8.6.15

Tips Kulit Berminyak untuk Lelaki

Salam,   hai Kak Jumie :)

Harap akak sihat sejahtera..

Saya actually nak minta tips or pendapat akak untuk lelaki. Saya mengalami masalah kulit berminyak yang bole dikatakan agak kronik jugaklah, puas dah saya cari product dari yang murah-murah beli kat drugstore until yang mahal-mahal (Clinique paling mahal saya pernah cube) tapi semua nya tak berkesan.  So for now, saya pakai brand Neutrogena sebab ada baca post akak kata even kulit berminyak pun kene pakai moisturiser and Neutrogena ada oil free moisturiser. So far okay lah, no bad, tak melekit macam brand lain. But still kulit muke saya berminyak bile da tengahari tu sampai lah ke malam.

I know, sesetengah orang kata "normal lah lelaki kulit minyak" "apa nak segan" "kau bukan perempuan nak jaga kulit sangat" tapi entahlah, saya just taknak nampak berkilat bile dalam gambar (which is memang akan berkilat T.T) and bile buat outdoor activities tu minyak nye ya Allah memang banyak macam bole goreng telur mata atas dahi ni.

Kawan perempuan saya advise saya cakap pakai lah bedak ke, she said "It's okay pakai bedak, asalkan tak obvious sangat kau pakai okaylah". And saya pun buat survey pasal bedak and found that loose powder okay kalau tak nak nampak obvious. And saya pun tebalkan muke pergi Watson untuk beli loose powder, saya beli loose powder Simplysiti (sebab saya peminat siti hahaha).

So far okay (KOT), but still dah lama2 kene tepek oil blotter kat muka bile da tengahari tu. My niat send this email is nak tanya is it okay for guys (Malaysian guys) to wear bedak? Taknak sebut mekap hahahahah geli pulak macam drag je dengar,  kalau okay, akak bole suggest kan tak apa yang bagus and tak nampak obvious sangat (tak nak nampak sangat yang kite ni pakai bedak, just taknak berkilat tang dahi n hidung tu) and any tips or any good product untuk lelaki with oily skin?

Thanks Kak Jumie, i really enjoy reading your blog :)

Lelaki Muka Berminyak




Dear LMB,

Aiiiyooo emel hang ni sangat adik-adik coverina.  HAHAHAH.  Takpalah,  bagus juga hang emel macam ni dengan akak,  selama ni akak duk buat review pasai kecantikan pompuan-pompuan sahaja.  Lelaki pun kena jaga penampilan especially u olls yang dah masuk ke alam pekerjaan.  Kena grooming u olls.  Tak boleh nak selebet-lebet dah,  lani abang toye (tomyam) pun elok-elok dressap semua.  Sambil order,  boleh cuur.

Okay siries-siries.  Berikut adalah beberapa perenggan yang memudahkan I olls memberikan jawapan kepada u olls.

Set Penjagaan Kulit
Actually set penjagaan kulit tidak semestinya kena brand-brand yang mahal okay.  Kadang-kadang kalau hang sesuai dengan sabun Siam harga RM5 pun why not?  Tapi dalam pada hang nak mencari produk yang paling sesuai dengan hang adalah sangat susah sikit lah.  Akak nak promote produk yang akak pakai ni,  hope hang sudi mencuba.  


Dermalite Comedone Control Essence

Sejenis serum yang u olls boleh sapukan ke wajah setiap kali lepas mencuci dan sebelum pakai moisturiser.  Fungsi utama produk ini adalah merawat kulit berjerawat (kalau berjerawat la),  tapi pada masa yang sama produk ni dia balancekan jumlah minyak di wajah and pada masa yang sama mengurangkan kesan-kesan lain seperti black and white heads.  Akak dah 3 tahun pakai produk ni.  Bestnya produk ni tak susah,  no side effect dan boleh campur dengan produk lain.  U olls boleh WhatsApp akak untuk order.  +6012-4130060.  So far ramai-ramai duk beli dari akak,  semua mendapat hasil yang positif.






Bedak Compact untuk Lelaki
Pada I olls,  adalah sangat okay untuk lelaki memakai bedak muka.  Ini menandakan lelaki itu mementingkan penampilan dan kebersihan diri.  I olls suka.  Cara terbaik untuk cari bedak muka untuk u olls adalah pertama,  warna bedak yang sama dengan kulit u olls.  Jangan satgi nampak muka hang putih semacam.  HAHAHAH.  Kedua,  bedak yang mempunyai elemen mengawal minyak di wajah u olls.

Oleh itu,  I olls nak mencadangkan dua bedak.

Pixy Two Way Cake
Bedak ni boleh beli kat Watson harga tak sampai RM15 pun.  Pilih warna Tropical Beige,  yang ni paling tanned.  Bedak ni ada pelindungan SPF dan tidak berminyak.  Jangan sapu banyak-banyak.  Light-light sahaja.  Insya Allah u will like it.  I pun pakai bedak ni jer dek non.




MAC Prep + Prime Transparent Finishing Powder/Pressed
Bedak ni pun I olls pakai jugak.  Sejak diperkenalkan oleh mak ayam I olls masa I olls kawen dulu,  dia pakaikan kat I olls masa make up I olls di hari persandingan,  Ya Allah muka I olls jadi keraih macam poselin ni.  Takdak peluh,  takdak minyak.  Sangat suka.  Start dari tu memang pakai produk ni,  untuk diri sendiri dan juga untuk customer make up I olls.  U boleh beli yang jenis 'pressed' untuk memudahkan pemakaian.  Yang bagusnya,  bedak ni transparent.  MAKNANYA,  takdak colour u olls.  I think,  lebih bagus u olls pakai ni daripada Pixy tu.  Labur duit sikit takpa u olls.  






Plenty of clear water and Kurangkan Makanan Berminyak
Kecantikan yang elok datangnya dari dalam.  Tak guna kalau u olls duk feeling pakai barang mahal-mahal,  tapi hakikat dalaman u olls tak jaga langsung.  Untuk u olls yang mempunyai kulit berminyak,  kurangkan makanan berminyak seperti benda-benda gorengan ni.  Banyakkan makan sayur-sayuran yang direbus / raw salad.  And of course,  banyakkan minum air.  Kalau boleh 3 liter dan ke atas.  Pagi-pagi bangun tidur,  sebelum gosok gigi dan breakfast,  minum air mineral / air kosong satu gelas.  Try seminggu hang tak akan nampak perbezaaannya.

Kalau u olls nak cuba makan supplement untuk lelaki,  why not u olls try GlowBro.  Produk ni memang jenis collegen yang diformulakan untuk lelaki.  Bancuh setiap pagi dengan air masak / apa-apa jenis air minuman pagi.  Serbuk ni juga boleh dibuat masker wajah.  I olls pun dah hampir 2 tahun makan produk dari company ni,  tapi I olls punya yang perempuan la GlowDiamond u olls.  Nak tau lebih lanjut u olls baca kat sini. 




Wuduk
Haaa nyah!  Ni bukan mak nak feeling ustazah ka apa ka,  tapi siriesly,  kalau sehari 5 kali muka hang duk kena wuduk memang akan nampak lain sangat.  Bayangkan,  tengah-tengah panas terik kita berhenti seketika dan amik air wuduk untuk Zohor.  Sebelum ambil wuduk pun secara automatik,  mesti kita nak basuh muka kita dulu dengan sabun pencuci muka ke apa ka,  maknanya kita dah ada rejimen tetap untuk make sure kulit kita dibasuh bersih setiap masa dan mendapat lembapan semulajadi iaitu dari air.  Kalau dak,  dari pagi sampai malam buta duk lagu tu la muka kita,  takbasuh tak kena air langsung.  Tu yang duk jadi minyak berlengaih semacam mana ka.

Okaylah,  inilah perkongsian paling ringkas yang I olls nak share dengan u olls.  Try buat benda benda ni dulu.  Kalau tak okay juga,  then maybe hang kena pi jumpa doktor pakar kulit.  And please betulkan penyataan kawan u olls tu,  choi sangat...tak kisah lelaki atau perempuan,  kena jaga penampilan diri. 


Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan 



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Lagi satu, DO NOT USE OIL BLOTTER, sebab dia boleh merangsang kulit untuk merembeskan lebih banyak minyak. Which will make it worse. Memang best pakai oil blotter pastu muka kering, bebas minyak, tetapi awas, ia merangsang pengeluaran lebih banyak minyak. Lap pakai tisu pun takpa.

    And tips lagi, bawa je facial cleaser oil free dalam beg, rasa2 klo berminyak silalah cuci muka tuh. Yup, sebab tuh wuduk penting, setiap masa nak solat, amik wuduk kene cuci muka dulu kan. Kene selalu cuci muka.

    kalau muka terlalu kering pon menyebabkan minyak banyak, so kene cari 1 krim pelembab yang sesuai.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...