18.6.15

Antologi Cerpen Chabai

Hello u olls,

Sorry lama tak update blog.   Ampa semua sihat ka?  Hari ni nak update pasai buku Antologi Cerpen Chabai yang akan pertama kalinya menampilkan I olls sebagai salah seorang penyumbang cerpen.  Actually ampa pun mesti tau kan,  I olls memang teringin nak tulis buku,  tapi tiada peluang yang baik lagi.  Alhamdulillah rezeki kami kawan-kawan,  ada seorang dari team kami ni,  depa bukak syarikat penerbitan sendiri.  Nama depa Taro Press.  Depa husband and wife adalah orang Penang,  sama-sama sekolah and universiti sekali (USM of coz) and sama-sama minat seni-seni ni semua.

So terjadilah Taro Press.


Inisiatifnya,  depa kumpulkan kami semua kawan-kawan,  yang boleh menulis,  untuk sumbangkan cerpen and maka jadilah Antologi Cerpen Chabai.  Semua orang bagi sorang satu cerita,  tapi aku yang over....bagi dua cerita.  Biasalah......aku kan memang over.




Para Penulis

Ini semua adalah profile para penulis dalam Antologi Cerpen Chabai.  Kami semua 9 orang.  3 perempuan dan 6 orang lelaki.  Ada yang alumni USM,  ada yang kerja USM,  ada yang selalu mai USM....:) Ampa mai baca profile kami semua.










ps/  ni anak ayam kiter wak.....






Tema

Kami diminta untuk menulis cerpen Chabai.  Chabai bermaksud cili atau lada.  Lambang dia mestilah pedas dan merah.  Mungkin juga boleh membawa maksud marah,  berani dan sebagainya.  Tapi aku ingat lagi Azrul kata "Tak kisah la...janji ada perkataan Chabai".  Aku tak baca lagi cerpen-cerpen yang lain (kecuali cerpen Azhar Jalil) so aku tak tau cerita hat lain-lain macam mana.  Macam mana depa interpret tema ni.


Nak Beli Buku?
I olls harap sangat ampa semua menyapot kami dengan membeli buku kami ini.  Tapi memandangkan Taro Press adalah syarikat penerbitan yang baru sahaja beroperasi,  makanya segala urusan pembelian nanti adalah melalui ejen Taro Press sendiri.  Ampa kalau cari kat Kinokuniya ka,  MPH ka,  Popular ka,  memang takdak lagi la buat masa ni.

So kalau ampa nak beli,  ampa kena tunggu depa akan umum dalam Facebook / Twitter / IG depa tak lama lagi.  Jumlah penerbitan adalah terhad.  Oleh itu,  sapa yang first beli depalah dapat dulu.




Taro Press
Emel : taropress@gmail.com


Kepada u olls yang mempunyai impian nak tulis novel ke apa ke,  mai la try proceed dengan Taro Press.



Sekian sahaja,  thanks kepada ampa semua yang sudi menyaport.  Jugak nak bagitau kat ampa,  I olls dalam proses menulis buku I olls sendiri.  Yang ni pun antologi cerpen jugak iaitu Himpunan Cerpen Marhayam.  Mengisahkan cerita-cerita wanita yang dizornenkan macam I olls,  insan-insan agam dan watak-watak yang selalu bermain disekeliling hidup kami. Lani dah siap dah dalam 7 cerita,  depa suruh I olls siap 20 cerita.  Cabaran diterima!  So ampa tunggu na....

Love,

Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...