3.6.15

Nasib 6000 Keluarga MAS

Gambar sumber BBC

Sedang kita semua bersuka ria,  makan sedap-sedap,  bersolat dan bersantai di bawah bumbung rumah kita,  sedang kita bergelak tawa bersama rakan sekerja sambil menyiapkan tugas harian kita,  sedang kita duk seronok baca blog JUMIESAMSUDIN secara sembunyi-sembunyi bila kerja dah habis / boss takdak,  mai aku nak bagi penampar lembut kat pipi ampa.

Seperti kalian semua tau,  minggu ini 6000 kakitangan MAS Airline akan dibuang kerja.  Daripada top management hingga peringkat terbawah,  semuanya tidak tidur lena dalam tempoh dua tiga minggu ini.  Surat-surat status 'nasib' sama ada dibuang atau dikekalkan dihantar melalui surat berdaftar ke alamat rumah kakitangan itu sendiri.


Bayangkan perasaan kita,  tak kira dah 10 tahun,  15 tahun,  5 tahun,  20 tahun dengan majikan kita,  tempoh jangka panjang atau pendek itu bukan pengukur kepada nasib kita di sana.  Mereka yang  punyai anak dan isteri,  bayangkan mereka yang tidak pernah bekerja dengan mana-mana syarikat lain selain MAS sahaja sepanjang hayat mereka.

Aku tak dapat nak bayangkan perasaan itu.

CEO baru depa dikatakan seorang yang amat tegas dan mempunyai pengalaman yang amat luas dalam pengurusan syarikat penerbangan.  Dia juga dengan beraninya memberikan penyataan jujur bahawa MAS secara teknikalnya sudah bankrap.  Dalam perancangan untuk menaikkan semula syarikat ini pastinya ada pengorbanan yang harus dilakukan.

Sesiapa yang 'terbang' minggu ini,  sama ada menggunakan MAS,  atau apa jua penerbangan lain,  ampa cuba ambil kesempatan untuk merenung kepada mata hati kakitangan MAS yang bertugas untuk serve u olls pada ketika ini.  Bayangkan dalam keadaan hati yang gundah gulana,  kerana some of them sudah tau apa nasib mereka,  they still perlu mempamerkan wajah yang ceria dan tenang agar kita sebagai penumpang terasa damai dan selesa.

Kepada setiausaha seperti I olls di seluruh Malaysia,  kalau ampa kena handle penerbangan untuk boss ampa,  cubalah sebaik mungkin untuk menempah dengan MAS walaupun hanya untuk satu hala.  Sebab sekarang ni,  especially flight pagi sudah tidak ada yang turun terus di KLIA,  kecuali ke Subang.  Mungkin ini adalah perancangan mereka untuk mengurangkan kos.

MAS adalah icon negara kita.  Walaupun kita sekarang sudah ada Air Asia,   tapi kalau bukan kita yang support icon negara kita ini siapa lagi.

Apa sahaja yang berlaku dengan MAS mungkin sudah tertulis tapi ingatlah kita semua,  perkara ini juga boleh jadi kepada sesiapa dan mana-mana pihak pun.  Mana tahu,  esok lusa USM pula yang diisytihar bankrap.  Oleh itu,  janganlah kita selalu bersuka dan terlalu selesa dengan keadaan kita.  Esok lusa,  siapa tahu.

To all MAS family,  I wish you all the best.

Bacaan tambahan  :  http://www.bbc.com

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...