24.6.15

Tempahan Buku Antologi Cerpen Chabai Dibuka Sekarang

Hello ampa semua,

Setelah mendapat kebenaran aku nak share sikit kat ampa salah satu daripada cerpen yang aku terbitkan dalam Antologi Chabai.  Cerita pendek ini bertajuk Haru.  Pada mulanya aku diminta untuk tukar tajuk sebab takut tersama dengan salah satu drama / filem tempatan.  Tapi lepas baca balik manuskrip ni aku tetap nak guna tajuk yang sama.





“Mak balik dulu. Hampa dorang jaga diri baik baik,” kata Mak kepada Man dan Ayuni.  Ayuni cepat-cepat mencapai tangan mak dan mencium tangan orang tua itu. Ibu mertuanya.
“Mak boleh ka drive sorang-sorang ni?” tanya Man tanpa melihat kepada Mak. Dia masih kaget di sofa. Mata terus ke lantai. ”Aku boleh drive sendiri aih. Habih aku mai sini tadi naik apa?” kata Mak.
Sekali lagi Mak memeluk Ayuni. Raut wajahnya penuh keceriaan. Dia cium kedua dua pipi Ayuni dan dahi menantunya itu. Alhamdulillah segala doanya selama ini dimakbul Tuhan. Dia bakal menimang cucu dalam tempoh 8 bulan lagi.
Ayuni masih tersenyum. Apabila Mak dah balik, dia pun terus ke meja makan untuk kutip gelas dan teko berisi air teh o panas yang dijamu untuk ibu mertua nya tadi. “Pasaipa hang bagitau kat Mak dulu? Awat hang tak bagitau kat aku dulu?” tanya Man dengan nada perlahan. Tapi cukup deras untuk Ayuni dengar.
“Awat tak boleh ka? Salah ka Ayuni nak bagitau Mak. Dialah satu satunya Mak yang Ayuni ada kat dunia ni. Habih lepas ni sapa yang nak jaga Ayuni kalau bukan dia?’ jawab Ayuni dengan tegas tapi selamba. Dia terus menapak ke dapur membawa dulang.
Dia biarkan Man seorang diri kebingunan di halaman. Dia membasuh gelas dan teko itu.  Di bibirnya penuh senyuman. Tapi dalam mindanya sekarang, macam-macam warna-warna yang bermain disitu.
Tiba-tiba dia teringat kehangatan tubuh Akmal menjamah tubuhnya membuatkan bulu roma tengkuknya berdiri. Sedapnya kalau dapat main dengan Akmal lagi.
“Hang jangan main-main dalam hal ni Ayuni. Aku tak suka anak tu. Baik hang pi gugur anak tu. Aku tak mau!” tiba-tiba Man masuk ke dapur sambil menjerkah ke mukanya. Habis semua mimpi sedap yang terbuai dalam kepala otak Ayuni terhenti. 



Bersambung.....





Buku Antologi Cerpen Chabai dibuka untuk tempahan sekarang.  Terbitan buku ini adalah terhad dan tidak terdapat dalam toko buku ternama dan sebarang laman sesawang yang menjual buku secara dalam talian yang lain.

Oleh itu,  marilah beramai-ramai support buku pertama penulisan I olls dan teman-teman.

Harga RM20 (tidak termasuk kos penghantaran)

Thank you ampa semua!!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...