25.6.15

Nahas Bongkar Rahsia Suami

Saban hari Harian Metro tidak pernah gagal untuk membawakan headline meletops yang bisa menarik perhatian pembaca Malaysia.  Baru-baru ini pasti kalian terbaca tentang headline yang menjadi viral iaitu tentang kisah kemalangan ngeri yang melibatkan pasangan suami isteri.  Kedua-dua mereka meninggal dunia dalam kemalangan tersebut dan yang menjadi headline apabila isteri pertama baru tahu yang dia telah dimadukan apabila dia mendapati perempuan yang meninggal dalam kereta suaminya itu adalah isteri kedua.


JENG JENG JENG




Aiiyooo dahlah first day of Ramadhan tak salah I olls masa cerita tu keluar.  Masa pagi-pagi baca post tu dalam perjalanan I olls nak mai kerja,  dalam hati,  ya Allah kesiannya kat isteri tu.  Dahla baru nak sambut puasa,  suami pulak meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya,  pastu dapat tau pulak dia ni ada madu selama ni,  and paling sedih,  katanya dia sedang mengandung.  Ini dah bukan lagi kes,  sudah jatuh ditimpa tangga.  Tapi inilah yang dikatakan,  sudah jatuh ditimpa tangga,  dah jatuh pulak terpijak tahi ayam pandu. (Tahi ayam pandu adalah tahi ayam yang baru sahaja diterberakkan dan masih panas)

Tapi rata-rata teman pompuan yang duk share benda ni kat Facebook depa semua mampuih duk mencarut-carut.  Carut siapa?  Haruslah carut si lelaki tu.  Biasalah pompuan,  bila mai bab-bab macam ni teruih la semua nak jadi feminis macam manaka.  Tak semena-mena depa kutuk si arwah tu sebab dikatakan sebab dia membuat onar dan isteri pertamanya (merahsiakan perkahwinan) maka dia pun terkena tulah ini.

Sungguh dahsyat tohmahan ampa.

Akak ni bukanlah nak kata akak baik umpama enjels.  Bulan-bulan puasa ni,  kita kena lah praktis hati dan akal kita ni dari bercakap benda benda tak tentu hala.  Ternyata headline yang diwarwarkan oleh Harian Metro ini mengundang kita semua untuk membuat andaian kilat dengan menuduh benda benda negative kat lelaki tu.
Siriesly u olls,  for me la kan,  lebih baik lelaki itu meninggal dunia bersama isterinya yang sah.  Daripada dia meninggal dunia dengan kekasih gelap.  Allah ni maha pengasih,  jahat mana pun kita dia tak akan nak aibkan kita ni.  Tak salah kalau aku kata,  inilah jodoh si lelaki dan isteri keduanya.  Kutemui cinta hingga ajal bersama.

Secondly,  ampa duk baca kot headline tu sahaja.  Ampa tau ka cerita di sebalik kisah depa dua orang ni?  Mana nak pi tau,  dulu-dulu depa dua ni memang cinta dari zaman pi mengaji kelas Khafa sekali.  Tapi lebih sekolah,  mak bapak halang percintaan.  Tapi bila dah besar,  sama-sama ada kerjaya dan harta pencarian yang stabil,  jodoh dipertemukan semula.  Nah....depa pun menikah.  Dalam diam kerana mungkin nak menjaga hati hati yang mereka sayang.
Banyak lagi andaian baik yang aku boleh garapkan untuk ampa tapi aku rasa cukuplah setakat ini.  Satgi aku buat banyak-banyak rugi sahaja idea aku tu.  Baik aku amik idea tu,  buat novel,  nanti publish kat Taro Press and suruh ampa semua beli.  Aku pun dapat duit.

Kepada keluarga isteri pertama,  takziah.  Janganlah bersedih kerana Allah sudah pasti menjanjikan pelangi selepas hujan dan ribut petir.  Bangunlah dan basuhlah tahi ayam pandu itu,  kerana seberat-berat najis mukholazoh boleh dicuci juga.  Hati yang busuk sapa yang tahu?

Kepada kalian semua yang menghemtam si arwah itu,  tulah....pi la tengok Astro Ria,  TV 3,  drama petang bodo-bodo tu semua lagi.  Nahariam semua.....suami ku ustaz la.....isteri ku tak tau masak la.....suami ku cik sotong la...........tu otak ampa pun jadi lagu ni.  Bodo bodo sikit.

ps /  I olls layan Game of Throne and Orange is the New Black. 


Sekian.  

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...