5.5.15

Tun Dr. M Datang Ke USM





Hello u olls,

Sampai ja office terus bertoktek dengan kasut merah aku menuju ke Dewan Tunku Syed Putra.  Pagi ini ada talk Cakna Ilmu "Mendepani Permikiran Tun M".  Tapi sayangnya program ini hanya dibuka untuk pelajar dan juga kakitangan USM tercinta.  Seawal 8.40 pagi,  orang ramai telah memenuhi ruang foyer DTSP untuk mengimbas kad matrik dan masuk ke dalam dewan.

Aku ingat lebih kurang sepuluh tahun yang lalu,  Tun M datang ke USM.  Ketika itu dia baru sahaja letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Sesi syarahan umum itu diadakan di Dewan Budaya USM.  Aku dan mantan boss,  Dr.  Normee Che Sab bertok-tek ke Dewan Budaya seawal 8.00 pagi sebab nak pastikan untuk dapat tempat duduk yang paling strategik.

Sama macam sesi di Dewan Budaya yang lalu,  kali ini juga aku masih berkesempatan untuk duduk di barisan paling hadapan dan paling tepi sekali.  Memang aku jangka tangga yang aku duduk ni adalah tempat Tun M akan lalu masa nak ke pentas nanti.


click read more



Suasana dalam dewan kian meriah pada jam 9.00 pagi.  DTSP yang berkapasiti 2500 orang sudah sesak.  Siapa yang datang lewat kena berdiri di luar dahulu.  Tapi kelibat Tun M masih belum kelihatan.  Pengacara majlis berulang kali memberikan peringatan kepada para tetamu untuk mematikan telefon atau meletakkan dalam mod senyap untuk mengelakkan daripada gangguan sepanjang majlis. Dia juga berulang kali memberikan peringatan kepada para tetamu agar tenang dan bersabar sementara menantikan Tun M datang.

Ada kakak kat belakang tempat duduk aku duk kata "Kita ni macam tunggu pengantin na...."  aku macam nak tergelak sikit.  Betul kata kakak tu.  Rasanya macam tunggu pengantin.  Semua orang tak henti-henti berpaling ke arah pintu masuk di belakang dewan.  Menantikan kehadiran orang yang ditunggu-tunggu.

"Siapa jadi moderator talk kali ini?"  tanya aku kepada Mamu.

"Depa rahsiakan....entahla siapa agaknya,"  aku terdiam.  Dalam hati mesti duk agak yang moderator mestilah dalam kalangan MPP.  Dalam majlis syarahan umum yang aku hadiri dahulu,  moderator untuk sesi bersama Tun M adalah Profesor Jamaludin Sulaiman,  mantan pensyarah Perancangan dan Pengurusan Pembangunan di PP Sains Kemasyarakatan.

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.  Tiba-tiba tepukan memeriahkan dewan,  lengkap dengan siulan dan pekikan.  Tun M masuk dewan.  Aku pun turut sama menjerit "OOOOO oOOOOOOO".  Rasa macam ketibaan bintang pop Korea.  Semua orang duk mengangkat gajet dan telefon bimbit masing-masing dengan harapan untuk merakam gambar Tun M yang walau hakikat nampak sekecil semut sahaja pada skrin telefon kita.  Imej beliau ditenggelami oleh lautan manusia disekeliling beliau.

Ucapan dari YDP MPP seperti tidak diendahkan oleh para tetamu.  Aku mengerling ke arah Tun M.  Dia duk tengok ke atas. Tengok pada siling dewan.  Aku terpikiaq apalah yang ada dalam fikiran beliau masa menengok siling dewan.  Tun M mungkin tertarik dengan reka bentuk siling dalam DTSP.  Siapa tahu?  Insan hebat ini minat dalam banyak hal.  Penglibatan beliau dalam rekabentuk menara berkembar KLCC adalah bukti.

Moderator untuk program bual bicara ini tampil ke pentas.  To my suprise,  it was Azhar Jalil.  Alumni USM,  pemenang anugerah Ikon Belia Pulau Pinang untuk tahun 2014,  my sifu!!  Gila aku menjerit eksaited.  Deni suka buat kejutan macam ni.

Bicara bermula.  Azhar memulakan dengan soalan mudah iaitu tentang latar belakang Tun M.  Bila Tun M mula nak jawab pun,  dia angkat bahu dan muka sengih (senyum gatai).  Satu dewan gelak tengok telatah Tun M yang amat selambe dan cool.  Soalan yang seterusnya diarahkan kepada politik dan isu semasa.

Pada ketika ini,  Tun M tidak menjawap.  Soalan yang diajukan dipusingkan kepada jawapan yang hanya memberikan kesimpulan berlapik.  Pasaipa deni tak mau jawab soalan panas?  Aku ada dua sebab,  1 - dia menghormati platform universiti.  Sebuah institusi akademik.  Pasai pa dia nak kena cemarkan majlis ini dengan jawapan beransur panas.  2 - topik yang diberikan adalah mendepani permikiran Tun M.  Oleh itu stick to the point.  Tak payah nak masuk isu isu GST dan Ahmad Maslan.  Yang tu,  u olls boleh tengok dalam Youtube dan sebagainya.

Mungkin ada yang berpendapat bahawa perkongsian ini kurang berempah.  Bagi saya,  itu adalah bergantung kepada cara kita menerimanya.  Dalam kiasan berlapik ini,  kalau kita dengar dengan mata hati dan akal yang tajam,  kita pasti boleh tangkap beberapa teguran dan pandangan pedas beliau.

Contohnya,  dalam isu universiti APEX dan kuasa autonomi.  Beliau berpendapat bahawa sebenarnya tidak ada maknanya pada kuasa autonomi yang diwarwarkan kerana pihak universiti masih perlu buat laporan kepada pihak tertentu tentang bagaimana perbelanjaan itu digunakan.  Dalam loghat Kedah dia menyambung "Saya dah pernah lihat banyak sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.  Semua sekolah mendapat peruntukan yang sama setiap tahun.  Tapi ada sekolah yang bagus dan ada sekolah yang tidak bagus.  Ini adalah bergantung kepada kepimpinan.  Kalau pemimpin di sekolah itu cemerlang maka baguslah sekolah itu,"

Kalau kau faham,  kau boleh makan dalam.

Cuma ada satu point yang dinyatakan oleh Tun M yang saya tak berapa suka.  Tentang pelajaran aliran sains dan sastera.  Dia berpendapat bahawa orang yang nak senang,  dia akan amik aliran sastera.  Zaman sekarang lebih pentingkan sains sebab sains dan teknologi yang boleh memajukan negara.  Saya lebih suka pendapat mantan Naib Canselor USM,  Tan Sri Dzul bahawa ilmu Sains dan Sastera harus bergerak seiring supaya manusia tidak terputus dengan alam.  Kalau aku salah,  please betulkan quotation aku.

Tun M lebih berminat untuk bercakap isu akademik dan ilmu.  Banyak kali dia tekankan betapa pentingnya ilmu sebelum menghadapi apa juga cabaran hidup.  Pemerhatian dari hati dan akal yang tajam untuk lahirkan idea dan visi yang jauh ke depan.  Bukan fikir untuk hari ini sahaja.

Tiada sesi soal jawab yang dibuka kepada para tetamu.  Sesi perkongsian ini seolah-olah terlalu pantas berlalu.  Secara keseluruhan,  perkongsian ini adalah satu usaha yang amat baik.  Tahniah MPP USM.  Kepada Azhar Jalil,  tahniah sebab menjadi moderator yang berjaya memberikan momentum yang baik dari awal sampai akhir sesi perkongsian cuma kalau boleh ulang tayang,  aku macam nak naik atas pentas dan lempaq handphone hang pi tepi.

Sekian sahaja.  Love you Tun M!!



Gambar sekitar Majlis yang saya rakam.

I olls berposing bersama Kak Anom Mokhtar.  Beliau adalah peminat Tun M yang jitu.  Gambar Fb profile pun gambar Tun M katanya.  Thanks for this picture.  :)




Deni (Haja Mydin) bising dalam DTSP. Panggil Jabatan Keselamatan mai angkat keluaq baru tau.... #TunDr.MinUSM #happening












Gelagat tetamu ketika ketibaan Tun M.  Just imagine after 12 years impact beliau terhadap rakyat jelata masih tertanam kuat. Sesuatu yang Hebat.







Tun Dr. Mahathir mai USM. Masa dia duk turun tangga tepi kami, Fan duk panggil "Tun.. Tun..." Pastu bila Tun tengok kat dia...dia bye bye kat Tun. And Tun pun bye bye balik.

Fan punya seronok. Duk urut Dada sebab star struck. Hahaha Lawak la anak aku sorang ni. I should have took video la.

PS/ Ulasan tentang bual bicara bersama Tun Dr. Mahathir akan menyusul dalam my blog soon.



Selfie with Azhar Jalil.

Selfie bersama Norazura Mohd Noh.  Ada Encik Mohd Jaya di belakang.  :)


With Haja Mydin,  Duta USM.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...