2.6.15

Paling Berani atau Paling Pengecut : Bruce Caitlyn Jenner

Hujung minggu aku tercari-cari apa cerita nak story kepada u olls semua pada minggu ini.  Bukan mengejar headlines macam para wartawan dan surat khabar Harian Metro,  sebagai blogger seleksi tajuk atas aku adalah lebih longgar.  Aku boleh pilih apa yang lebih sesuai dengan minat aku.

Nah!  Semalam 1 Jun satu Amerika dan seantero dunia dikejutkan dengan keterbukaan Bruce Jenner,  bapak tiri kepada Kim Kardashian yang akhirnya 'open up' dirinya sebagai Caitlyn Jenner.

Cerita transisi gender bermula sejak beberapa tahun yang lalu.  Apabila dia makin gigih membuat pembedahan plastik dan sebagainya,  pihak media semua duk kutuk dia dan kata dia makin nampak macam wanita.  Tapi keluarga dia semua duk back up yang dia duk buat plastic surgery untuk kelihatan muda,  bukan untuk nampak 'jelita'.

Pastu starting tahun lepas,  berita mengesahkan yang dia akan menjadi wanita.  Rating rancangan realiti Keeping Up with The Kardashian mulai menaik.  Orang pun nak tau apa sebenarnya yang berlaku?  Macam mana jantan yang menjadi suami kepada Kris Jenner,  Olympian,  ini akan menjadi wanita?



Hari ini ampa semua boleh baca artikel "Introducing Caitlyn Jenner" dalam Vanity Fair dan media utama lain.  Aku ada letak link di bawah.

So this is my thought about this BIG story.




Dia Berani Atau Pengecut?
Aku tak paham apa yang ada dalam kepada otak dia ni.  Pada usia 65 tahun baru hang nak open up to the world?  Seluruh Amerika lani duk puji dia habis-habis kata dia sangat berani dan apa yang dia buat patut dijadikan contoh.  Bagi aku apa yang dia buat tidak dinafikan sangat berani bukan sahaja untuk menghadapi perubahan yang dia sedang lalui pada masa yang sama kena berani dari kritikan dan juga kutukan daripada orang ramai.

Tapi pada masa yang sama,  dia adalah pengecut besar kerana aku tak paham kenapa after so many years baru hang nak open up macam ni?  Jangan sebut pasai "Maybe dulu dia taknak open up sebab pikir anak-anak dia semua.  So lani anak-anak dia dah besar baru dia nak open up,"

Dalam artikel Vanity Fair ada tercatat ;
"They were already aware of their father’s identity as a woman when he told them individually about the transition—Burt and Cassandra had learned from their mother roughly 20 years earlier, when they were 13 and 11; Brandon had assumed it because of the obvious physical changes he had observed; and Brody was told by his mother when he was 29. "
Dalam penyataan di atas,  ini bukan soal dia nak jaga hati anak-anak dan isteri,  tetapi dia memang dah tau sejak dulu - siapa dia yang sebenarnya cuma sekarang baru dia fikir nak open up?  FOR WHAT?  

Sejak dia kahwin dan bercerai dengan isteri pertama dia dah sedar siapa diri dia sebenarnya.  Tapi kenapa dia terus kahwin dan melahirkan?

Untuk pengetahuan kalian semua,  Bruce ada 6 orang anak.  Hasil dari perkahwinan pertama beliau dengan Chrystie Crownover  beliau dikurniakan dua orang anak iaitu Burt and Casey.  Dengan isteri kedua beliau,  Linda Thompson dia telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Brody and Brandon Jenner.  And later,  perkahwinan 24 tahun beliau dan Kris Jenner telah mengurniakan beliau dua orang anak perempuan iaitu Kylie and Kendall.


For The Money
Of course dia buat untuk duit?  The whole family,  suka atau tidak,  kisah hidup depa dijual untuk perniagaan.  Tidak keterlaluan untuk aku katakan,  depa adalah keluarga paling berjaya dalam business reality TV. Orang suka atau tidak,  itu soal lain.  Tapi memang sejak dulu depa tidak pernah kalah dalam mencipta headlines yang menarik perhatian dunia.

Seluruh keluarga digambarkan memberi sepenuh sokongan kepada 'ayah' depa dalam transisi ini.  Depa betui-betui ikhlas ka dak,  sapa pun tak tau.  Sebab bagi I olls,  video seks anak depa pun boleh diperdagangkan untuk naikkan rating niaga rancangan realiti,  apatah lagi cerita pakcik pakai baju mandi untuk muka depan Vanity Fair?  Its nothing bebeh!

For her part, Caitlyn is prepared for the criticism that it’s a publicity stunt: “‘Oh, she’s doing a stupid reality show. She’s doing it for the money. She’s doing this, she’s doing that.’ I’m not doing it for money. I’m doing it to help my soul and help other people. If I can make a dollar, I certainly am not stupid. [I have] house payments and all that kind of stuff. I will never make an excuse for something like that. Yeah, this is a business. You don’t go out and change your gender for a television show. O.K., it ain’t happening. I don’t care who you are.” - Caitlyn Jenner in Vanity Fair

Wrong Message
Bagi saya,  apa yang beliau buat membawa mesej yang amat salah tentang concept 'opening up'.  Bruce Caitlyn Jenner seolah-olah menyatakan "Its okay untuk ampa semua coverina seumur hidup,  feeling jantan,  kawen,  beranak, and bila ampa dah tua and tak tau nak buat apa dengan hidup ampa,  baru ampa fikiak nak jadi pompuan,"  BULLSHIT lah semua ini.

Mungkin anak-anak dia semua boleh terima hakikat,  memaafkan,  dan menerima dengan hati yang besar.  Mungkin untuk TV dan Internet depa lakonkan segalanya,  tapi dalam hati siapa yang tahu.  U can never tipu your own heart.


Kesimpulan
Aku memang tak sokong apa yang dia buat sebab aku rasa Bruce tak ikhlas langsung dengan apa yang dia buat untuk hidup dia sendiri dan hidup orang lain.  Untuk duit dan mengejar headlines.  

Lepas ini,  bayangkan tiba-tiba ramai pulak tok-tok wan dan pak su yang sudah beranak pinak dan bercucu cicit baru nak open up yang selama ini depa nak jadi Zaiton Sameon dan bukan Rahman bin Yusof.   Tak ka haru semua ini?

Saya juga takut nanti orang salah faham tentang isu LGBT ni.  Orang duk ingat ini semua adalah masalah kecelaruan seksual dan sebagainya.  Tapi hakikat,  ini bukan soal celaru apa pun,  ini masalah otak dia.  Dia ni dah psiko ni!! Delusional u olls.  The only thing dia dahagakan dalam hidup ini adalah perhatian dan duit.  Dan apabila duit dan perhatian menjadi 'makanan' untuk terus hidup,  apa lagi aku nak cakap untuk isu ni?


Bacaan  : Introducing Caitlyn Jenner - Vanity Fair

1 comment:

  1. madam jumie oooi..pagi tadi masa aku tgk headline ni kat fb..aku dok pikir..haihh.malas la nak google baca sana sini..tak dak ka jumie nak cerita dlm blog dia..hahaha..tgk2..adala..thanks jumie..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...