia.  So walaupun ampa mengutuk dan meluat dengan Dato' Vida tapi sengap-sengap ampa duk beli produk dia.  Haram semua.




Dulu aku obses dengan nak bagi jadi putih.  Duk pakai macam-macam produk ni duk peeling ampa semua bagai sampai muka aku jadi putih macam Snow White Boyan.  Time tu aku duk feeling cantek la,  especially bila orang Cina mai kat aku cakap Hokkien.  HAHAHAHA teruih aku feeling Dewi Quan Yin macam mana ka.  Tapi hari ini,  bila aku bukak Facebook album aku tahun dulu-dulu,  Ya Allah malunya dengan muka aku.  Style muka tak natural langsung.  Haramla tak elok.


Gambar Dulu (2008 an)


Ampa tengok aku dulu-dulu.  SIRIES TAK LOJIK gila putih sampai macam ni.  Masa ni aku gigih duk pakai Cream Natural 99.  Dia ada dua cream,  putih and kuning.  Memang jadi putih sampai lagu ni tapi masalah jerawat tak dirawat pun.  Jerawat duk banyak jugak.  Lani ada produk pakai bahan yang sama juga tapi depa packaging lain nama Collegen E.  Ampa jangan duk pakai la produk tu semua.



Gambar Sekarang (2015)

Ni muka tak make up langsung ni.  Rasanya muka style selfie lepaih basuh muka (amik wuduk katanya).  


Ni muka gatai-gatai sikit sebab ada make up sikit and duk breakfast sambil dating dengan suami pak gemok.



 Ni muka make up all out.  HAHAHAH Drag katanya.



Tapi alhamdulillah lani aku dah INSAP dah.  Walaupun Khafi adalah putih melepak berbanding aku tapi aku always yakin dan tak pernah pun rasa terdesak nak putihkan muka just because aku adalah lebih hitam dari dia.  Aku rasa happy juga sebab memang tak baguih duk pakai produk bagi putih ni semua sebab kesan jangka panjang pada kulit kita.  Aku rasa ini adalah satu tahap kematangan yang menyedarkan aku bahawa keputihan kulit bukanlah jawapan kepada kecantikan abadi.

Kulit yang duk pakai produk bagi pemutih ni,  actually kita just bagi nipis kulit kita and bila terlupa nak pakai pelindung SPF ka apa ka,  masa tu la mampuih kulit kita terus terdedah kepada cahaya matahari dan kesan ini boleh menimbulkan jeragat dan pra kedutan pada kulit.  Mungkin hari ini kita tak nampak kesannya,  tapi bila dah masok 30s or 40s baru ampa akan nampak kulit berjeragat di bahagian tepi pipi yang amat sukar untuk dibuang.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan cerita kononnya seorang wanita meninggal dunia kerana terlebih memakan benda bahan-bahan tambahan yang diperlukan untuk memutihkan kulit dan sebagainya.  Tapi ada yang kata,  produk tu semua bukan sebab utama dia meninggal dunia tapi memang sebab dia ada masalah pendarahan dalam otak secara tiba-tiba.  Entahlah,  tapi yang pentingnya hakikat memang arwah tu telan macam-macam untuk cantik.

Actually bukan dia seorang,  memang ramai pun lagu tu kisahnya.  Gigih nak makan macam-macam untuk bagi nampak putih dan 'cantek'.  Cuma ampa nasib baik tak mati lagi.  Aku tak kisah ampa nak makan macam-macam suplement untuk bagi sihat dan cergas,  aku sendiri pun amik satu produk collegen iaitu Glow Diamond sebab this product dia bagi collegen baik untuk kulit and bahan yang mengcergaskan badan.  Dah lama makan benda ni and will never ever tukar.

Inilah GlowDiamond yang aku makan.  Ampa nak tau lebih lanjut boleh baca kat sini  : GlowbroWellness




Memang betul,  nak putih ka,  nak hitam ka,  nak cantek ka,  nak buruk ka,  semua tu adalah hak and pilihan masing-masing.  Tapi apa pun ampa nak buat,  biarlah jadi realistik sikit.  Just because u olls obses untuk jadi putih dan bersinar-sinar macam batu mutiara janganla ekspek semua orang nak kena tiru hang.

Pernah ada satu time ni,  aku jumpa sorang kawan lama,  dia duk promote produk bagi putih muka kata kawan-kawan,  aku pun dengar dengan kusyuk,  pastu dia kata kat aku "Jumie...hang tak mau try ka...baguih untuk kulit muka putih,"

Aku pun jawabla elok sambil gelak-gelak,  "Tak pa wehs...aku suka kulit aku tanned lagu ni,  feeling Venezuela,"

Pastu ampa tau apa pompuan tu buat?  Dia cebek muka macam jeling tengok aku.  Anak haram betui la.  Nasib baik aku kat office,  kalau kat Market Jelutong dia buat muka lagu tu kat aku,  mampuih dia nanti kena sugun dengan daun sawi la.

I memang ada pakai produk peeling (pengelupasan kulit),  tapi bukan jenis Novelvisaj yang teruk teruk ni.  I pakai Dermalite Mild Peel.  Dia macam night cream.  Tak perlu pakai hari hari,  hanya pada hari diperlukan.  Contohnya kalau I olls berjemur bawah matahari macam over sikit,  so 3-5 malam berturut-turut pakai Dermalite Mild Peel setiap malam sebelum tidur.  And leave it overnight,  after 5 hari akan rasa pengelupasan halus pada kulit especially ketika membasuh muka.  And that's  it.  Kulit macam kembali licin.  Kalau ampa nak beli,  boleh PM aku sebab produk ni takdak kat Farmasi.

Actually the right achievement untuk warna kulit yang sesuai adalah kulit yang radiant,  seolah-olah glowing gitu.  Tak kisahlah hang hitam macam Lupita Nyonggo ataupun koko-koko ciku macam aku,  dengan penjagaan kulit yang betul dan juga kesihatan dalaman yang baik,  and of course hormon estrogen membuak-buak,  pastinya kulit akan kelihatan naturally glowy macam mana ka.  Tok kita sebut,  seri.

Penjagaan kulit kenalah betul dengan teknik penjagaan kulit yang berdisplin adalah antara key penting untuk dapatkan kulit yang sihat dan radiant gitu,  tapi lani duk ada banyak Camera Apps yang penipuwati sunggoh.  Hang amik gambar nenjia,  setting sana sini muka hang jadi putih saljiu teruih.

Aku kadang-kadang memang tak blah langsung la tengok pompuan-pompuan kita ni punya nak obses nak bagi nampak ploles,  ampa punya setting gambaq ampa sampai nampak tak lojik langsung.  Bukan aku racist ka apa,  tapi ampa nak setting,  setting la perabih,  ni style terang-terang muka ampa putih tangan ampa hitam macam baru habih basuh periuk.  Aku akui,  aku pun kadang-kadang upload gambiaq kat IG,  aku nanti setting 'Brightness' sikit-sikit.  Why not?  Tapi takdak la setting putih teruih sampai nampak muka aku persis Girls Generations.

So nasihat aku adalah,  duk pi bagi cantek secara palsu buat apa?  Duk make up sekelepok,  setting gambaq bagi terploles,  tapi bila aku jumpa ampa naturally...harammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....Tak pasai-pasai aku terpaksa mencarut ampa dalam hati.  Sebenarnya ampa duk cheating kecantikan ni but at the end of the day,  ampa sorang ja rasa ampa cantek,  orang lain duk gelak kat belakang ampa.

Kan tak best lagu ni?  And some more,  lani dah tahun 2015,  lagi 5 tahun nak jadi Wawasan 2020 kalau wanita Malaysia masih tidak boleh berasa selesa dengan kecantikan warna kulit sendiri,  so aku tak tau nak kata apa lagi,  #GoDie.

ps/  tahun 90 an ja orang pakai foundation putih

3 comments:

  1. dulu iollss pun obses nak putih..siap labur duit beli pil gluta yg mahal nak mampsss....putihnya haremmm....now iools dah sedar yg setiap dari kita x kira putih melepak,putih2 kuning...tanned ke,gelap gelemat sekalipun kita adalah special asal kita tau appreciate kurniaan Allah swt...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...