29.6.15

Menate Mung Ni



Hello u olls,


Baru-baru ni kawan I olls iaitu Kak Shanaz Balqis up kat Facebook status lebih kurang macam ni, pasaipa ampa orang Malaysia tak post gambar makan bukak posa dah? Persoalan itu memang ada benarnya kerana lately memang I olls perasan tak ramai orang suka post gambar-gambar juadah depa berbuka ataupun sahur. I olls jawab pada komen Kak Shanaz Balqis bahawasanya ini mungkin kerana orang ramai adalah sedikit insof dengans atu post Sharnaaz Ahmad pada awal Ramadhon yang menyelar insan-insan yang suka ‘syirik kecik’ (riak) dengan mengepost gambar makanan dan ibadah-ibadah lain sepanjang Romadhon.


I think ini adalah satu penanda yang baik. Sindiran manja Sharnaaz Ahmad ini ada sedikit kesan pada hati hati kita. Sebenarnya I olls pun dah pasang niat dalam hati, sepanjang Romadhon ni, I olls cuba untuk tidak post sebarang gambar juadah puasa, done tarawikh, done reciting Quran, done sollat, done sebagainya. Alhamdulillah la bab tu. (Tapi duk sibuk main Kim K di bulan Romadhon apa jadah…haram duk buat baguih saja aku ni).


Tapi takpalah, yang penting ada niat. Buat sikit sikit mana yang kita mampu. Lama kelamaan akan jadi tabiat dan akhirnya membentuk peribadi yang baik iaitu ‘tidak suka menunjuk’. Insya Allah.


Satu lagi yang I olls duk terpikir dua tiga hari ini adalah untuk mengurangkan maki. Sapa kenal I olls dan pernah berjumpa depan-depan pasti tahu betapa ringannya mulut aku untuk memaki hamun. Kalau duduk dengan anak-anak ayam aku lagilah makin ringan mulut aku memaki hamun depa. Dah nak buat macam mana, anak-anak semua perangai macam ()*&&*^&*^. Mulut aku pun duk keluar la…(*^&*^ *(&^*&^ (*^(&^*&. Pastu budak budak ni pun jahat, lagi aku maki, lagilah depa duk gelak kukikuki kat aku. Seronok gamaknya tengok rupa aku yang comelwati ni memaki hamun.


Tapi maki hamun ni memang aku dah pasang niat semalam nak kurangkan. Kalau boleh dah takmau sebut dah benda benda ni. Sebab bila dah terbiasa, depan orang-orang kenalan baru pun aku tak segan nak menyebut. Tak cantek la macam tu u olls. Kita wanita bangsawan. Kena jaga class. . I olls akan berusaha untuk memperbaiki diri I olls. Ampa doalah, I olls akan kurang memaki.Amin.


So bercakap pasai maki-maki ni, saja la check nak buat rujukan (ini bukan gossip) tentang Diva AA yang katanya baru-baru ini telah memaki hamun seorang peminatnya. Actually dia sendiri yang cepat sangat otak nak maki orang dan akhir sekali kakak yang sebenarnya ikhlas nak bagi info tu kena maki kau-kau. Ampa boleh baca cerita lanjut dalam blog-blog gossip. Tapi katanya, kakak tu dan seluruh keluarga dijemput oleh Me’nate Steakhouse untuk berbuka puasa di sana. Alhamdulillah u olls. Aku sokong tindakan pihak pengurusan Me’nate kerana secara tak langsung kakak ini telah membuat iklan percuma untuk kedai they olls!



So Diva AA tu, tak taula dia tu dah mintak maaf ke idok. Tak berani nak cakap lebih lebih pasai Diva AA kita ni. Actually ramai teman make up artist bagitau yang secara peribadi, Diva AA adalah seorang insan yang baik dan mudah untuk bekerja bersama. Dia juga tidak kekwat dan demanding walaupun beliau adalah veteran dalam industri kita. Tapi apa yang beliau sendiri pamirkan dalam laman social milik beliau adalah langsung tidak sama dengan apa yang rakan make up artist I olls ceritakan.


Disebabkan ini bulan Romadhon, dan I olls sendiri pun dah niat apa semua bagai, so tak mau la nak carut lebih lebih kat Diva AA kita ni. Harap mak ayam jadilah wanita bangsawan yang dihormati dengan meminta maaf kepada peminat u olls itu dan kita kongsikan bersama semua rakyat Malaysia yang disayangi. Im sure, pastinya orang akan lebih hormati Diva AA. Sekarang ni pun dah ramai duk sokong Diva AA, tapi tak taula depa tu ikhlas ka dak.


Saya sendiri duk follow Diva AA. Bila baca komen-komen orang yang menyokong, kadang-kadang tak tau la. Hati kecik ni ada menyebut, adakah ampa ni semua ikhlas menyokong beliau ataupun sengaja ‘menganjing’. Tak baik buat macam tu u olls. Dah kalau takdak benda baik nak kata, baik tak payah kata apa.


To Diva AA, jadikanlah kejadian ini sebagai satu pengajaran yang besar untuk kita semua.  Duk maki hamun tak berhenti apa sangat aih.  Nak marah dengan seluruh dunia sampai bila.  Sekian, aku yang feeling ustajah di hari Ahad. HAHAHA okay bye!!

Rezeki orang kena maki.

Ps/ sambil duk mengetaip…sambil duk bagi ucapan kat event Miramount Pictures kat Hollywood (Kim Kardashian : Hollywood).

4 comments:

  1. mahal yer steak kat me'nate ni...

    ReplyDelete
  2. Owhh..patut la Diva AA buat video pasal mkn percuma.. Haree sungguh la dy niii!

    ReplyDelete
  3. steak melayu terbaik. dah makan 3x. kalu pergi sila cuba juga creme brule diorang,

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..murah rezeki dapat makan kat menate tu...owner dia baik dan peramah..sape2 yang masuk kedai dia mesti dia tegur/sapa..kalau ada masa lebih dia akan bercerita psl experience dia kat u.k dulu..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...