Featured Post

#PrayforPenang

26.6.15

Roast Versi Malaysia






Sapa pernah tengok rancangan Roast Comedy Central? Haramm...ampa mana pernah tengok. Kalau aku Tanya drama Melayu petang-petang pasai suami isteri yang dijodohkan oleh mak bapak tapi tak mau tidur sekatil ampa tau lah kan?


Okay mai sini nak habaq kat ampa pasai satu rancangan orang putih (Amerika) yang popular. Rancangan ni dah start sejak awal 2000an. Depa sana orang Amerika tak reti nak buat lawak kena berlakon dengan props apa bagai, tak perlu nak pakai perempuan ka apa semua, depa just pi atas pentas dan bercakap sahaja untuk buat lawak. Ada kalanya depa akan menyanyi dan menari untuk mempelbagaikan persembahan. Tapi tak perlu over-over. Ataupun, u olls tau sebagai stand up comedy. Kat Malaysia, dah ada tempat-tempat stand up comedy especially kat KL, meriah katanya. Comedian bukan Melayu yang banyak menyerlah. Tapi most of them cakap Manglish la (Malaysian English).  Asmaa pernah cerita pasai pengalaman dia pi tengok comedy night kat KL, tapi sampai lani aku tak berkesempatan nak pi. Im sure its a good experience.


Kat Penang aku pernah pi tengok komedi berdiri yang diusahakan oleh Tomato House yang juga dikenali oleh Mamu Raja Lawak. Depa dorang ada studio and depa jemput pelawak tempatan untuk buat lawak berdiri. Aku ada buat review pasai show tu kat sini : Stand Up Comedy Bahasa Melayu Pertama Kat Penang


Aku harap depa sambung balik persembahan komedi berdiri ni.





Okay berbalik kepada rancangan Roast. Rancangan ni actually basicnya adalah lawak berdiri jugaklah. Tapi yang uniknya rancangan ini, selain menjemput barisan pelawak dan selebriti terkenal yang dibimbing oleh seorang ‘roast master’ (ala –ala pengerusi majlis) depa akan jemput seorang artis jemputan yang istimewa untuk di-roast (dipanggang) dalam rancangan tu. Contohnya, the latest sekali depa jemput Justin Bieber. So, barisan pelawak lain yang terdiri daripada Shaq, Snoop Dog, Martha Steward dan lain-lain dibiarkan untuk mengutuk Justin Bieber senasty-nasty yang boleh. Tiada sekatan mengenai lawak yang ingin diketengahkan so ampa boleh bayangkan bahasa yang digunakan haruslah teramatlah kasar.


Tapi yang ‘indah’nya rancangan ini, Justin Bieber yang dikutuk dalam rancangan ni, dia sama pun gelak apabila diri dia dikutuk. Cuma ada satu or dua lawak yang terlampau (melibatkan mak dia) dia just tunduk dan geleng kepala. Setiap kali seorang pelawak mengakhiri ucapan ‘roast’ nya mengutuk Justin Bieber tanpa belas kasihan, dia akan memuji, mendoakan dan bersalam-salaman dengan Justin Bieber like nothing happen. Gila depa ni punyalah open minden.


Sapa yang tak pernah tengok lagi, ampa boleh cari dalam Youtube. Rancangan tu lebih kurang sejam lebih. So amik masa sikitlah nak nganga tengok. Aku punya gelak kuat macam haram sampai Abiang Khafi aku maki “Hang awat duk gelak over over,”


Actually sejak kejadian-kejadian bodoh yang dilakukan oleh Justin Bieber yang kaya pada usia muda dan tak tau apa nak buat dengan life dia (sat), dia pernah dibenci oleh hampir seluruh rakyat Amerika. Aku teringat dalam rancangan anugerah Rock in Fashion, masa Justin Bieber tampil nak bagi anugerah apa ka kat pentas, seluruh stadium BOOOOO kat dia. Wehsss malunya aku rasa. Lepas tu, dia mendiamkan diri. Just recently sahaja dia dijemput semula ke rancangan Ellen Degeneres dan popularity dia pun menaik. Dan aku rasa, melalui rancangan Roast ni, popularity dia pun semakin menaik kerana hang bayangkan, dia selepas mampu bergelak ketawa bersama otai-otai industry yang mengutuk beliau, ini seolah-olah endorsement percuma untuk masa depan kerjaya dia.



Aku tak rasa kita Malaysia boleh buat rancangan Roast macam ni. Rakyat Malaysia kan penuh dengan tata kesusilaan dan lembah lembut yang tiada tandingannya. (Buat buat berdehem) Pirah mabok rakyat Malaysia mempunyai tata susila, rakyat kita ni kalau setakat keyboard warrior macam aku ni berlambak la. Dalam blog nenjia tulis punya maki macam-macam, depan mata pijak semut tak mati. HAHAHAHA. (tak mau kata orang lain especially hijabisters dan serbanisters yang duk mengutuk jimnas negaras...hahahaha...kata diri sendiri dulu). And one more thing aku nak bagitau pasaipa aku rasa kita akan dapat buat rancangan Roast versi Malaysia dengan jayanya kerana PM Misai Putih dah jadi contoh pertama iaitu tidak datang masa hari perdebatan. Kih Kih Kih.


Hey, tak baik kutuk kutuk orang di bulan posa. Okaylah jom kita buat lawak-lawak santai sat. Kalaulah kita Malaysia nak buat jugak rancangan Roast versi Malaysia ni sapakah selebriti jemputan yang ampa nak jemput sebagai ROAST?


For me.....pertama sekali untuk kena Roast aku nak jemput Timbalan Menteri Kewangan iaitu Dato Ahmad Maslan. Deni kalau kena Roast mesti banyak punch line yang kita boleh buat. Dari isu-isu GST sampailah ke isu ketinggian IQnya. Sapa yang akan jadi Roast Master dalam rancangan ni? Aku nak lantik Rozita Che Wan. HAHAHAHA...Pastinya dengan kepatahan Che Ta bercakap Loq Staq dan kecantikannya setelah berhijab membuatkan Ahmad Maslan tersenyum santai sahaja apabila di kutuk senda oleh para pelawak jemputan. Tapi sebenarnya, kalau Dato Ahmad Maslan tak kena Roast pun takpa. Banyak lagi menteri menteri cabinet kita yang mempunyai IQ di bawah tahap normal yang seharusnya boleh dijadikan bahan Roast yang menarik.




Nombor dua, aku nak tengok Dato Que Puteh Que Puteh Barulah Puteh kena Roast!! Haaaaaaaa.....sapa Roast Masternya? Aku nak panggil pelawak dari Singapura iaitu Kumar untuk menjadi Roast Masternya. Pasti gawat melihat dua-dua wanita ini mendrag di atas pentas. Aku tak tau lah sapa punya crown paling tinggi malam tu. Yang pastinya rancangan malam tu semuanya ditaja oleh Qu Puteh Qu Puteh barulah puteh.



Sekian sahaja cadangan I olls untuk hari ini. Banyakkanlah tengok rancangan TV orang putih (tak semestinya yang bangang-bangang macam yang aku cadangkan ni) untuk memperbaiki mutu bahasa Inggeris anak-anak ampa. Contohnya National Geographic, rancangan travel, sejarah dan drama yang baik-baik di TV dan radio.

2 comments:

  1. best best...kami suka stand up comedy...kita ada douglass lim, harith iskander, Nabil pun berpotensi utk jadi standup commedien yg berjaya klu dia tak terlalu ikut acuan persembahan tipikal lawak Malaysia..dan sapa lagi..sorry tak kenal..dan kami suka jugak lawak mak ayam kumar....

    ReplyDelete
  2. bestnya idea ada Rozita Che WAN tu! konfem rating tinggi gila mencanak-canak! Astro take note!! hahahha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...