30.6.15

Sumbangan Ikhlas Mangsa Kebakaran di Jalan P Ramlee Penang

Assalamualaikum u olls,

Semalam menjelang 4.30 petang di kala I olls sedang sibuk menyetelkan kerja kerja last minit before nak balik,  call pulak tiba tiba masok punyalah banyak macam artist ni.  Tapi yang duk call masok ni adalah nama Arafat dan Dinie dua sahabat sekampung  I olls.  Kami bersahabat sejak kecik.

"Awat hang ni duk call aku sibuk laa...aku duk gheja....."  jerkah aku kepada Arafat.  Call dia yang aku dapat jawab dulu.

"Wehssss...Jumie.......rumah Mak Yam Jalan P Ramlee...rumah pili ayak....terbakak...."  aku terdiam sat.

"Hah?"

"Rumah Haleesa.....rumah Haleesa....terbakak,"

Aku terdiammm lagi.

"Hang tengok kat WhatsApp aku ada hantar gambar."













Aku letak phone and tengok WhatsApp.  Ada beberapa keping yang menunjukkan rumah Haleesa,  kawan baik aku sejak SKDK and seterusnya ke St George Girl School sedang dijilat api.

Aku jawab pulak call Dinie.  Call masih tak henti henti masok.

"Aku tau dah...aku tau dah....." kata aku kepada Dinie.  Pastu aku hanya mendengar kata-kata Dinie yang menceritakan yang dia dalam perjalanan ke sana dan dia lani tengah shaking satu badan apabila mendengar berita ini.

Selepas tamat talian dengan Dinie,  aku pun call adik beradik aku dan teman-teman rapat yang lain. That's how aku dapat tau mengenai berita buruk ini.  Kejadian ini benar-benar menguji Haleesa dan seluruh keluarga.  Untuk pengetahuan ampa,  rumah yang terbakar tu memang banyak kenangan kami semua bersahabat.

Port berkumpul dulu sebelum pi berjimba (sebab lokasi dekat nak pi Komtar,  nak naik bas pun senang),  port lepak di hari raya sebab Mak Yam masak sedappppppppppppppppp and Mak Yam suka melayan kami,  masa kecik-kecik bawah rumah Haleesa ni la kami duk main 'masak-masak'.  Sapa yang sangat familiar area Counter Hall,  sebelah sekolah Munshi mesti kenai dan perasan Mak Yam iaitu mak kepada kawan baik aku ni.  Mak Yam selalu duduk lepak bawak pokok mangga kat tepi jalan rumah depa tu.  Kalau kita lalu dengan kereta,  kita honk atau jeri "MAK YAMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM....."  nanti dia angkat tangan dan bye bye.  Tapi kadang-kadang dia bukan kenai sapa pun.

Tapi lani Mak Yam dah tak lepak duduk tepi jalan pun.  Sejak kematian bapak Haleesa iaitu Pakcik Mustapha yang meninggal dunia dua tahun lalu.  Lebih kurang bulan Jun juga.

Lebih menyayat hati,  abang kepada Haleesa iaitu Mahathir a.k.a Jay a.k.a Uda,  bekas pelajar Francis Light,  then Sekolah Abdulllah Munshi / Penang Free School / MBS aku pun tak ingat.  Dia lani bekerja di Loh Guan Lye.  Dia bakal menikah pada bulan Oktober ini.  Bayangkan baju pengantin yang dia tempah sendiri telah habis dimusnah api termasuk dengan segala persiapan perkahwinan yang lain.  Perkahwinan mereka dirancang berlangsung Oktober ini.

Selain harta benda dan peralatan harian rumah habis musnah,  aku rasa mungkin ada juga persiapan hari raya yang musnah dijilat api.  Aku tak jumpa Haleesa lagi sampai lani.  Semalam lepas berbuka puasa....ada pulak hal hal yang menghalang aku nak pi.  Tapi aku ada call Haleesa and SMS dia from time to time.  SHE SOUNDED VERY VERY VERY VERY CALM.  Aku tak tau la macam mana dalam hati dia tu.  Sejak di zaman sekolah lagi,  Haleesa memang jenis hati batu.  Silap hari bulan kalau jumpa dia,  aku yang menangis.

Sekian sahaja cerita pendek aku.  Kepada insan yang berkemampuan untuk memberikan sumbangan,  besar atau kecil,  aku rasa tak kisah tu semua,  janji keikhlasan untuk ampa membantu Haleesa dan keluarga untuk 'kick start' hidup depa balik.


Tarikh kejadian  :  29 Jun 2015 (11 Ramadhan 1436)
Lokasi  :  Jalan P Ramlee Penang (Counter Hall)

Semua harta benda dan keperluan harian musnah.
Pakaian pengantin dan persiapan perkahwinan bulan Oktober 2015 habis dijilat api.

Mohon sumbangkan sedikit bantuan untuk membantu keluarga mangsa.

Sila salurkan bantuan kepada  :

Mahathir Mustapha (Anak lelaki / Bakal Pengantin)
No akaun Maybank  :  107078013757
No tel: +60 11-3132 2041

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...