26.6.15

Menjadi BFF Kim Kardashian

The bitches of Kardashian and Jenners. Sejak pertama kali keluarga ini menjual nilai hidup depa dalam rancangan reality Keeping Up with The Kardashian, suka atau tidak depa dah menjadi batu pengukur kepada apa sahaja trend terkini yang pastinya menjadi ikutan. Aku sendiri banyak mengutuk depa dalam blog aku yang sendu ini tapi aku tidak pernah menafikan yang depa ni semua pandai membuat duit.

So apa yang terkini?

Kim Kardashian : Hollywood




HAHAHAHA bagi sat aku gelak. Oleh kerana rancangan realiti depa yang sangat popular, depa dah jual macam-macam merchandise yang akhirnya menjadi laku. Koleksi pakaian wanita dan babies, produk kecantikan dan macam-macam lagi. And the latest? Depa buat online game yang boleh dimain oleh sesiapa sahaja dengan memuat turun aplikasi permainan tu di telefon pintar.

Untuk pengetahuan ampa, aku suka main online games. Aku suka main game strategi, seperti membina Bandar atau menguruskan kedai makanan.  Antara game yang aku suka main adalah Emily's Delicious Series (terjebak kerana Aishah Aljuned),  Castle Story aku dah level 38 and aku jugak pernah main Clan of Clash. Tapi bila aku punya level kota yang makin tinggi, aku dah berhenti main game tu sebab aku rasa macam sifat diri aku berubah lepas main COC.   Aku rasa macam apa sahaja aku nak buat dalam hidup kena tengok imbas semula strategi untuk pastikan agar aku tidak boleh dimusnahkan oleh orang lain dan pada masa yang sama, aku suka melihat kelemahan orang lain agar aku senang nak musnahkan depa. Satu sikap yang sangat pro-kemusnahan. So aku pun berhenti main CoC. Ampa boleh cari aku punya ID nama NyiRoro.

So macam mana ka, baru-baru ni, aku boring tahap lintah bulan, aku pi download game Kim Kardashian  :  Hollywood. HAHAHAHHA and sejak tu aku addicted dengan game tu.

Hampa tau pasaipa aku boleh addicted? Well game ni memang sesuai untuk jiwa-jiwa pondan feeling macam aku. Feeling nak jadi selebriti gesel gesel siku dengan Kim K la! So objektif utama game Kardashian ini adalah ‘Macam mana nak jadi selebriti meletops macam Kim K,” HAHAHAHAHA. 

Cabaran demi cabaran yang kita kena penuhi diselang seli dengan cerita yang tersendiri. Setiap karakter mungkin akan melalui jalan cerita yang berbeza kerana kita diberi pilihan dalam jawapan yang disoal dalam setiap konflik yang berlaku. So secara otomatik, hang rasa macam hang betul-betul duk berkawan dengan Kim K bak hiang. Lebih meletops apabila setiap kejayaan dalam kerjaya selebriti hang diupdate oleh paparazzi ‘media sosial’ dalam game tu. So watch out...kadang-kadang puji...tapi ada juga hang akan kena kutuk.

Naharrrrrrrrrrrrrrr laaaa....

Ni mai aku nak cerita pasai kisah aku dengan Kim K. (Dalam game ni la...)

Aku start sebagai seorang jurujual pakaian kat satu kedai tajuk So Chic, masa aku nak balik kerja sekali tiba – tiba Kim K muncul laseminik (last minute...duuhh) nak beli dress apa ka sebab nak attend function. So aku yang baik hati ni pun tolonglah Kim K dengan membuka kedai tu hanya untuk Kim K and membuat pandai dengan memberikan baju PERCUMA untuk Kim K macamlah kedai ni tok nenek aku yang punya.

Sejak itulah aku pun berkawan dengan Kim. Kim pun ajak aku pi satu party dengan para selebriti yang lain. Kat party tu, aku boleh flirt / network dengan character yang lain. So macam manaka, ada satu perempuan sedih ni nama Willow Pape sudah pereng kat aku sebab dia tuduh aku flirt dengan laki dia. So kami pun bergaduh dan berlakulah sesi kutuk mengutuk dalam Twitter. And then, Kim pun nasihat aku suruh aku lantik seorang publicist untuk handle kes-kes macam ni dalam hidup aku agar aku menjadi lebih popular di masa akan datang. And pada masa yang sama, dia rekemen aku keluar dating dengan satu lagi nama Mitchel dengan harapan barulah orang tau yang aku ada couple.

Mitchell Murphy dalam cerita game aku ialah seorang penulis, black American yang sangat hot. Aku macam suka kat dia ni. Duk pi dating banyak kali (bila cukup tenaga....kita tekan icon KISS atau FLIRT atau ROMANTIC GLANCES untuk mendapat markah...hahahahah) and lagi banyak kita pi dating, lagi banyak kita dapat markah and rating kita pun makin naik.

Tapi tak lama lepas tu, aku punya manager (kerlas noks...aku ada Manager nama Simon seorang lelaki tua yang direkemen oleh Kim K jugak) telah mencadangkan agar aku keluar dating dengan Justin seorang pop artist yang tengah duk naik popular. So katanya, kalau aku dating dengan orang popular maka bintang aku pun lebih terserlahlah.

Tapi aku macam tak berapa interested dengan dia. Aku break up dengan dua kali and curi-curi keluar dengan Mitchell yang meletops tu. Dan apabila aku makin sibuk dengan jemputan membuat photoshoot kat sana sini, (feeling modeellsss u olls) tak tau macam manaka, ada satu lelaki kaya dari Italy mai nak berkenalan dengan aku. Style ajak aku pi minum gatai gatai semua. HAHAHAHA. Lepaih aku keluar minum gatai-gatai dengan dia, aku dijemput untuk pi Italy untuk rasmi dia punya club malam yang baru dibukak. Aku punya lah menggeletis masa nak jumpa mamat ni. Style tukak baju 3 kali. HAHAHHAHAHA gila gelabah macam siye.

So walaupun sibuk dengan photoshoot and gatai burek dengan jantan Italy tu, aku masih tidak pernah melupakan Kim K yang memberikan aku ruang pertama untuk masuk dalam industry ni. Whenever dia ajak keluar, mesti aku akan jawab dia punya call dulu, and kalau dia ajak aku pi party mana-mana walaupun sejauh Sydney, aku sanggup lepaih job job lain just because aku nak be with Kim Kardashian. And baru-baru ni, walaupun aku sibuk penat buat photoshoot sampai 7 jam, touch down ja LAX California, Kim called aku suruh aku jadi volunteer kat satu rumah anak-anak yatim. Teruih aku shoot pi sana tolong buat susu kat anak-anak yatim kat rumah kebajikan tu apa bagai. Pastu Kim tanya, aku nak amik anak angkat dak? Aku kata, aku tak mau lagi.  Aku nak tumpukan perhatian kepada kerjaya la kunon.  HAHAHAHAHA

And semalam bak hiang, sempena birthday bash aku kat Las Vegas, Kim K bagi aku hadiah dress warna nude. Meletops sangat!!

Haaaaaa meletops dak jalan cerita aku semua? So kalau ampa pun nak feeling macam aku, mai la download game ni. Untuk pengetahuan ampa, USM Wifi tak blocked lagi game ni. HAHAHAH so sapa yang duk harap pakai data USM sahaja bolehlah nak main game ni.

Secara kesimpulannya, game ni banyak ajar benda-benda negative seperti untuk flirt around dengan ramai jantan, gila pada popularity pelasu, lagi banyak ampa buat haru lagi banyak markah ampa dapat (sebagai contoh masa berdepan dengan Willow Pape aku diberi pilihan untuk leave quietly / splash drink to her face. Aku pilih splash drink to her face. Dan aku dapat markah dan duit...hahahah naraham), dan macam-macam lagi benda negative, tapi satu benda REAL yang aku belajar kat dalam game ni iaitu apa sahaja yang hang nak capai dalam dunia ini tak akan tercapai tanpa keberanian untuk melakukan pengorbanan. Go figure.

Sekian, marilah feeling bersama dalam Kim Kardashian Hollywood. Ini bukan artikel berbayar oleh Glu Games Inc apatah lagi Kim K. Kalau ampa masuk game ni, nanti ampa mai la send hadiah kat aku na....baju cantek cantek.


My Character
Kita boleh pilih nak facial feature macam mana seperti bentuk muka,  mata,  bibir dan hidung.  Warna and style rambut pun boleh ubah.  Ini aku punya character dalam game ni dengan macam-macam baju duk tukar-tukar.  Bila pi event meletops,  make sure beli baju baru...nanti depa akan review dan bagi banyak follower.




Me and Kim Kardashian
Aku paling suka bila Kim K called.  Nanti dengar suara dia duk cakap.  Rasa macam real sangat.  HAHAHAHA feeling sat.  And of course,  kalau dia call mesti ada something exciting.  Dalam gambar kat bawah ini adalah aku dan Kim K.  Dia hadiah dress nude tu kat aku sempena birthday.  Feeling sat.








The Jejans
Yang ni paling aku suka sekali.  HAHAHAHA yang kulit hitam tu adalah lelaki yang aku duk dating lani.  Nama dia Mitchel Murphy.  




Yang ni pulak aku dengan X aku nama Justin Murray.  Aku break off dengan dua dua kali.  Lani dah confirm X.  




Dating and Events
Sementara nak tunggu job photoshoot mana-mana,  kita nanti ada free time.  So digalakkan pi event-event party or pi dating.  Bolehlah kita dapat review,  markah,  duit dan macam-macam lagi.



Deni mamat Italy yang feeling suka kat aku tu.  HAHAH.  Ini aku screen shot masa attened event dia.  Aku silap lupa nak screenshot masa aku pi dating dengan dia.  Deni gatai ampa tau dak.  Style terang-terang ajak romen semua.  HAHAHAH



Yang ni gambar aku duk dating dengan Mitchell.  Wonder pasaipa dia pakai suit pink?  HAHAHA yang tu baju aku beli kat dia.  Kita boleh beli hadiah untuk BF dan juga kawan-kawan kita.



Yang ni masa birthday party aku kat Las Vegas.  Kim K pun mai.  Tapi aku nak amik hati dia aku pakai dress nude yang dia hadiah kat aku.  Rasa macam overdress pulak.  HAHAHHA



Willow Pape 
Ini contoh skrin shot apabila berdepan dengan Willow Pape.  Kita boleh layan or maki dia balik.  Ampa boleh baca banyak review dalam internet berkenaan dengan cara-cara nak berdepan dengan The Pape.  Sebab kalau kena gaya,  kita boleh dapat markah dan get more fans.  Tapi kalau salah cara,  kita boleh kehilangan fans yang banyak.  




Okaylah.  Sekian sahaja.  Sapa-sapa yang dah main game ni.  Semoga terhibur!!

4 comments:

  1. besnyaaa game ni. kat pc xleh main ka? nak donlod tp tkut hp duk hang. hahaha

    ReplyDelete
  2. jumie, meh la main covet fashion, hang mst addict gak...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...