30.6.15

Goodbye Jun 15

Sat saja dah 30 Jun 2015.  Kepada ampa semua,  hari ini marked the last day of tawaran iklan blog JUMIESAMSUDIN.COM sempena pertengahan tahun.  Kepada u olls yang terlepas tawaran ini jangan risau,  I olls selalu buka tawaran harga iklan istimewa setiap bulan Jun dan bulan Disember.  Apa pun,  nak ucap thank you kepada semua customer yang sudi membuat iklan kat blog I olls.  Kepercayaan ini bukan sahaja membantu I olls menambahkan pendapatan pada masa yang sama,  rasa macam meriahla masok blog kiter ada banyak iklan,  atas,  tepi...kan....macam susun susun atur kat rumah la.



Bercakap pasai rumah,  nak cerita pasai benda lawak ni kat ampa.  Bersempena Romadhon yang mulia,  bila ujung minggu I olls pun duk mengemas la rumah sikit-sikit,  lap-lap tingkap, ubah perabot ka apa sebena,  so nanti masa nak raya,  tak payahla nak kena cuci apa teruk-teruk.  Just tukar-tukar langsir sahaja.  So baru-baru ni,  aku punya gigih duk ubah lemari sorang-sorang,  macam mana ka lemari gedabak tu,  jadi sengek and lagi sedikit nak tumbang.  HAHAHAh aku punya gelabah ampa cuba bayangkan.  Macam mana kalau lemari tu jatuh and hempap aku?  Tak pasai-pasai esok keluar Harian Metro "Wanita Agam Cedera Kronik Dihempap Lemari Ketika Mengemas Hari Raya - Tak Sabar Nak Raya"

So masa tengah gelabah tu,  aku pun keriau la..."Abiang...abiang.................." nasib baik la masa tu laki aku ada.  So dia pun tolongla tolak lemari tu.  Pastu lepas dah selamat semua aku pun kenalah maki dengan laki aku sebab tak tau duduk sengap sengap and duk buat kerja bongok sorang-sorang.  Ampa tau la kan,  kalau semangat mengemas tu sampai...ampa kena buat laa..laa tu juga.  Kalau dak mampuih nanti ampa takdak semangat nak buat apa dah.

Macam mana puasa ampa so far?  Ampa ada tinggal puasa ka?  Macam ibadah-ibadah yang lain?  Diharapkan ampa semua jaga kesihatan sempena posa ni.  Dahla lani duk mai musim panaih lit lit ni.  Bila mai masa berbuka tu,  kalau ada kesempatan nak minum air,  minum lah sebanyak yang boleh.  So far puasa I olls adalah meletops,  rasanya lebih happy dan bermakna dari tahun-tahun lepas.  Rasa semangat nak berbuka,  semangat nak bersahur.  Semangat nak berpuasa.  I hope u olls juga merasakan feeling yang sama dengan I olls.




Tak tau apa sangat nak cerita for this month review,  actually walaupun bulan ni takdak apa sangat yang jadi,  tapi kan.....seronok nak bagitau ni bahawa,  tarikh ini 30 JUN 2015 adalah sejarah baru dalam hidup I olls kerana secara rasminya u olls boleh panggil I olls sebagai seorang PENULIS.  Kerana buku kami akhirnya selamat dipublished hari ini :)

Perasaan ni memang best sangat tak boleh nak cakap.  Walaupun aku dah tulis blog agak lama and aku ada ramai pembaca budiman,  baik hati,  followers yang meletops iaitu ampa semua...tapi kan,  bila hang akhirnya published dalam sebuah buku...perasaan tu sangat lain.  Semalam masa publisher post gambar buku pertama yang selamat di PRINT,  aku rasa berderau darah satu badan.

Thank you so much kepada u olls yang dah start order kat I.  Boleh WhatsApp to me at 0124130060.

Itu sahajala nak cerita.  Aku nak senyum sorang sorang.

ps/  Tahniah untuk Putri Cekak Biru a.k.a Farhana Murshid,  Azhar Jalil,  Meor Wolverine,  Wazir Kuda,  Apek,  Ezal anak mak,  Patimah and Azrul...kita dah jadi penulis.

1 comment:

  1. Tahniah kerana dah hasilkan buku.. nanti nanti buku saya pulak.. buku resepi heheheh

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...