5.5.15

Takziah Buat Keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Husain

Assalamualaikum semua,

First of all nak ucap takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Fairuz Nizam Hussain yang terlibat dalam kemalangan jalanraya yang berlaku baru-baru ini di Lebuhraya DUKE. Allahyarham meninggal duniadi tempat kejadian bersama-sama dengan isterinya Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi perempuan Nur Firuza Annisa berusia 6 bulan.

Keluarga ini meninggalkan dua orang anak perempuan yang masih kecil.



click read more


Bila baca perkongsian dalam laman sosial Siakap Keli,  aku pun jadi meremang bulu roma.  Membaca penafian oleh ahli kelab kereta tu semua aku rasa macam nak pi sekeh depa sekor-sekor.  Depa bajet kenal polis,  orang dalam,  etc.  Ini adalah typical Malaysian la u olls.  Tak takut apa pun jadi sebab depa claimed depa kenal orang dalam.  Dalam apa?  Depa sebenarnya mau tau 'orang dalam' yang paling kuat sekali.  Kalau tak kenal,  aku boleh bagi kenal.

Dalam mana?  DALAM NERAKA!!

Takmau ulas panjang nanti menyakitkan hati pihak pihak yang berkenaan.  Tapi aku harap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera.

Pengajaran dalam cerita ini adalah  :

1.  Carilah hobi lain yang membuahkan pahala dan tidak menganjurkan keganasan seperti Kelab Cuci Masjid / Surau ka,  ataupun Kelab Bagi Makan kat gang gelandangan,  ataupun Kelab Belajar Menjahit Langsir ka.  Daripada duk masuk geng kereta-kereta ni semua.  Sorry to say ya,  u olls yang masok gang kereta ni selalunya poyo ja.  Baik dari Kelab Kereta Kancil apatah lagi Kereta Ferari.  Rimaih aku tengok ampa kalau bawak kereta ramai-ramai.

2.  Belilah dash cam untuk bubuh dalam kereta masing-masing.  Harga tak mahal dan boleh connect masuk dalam account internet.  Saya bercadang nak beli dan letak kat kereta juga.  Boleh rakam gelagat pemandu di Pulau Pinang yang tak reti nak ikut lane macam siye nakharam semuanya.



Anak perempuan Allahyarham Fairuz Nizam Husain

Kepada sesiapa yang ingin menyumbang bantuan kewangan kepada dua beradik yatim piatu anak mangsa kemalangan di atas lebuhraya DUKE boleh la salurkan sumbangan anda ke  :

MUHAMMAD FAIZZNUR
164799190478 MAYBANK

Kepada sesiapa yang ingin melawat boleh berbuat demikian di  : 

No 19,  Jalan Batu Muda 18
Taman Batu Muda
Batu Caves
68100 Kuala Lumpur

012-6413320 [Faizz]

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...