28.5.15

Shawl Pin Collection by Emi Kaz Design

Sumber  :  Emi Kaz Design Facebook


Hello u olls,

Nak share dengan ampa semua pasai shawl pin collection by Emi Kaz Design.  I dah lama mengenali Emi Kaz dalam Facebook,  beliau seorang usahawan seni yang gigih.  Sebelum ini beliau banyak membuat seni kraf yang menghasilkan eksesori wanita seperti subang, rantai dan cincin menggunakan paduan logam dan semi precious stone macam topaz, quartz, opal dan lain-lain.

Dah lama berkenan nak beli something daripada dia,  tapi duk tangguh banyak kali sebab I olls punya koleksi subang and rantai ni memang dah berlambak dah.  Tambahan Mama Regina dah wajib selalu bagi hadiah macam-macam rantai and subang for me.

Pastu,  baru-baru ini,  kebetulan apabila I olls start berhijab Emi Kaz update pasai dia nak start buat koleksi shawl pin.  WOOWWWWWIIIIEEEEE teruih mata I olls bersinar-sinar.  

For now,  beliau telah menghasilkan beberapa koleksi shawl pin dari pelbagai warna dan bentuk.  Ada yang dangling dan ada yang tidak.  Terpulang kepada selera masing-masing.  Tapi I suka seni kraf beliau sejak dulu kerana Emi seni beliau is original dan sangat kemas!  And yang penting,  NAMPAK MAHAL and class.  I suka.

For a start,  i olls telah mengorder secucuk customized shawl pin.  Mine is very the simple.  I kata I tak mau dangling punya.  Sesuai untuk dipakai kat office.  Bila dah dapat sangat suka dan puas hati.  And memang dah berhajat nak buat koleksi dengan beliau mulai sekarang.  :)


This is my first collection for shawl pin by Emi Kaz Design. Batu black tourmaline dengan ikatan pin sepanjang 6cm. Gambar sumber Facebook Emi Kaz Design.



Ini gambar  i olls snap sendiri.  Sorry tak berapa cantek gambar ni.  Tapi yang pasti sangat suka pin ini kerana design yang simple tapi still memberikan kekemasan pada pemakaian tudung.


Baiklah jom kita melihat beberapa gambar koleksi shawl pin by Emi Kaz Design yang diambil dari official Facebook beliau.









Emi Kaz sangat meminati wire art jewelry kerana baginya proses seni ini tidak jauh bezanya dengan ketelian dan keindahan seni teknik tekstail seperti menenun,  wrapping, stitching dan  layering (iaitu seni yang juga dekat dengan hatinya).  Beliau kerap menggunakan precious metal seperti Argentium dan fine silver di samping brass dan copper kerana kelainan dari seni tone dan effect.  


"Buat art ni bukan sekadar buat, we have to feel and to talk to the materials, feel what they can give you, contoh silver and brass will give different effect dalam warna dan strength."  nampak beliau betul betul respek hasil seni beliau.  


Bukan mudah nak buat kerja-kerja seni halus macam ni.  Seseorang tu bukan sahaja perlu ada minat yang mendalam malah perlu gigih meneliti kraf yang ingin dihasilkan kerana walaupun tersalahnya 0.01cm sudah tampak ketidak sempurnaan.  Apa yang membuatkan i olls lebih respek kat beliau adalah kerana dia banyak belajar sendiri dalam penghasilan karyanya.  










Jom kita start koleksi kita!!


Facebook : Emi Kaz Design
Instagram  :  @emikazdesign

Tel : 014 323 4235 Emi
012 617 4070 Mariam

Whatsapp : 010 503 8380

Lokasi butik   :  No 9-1, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300 K.Lumpur.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...