28.5.15

Tempe Goreng with Sambal Kicap

Assalamualaikum u olls semua,

Hari ni nak share dengan ampa hidangan kudapan di waktu petang ataupun boleh dikatakan snack orang Jawa di Johor.  Seperti u olls semua maklum,  suami I olls adalah orang Jawa so tempe dan sambil kicap tidak boleh dipisahkan.  Kalau pergi ke pasar,  memang kena beli benda ni.  At least 3 keping.

Kepada orang Johor dan kawasan sewaktu dengannya,  ampa mesti dah terbiasa tengok benda alah ni.  So,  saja la nak share untuk gang-gang Utara and kawasan yang sewaktu dengannya.

Satu idea masakan ringkas untuk kita berkak-nam di depan TV sambil melayan "Keeping Up with the Kardashian".






Tempe Goreng with Sambal Kicap


Tempe Goreng

Untuk tempe goreng,  Allah takkan aku nak tulis the recipe precisely,  cukuplah I olls bagitau macam ni.  Bancuh sedikit tepung gandum,  secubit garam dan air sejuk.  Kacau sebati.  Make sure tidak terlalu cair.  Orang putih kata,  make a batter la.  

Celup hirisan tempe dalam batter tepung kita dan goreng dalam minyak yang cukup panasnya.  Angkat apabila tempe dah bewarna kuning keemasan.


Sambal Kicap

Tumbuk lebih kurang 20 batang cili burung,  3 ulas bawang putih dan 1 camca makan gula.   Nak sedap meletops gunalah gula merah.  Tumbuk sampai lumat.  Angkat hasil tumbukan itu dalam masukkan dalam bekas,  masukkan sedikit kicap.  The best kicap is of course ABC.  Masukkan satu camca air panas.  Kacau hingga sebati.







1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...