2.6.15

Round Up April and Mei 2015



Hello u olls semua,

Muahahaha.  Sat saja dah masok bulan Jun.  I olls akan membuat review bulanan untuk April dan Mei sekaligus sebab sorry sangat-sangat sebab terbusy macam manaka so terlepas review bulan April and so I pikiaq,  takpalah...kita tunggu terus bulan Mei buat dua dua bulan sekali.

Untuk dua bulan ini,  alhamdulillah semuanya berjalan lancar.  Seperti u olls tahu jugak,  dua bulan ini menandakan juga dua bulan I olls berhijab.  Im so happy u olls sebab segala benda yang syaiton duk ciup kat telinga aku selama ni adalah helah dan tipu nista belaka.  Rasa lebih tenang dan paling penting berkenaan dengan penampilan diri I olls rasa lebih yakin sejak berhijab.




Kuih Kacang Mazola by Jumiess
Okay jom kita baca tentang recap dua bulan meletops ini.  Secondly nak cerita pasai Kuih Kacang Mazola by Jumiess yang kini makin meletops.  Alhamdulillah,  perkembangan tidak naik mendadak tapi ini adalah lebih bagus dan selamat.  Perlahan-lahan kakak I olls iaitu Sanita Samsudin sudah tau jalan nak run the business kuih raya ini.  Untuk teman-teman di area KL dan kawan sewaktu dengannya,  kami ada berita baik iaitu kami sudah memiliki dua orang ejen rasmi di kawasan ampa.  Nak tau lebih lanjut,  ampa jangan lupa follow our official Instagram  @jumiesscookies untuk tau our latest offers and updates.

Nila gambar kakak I olls Sanita Samsudin dengan anak lelaki beliau Farihin.  Dialah tauke Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Apa-apa ampa boleh call / SMS / WhatsApp dia kat 6016-4916439.



Jangan lupa follow our official IG  @jumiesscookies




Make Up by Jumie Samsudin
Haa...ampa semua tau kan I olls memang duk buat make up sejak tahun 2008 kan?  Tapi lately sebab nak tenang-tenangkan hati,  boleh baca kat sini  :  Topi Topi Dalam Hidup.  I olls dah banyak kurangkan aktiviti make up.  Tapi dalam duk nak kurang tu,  rupanya bulan Mei dan Jun 2015 ni meriah pulak tempahan.  Okay lah u olls.  Asah-asah the sentuhan berus tu.  Satgi tak buat langsung duk jadi keraih tangan dah pulak.  Here are some of the pictures hasil sentuhan tangan I olls.



Walaupun semua dalam gambar-gambar di atas adalah segak tapi yang pengantin sahaja yang segak dan dimekap oleh I olls.  :)



Yang Hartini.  :)


Ini pula ialah Idsaliana,  kawan sekolah I olls masa kat Senjojes.  Di sebelah beliau ialah Bangsan,  designer baju pengantin beliau yang sungguh gojes.  U olls pasti kenal Hassan Abu Bakar from Kerongsang Courture kan?  Butik beliau terletak di Transfer Road Penang.



Artikel Meletops
Alhamdulillah banyak juga artikel meletops yang mendapat sambutan dua bulanini.  Antara yang terawal adalah tentang pendedahan sepasang suami isteri yang duk menipu orang sana sini.  Katanya orang kampung yang mana pasangan ini berasal adalah perenglina dan duk carut i olls dalam wall Facebook.  Tapi I olls ingat pesan mama Regina,  ada komen yang harus kita balas,  ada komen yang harus kita biarkan sahaja.  Berdiam adalah jalan terbaik apabila berhadapan dengan orang macam ni.

Antara artikel lain pulak adalah seperti "Mengucapkan Tahniah Kepada Teman Yang Mengandung".  Lepas baca artikel tu,  ramai pulak orang duk mesej and bagi kata-kata semangat.  Actually I olls tak berapa suka sangat.  HEHEHE sebab isu ni macam mana hang explained kat orang,  lagi orang tak akan faham.  Sebab ada yang mesej bagi nasihat,  ada yang bagi kata semangat,  ada yang bagi cadangan,  ada yang nak jual produk dan macam-macam lagi.  Kalau bab bagi nasihat dan kata semangat tu memang amat bagus sekali,  tapi bab-bab lain tu mula la rasa macam nak naik hangin dah.

You rasa you niat baik nak kongsi rasa,  tapi actually u olls bagi lagi berat rasa pun ada.  Lebih sedih bila ada yang tak kawen lagi,  apatah lagi nak beranak,  duk komen-komen kat kita "Chill la...chill la....ada orang lagi lama kawen tak beranak pun lagi...chill la...."

Butoh tak pak hang chill.  Hang tunggu nanti hang menikah pastu tak beranak-ranak.  Aku nak tengok takat mana hang punya chill lah.




Iklan Blog JUN
So duk artikel macam-macam ni,  sapa-sapa yang meniaga especially meniaga online,  dijemput untuk mengambil pakej iklan kat blog I olls yang sesungguhnya adalah pada harga yang amat berpatutan.  Here is our price details  :


For more info,  boleh PM me in Facebook,  WhatsApp me at 0124130060 or email me at jumiess@gmail.com




Jalan-Jalan and Happening
Here some of the gambar and stories about my jalan-jalan and happenings sepanjang April and Mei 2015  :)

Birthday Farihin and Fariha
Birthday anak buah I olls iaitu Alia Fariha and Amirul Farihin.  Depa dorang ni kembar.  Birthday yang ke 3 tahun ni,  tema fantasi.  Yang perempuan nak jadi princess.  Yang lelaki nak jadi Mr.  Bean.  Ish macam-macam.  Pastu mak dia called I olls and cakap macam ni  "Jumie boleh dak hang pakai baju jadi Fiona Shrek,  bagi budak budak seronok tengok hang,"  Nahariam la kakak aku suka suruh aku jadi haiwan.  






Pulau Sayak
Dah lapan tahun tak mai sini.  Alang-alang dah mai Sungai Petani,  teruih pusing masuk Pulau Sayak pekena mee udang.  Pemandangan sepanjang perjalanan memang mendamaikan perasaan.




Dinner Adikarma
Thank you so much Adikarma sebab pertama kali dijemput untuk menghadiri majlis makan malam they olls.  Temanya Movie Character.  Tapi I olls tak pakai character apa pun sebab ini adalah majlis makan malam pertama sejak I olls berhijab.  So I dont want to tampil like haiwan.

Jantan ni pakai sebagai Miley Cyrus.  Boleh?

Yang feeling jadi Maleficent sampai dua orang.  Apa lagi gaduhlah.






Dinner IO Bling it On
Pejabat I olls pulak membuat dinner yang bertajuk Bling It On.  Kisahnya,  I olls nak pakai tudung macam Alyah pakai masa AJL 2015.  Yang meghelit satu kepala tu.  Tapi pi cari kain,  mak ai sampai RM100 semeter.  So takpayahla nak membazir duit.  Sebab lepas tu takkan nak pergi jemputan kawen pakai tudung labuci tu.  Cari punya cari, terjumpa sejenis kain macam warna kertas timah.  Menghelit u olls.  Bukan sahaja colour,  tekstur pun macam timah dah punya keras.  Dipadankan dengan make up smokey melampau.  Alhamdulillah meletops.









Tun Mahathir
Tun Dr.  M mai USM.  Tapi majelis ini adalah majelis tertutup. Ada perkongsian review dalam blog I olls.  Sila baca.





Bee Hwa Cafe
Haa nenjia 30 tahun duduk Penang baru tau tempat makan best ni.  And lebih mengebest,  jumpa dengan Mamaji Shaik Ghulam Anilkumar pulak.  Hope dapat bertemu beliau lagi dalam masa terdekat.  






ps/  Dah jumpa publisher yang serasi dengan cara kerja kita.  Insya Allah I olls nak keluarkan buku I olls yang pertama tak lama lagi.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...