11.7.15

Aku Sokong #sayaZAHRA #sayasayangkanMALAYSIA


Hello kawan - kawan semua,  

Salam siaran semula di blog JUMIESAMSUDIN.COM yang sekiannya menyepi tampa berita.  Aku nak mintak maaf sangat sangat kat ampa semua.  Biasalah bulan posa ni ,  banyak benda nak kena bagi settle tapi masa yang ada untuk satu hari adalah amat singkat sekali.  Hari dah nak kiamat u olls,  tu yang duk rasa singkat semacam tu.  

Okay kita mulakan siaran hari ni dengan video viral #sayaZahra #sayasayangkanMALAYSIA yang menjadi viral baru baru ini.  

Masa mula-mula duk tertengok bidio ni,  aku dan suami ada dalam kereta.  Nak pi bank katanya.  Orang kerajaan dah dapat gaji awal (bulan Julai) sebab raya kan?  Alhamdulillah.  Tapi sunggahlah lepas 47 hari lagi baru akan dapat gaji seterusnya.  

So macam mana ka,  terbaca update kat Astro Awani and aku pun cepat-cepat pi tengok video ni.  Aku dan suami tersengap dua dua orang dan kami pun mendengar ucapan Zahra dengan kusyuk.  Sambil duk dengar tu,  bila ada bait-bait yang terkena kat hati,  aku pun pegang dada aku dan berkata "Ya Allah abiang...aku rasa macam nak menangis"

Sapa yang pernah pinjam duit mak bapak,  sapa yang pernah tinggal RM5 sahaja dalam poket menjelang hujung bulan,  sapa yang pernah tak buat sebarang savings sebab gaji yang duk masuk duk kena bagi habis untuk belanja hidup.... depa akan setuju dengan apa yang dikatakan oleh Zahra.  

Namun selepas video ini menjadi viral,  ada seorang insan yang telah membuat komentar dilaman sosial beliau dan komen tersebut menjadi viral juga.  Ampa boleh baca sendiri link tersebut I olls ada share di bawah.  Actually,  selain komen Mizan Hashri,  kalau ampa pi kat video Youtube ada banyak jugak komen-komen TIDAK SOKONG Zahra yang dikemukakan di sana. 

Dahla terasa sedih dengan apa yang dikatakan oleh Zahra,  terkesan di hati especially bab-bab nak bagi duit kat mak bapak,  bab-bab nak menyimpan untuk membeli rumah,  bab-bab hujung bulan kais pagi makan pagi.................bila I olls baca komen daripada Mizan Hashri tu secara tak langsung terus rasa lagi lagi lagi amat sedih.

Berikut adalah beberapa point yang aku nak ketengahkan tentang pandangan yang berdasarkan pengalaman aku sendiri.  Aku tak  mintak ampa terima bulat-bulat,  tapi kalau ampa sudi considerkan luahan ini dalam kepala otak ampa,  aku ucapkan terima kasih.


  • Aku respek gila kat Zahra sebab dia sangat berani.  Peluang yang diberikan digunakan sebaiknya.  Dihadapan para VIP dan Timbalan Perdana Menteri,  dia susun kata dengan baik,   berucap dalam format bercerita,  susun kisah pengalaman diri.  Tidak beremosi,  suara jelas dan lantang.  Aku terasa di sanubari.

  • Yes,  memanglah skripted.  Dah tu,  takkan nak bercakap secara GO WITH THE FLOW.  Sapa pernah bagi public speaking?  Aku pernah bagi public speaking depan anak-anak Melayu yang nak amik BR1M (program Kemas Bayan Baru),  hari pertama aku feeling cakap go with the flow menggunakan point-point.  Hasilnya tahi.  Aku cakap macam apa saja.  Bila dah nervous dan tengok muka audience yang tidak memberikan respon yang memberangsangkan,  otak pun jadi tak begitu fokus.  Hari kedua dan seterusnya,  aku memilih untuk menulis ucapan aku dan teks itu aku bacakan sewaktu ucapan dibuat.  Alhamdulilah,  pihak penganjur beri pujian dan aku juga lebih yakin bila berucap.

  • Kalau mungkin maksud skripted di sini adalah 'segala-ucapan-ini-dirancang-untuk-pihak-tertentu',  then bagi aku aku tiada salahnya fakta yang di-skripted-kan dalam ucapan ini kerana platform yang digunakan untuk ucapan ini adalah dalam majlis sidang 'Laporan Sosio-ekonomi Melayu: Menuju Negara Berpendapatan Tinggi'.

    Dalam salah satu ayatnya,  Zahra ada menyebut "Terus terang saya katakan,  kami anak-anak muda Melayu sudah tidak hiraukan isu-isu politik atau perkauman lagi,  kerana apa yang lebih penting bagi kami adalah issue survival"

    So kalau betul ucapan ini di-skripted,  sudah pasti isi kandungannya akan menjurus semata-mata kepada kepentingan orang ekonomi orang Melayu ataupun apa sahaja isu orang 'Melayu' yang seringkali menjadi topik utama dalam siaraya politik Malaysia.
  • Aku sedih macam mana point yang disuarakan oleh Zahra diterima dengan begitu 'literally' sekali.  Instead of looking into the bigger pictures iaitu masalah survival anak muda Melayu,  kita duk pi tengok umur dia graduated,  berapa tahun dia kerja,  dia naik LRT,  dia duduk rumah sewa mahal.  Paling bangang sekali,  tiba-tiba ampa putar belit kenyataan 'kahwin lelaki kaya' yang dinyatakan oleh Zahra.

    Zahra bercakap pasai survival / ikhtiar hidup.

    Dalam konteks yang lebih luas,  dia bercakap pasai isu kepimpinan negara yang semakin merudum (dia ada doakan agar kita mendapat pemimpin yang amanah),  kos hidup yang semakin tinggi,  isu perumahan mampu milik (rumah harga juta-juta bina untuk siapa ya? Aku nangis bab ni),  dia bercakap pasai isu hutang,  dia ada bercakap pasai mutu pendidikan.

  • Aku tak suka nak tulis pasai perkauman ni,  tapi siriesly aku sentap kenapa ORANG MELAYU sendiri yang nak pandang rendah pada Zahra.  Kalau keberanian Zahra direndahkan,  maknanya sama macam merendahkan hidup orang-orang yang sama nasib dengan Zahra.  Sapa yang hidupnya sama dengan orang-orang macam Zahra,  of courselah kebanyakannya orang Melayu juga.

  • Pada pendapat I olls,  orang yang kutuk dan mempertikaikan fakta pengalaman Zahra ternyata ialah orang-orang yang tidak pernah hidup susah.  Nasib hidup manusia ada macam-macam.  Ada yang dilahirkan susah dan ada yang dilahirkan kaya.  Ada orang yang susah tapi lama kelamaan menjadi senang.  Ada orang yang senang tapi lama kelamaan menjadi susah.

    Oleh itu kesimpulannya di sini adalah,  kalau u olls tidak pernah susah,  janganlah dihina dan dipertikai kisah hidup orang yang susah.  Kebahlolan orang yang membuat penyataan ini adalah sama dengan menteri apa kah yang mengomen rakyat jelata memakan KFC walaupun duk merungut duit belanja tidak cukup.

  • Mungkin aku senang terkesan dengan apa yang Zahra ucapkan sebab aku sendiri anak orang susah.  Bapak aku dulu kerja driver lori Milo sahaja dan sara anak-anak 5 orang semuanya.  Kami lima beradik,  bila dah habis belajar dan mula bekerja,  boleh dikatakan semuanya kami nak kena build up sendiri.  Bapak ada menolong tapi takdaklah banyak sangat.  Takdaklah sampai dia mampu elocate sejumlah wang untuk setiap anak-anaknya.

    Kalau orang senang,  selalunya depa mampu untuk elocate sejumlah wang untuk setiap anak-anak.  Daripada duit nak belajar,  duit nak beli kereta,  duit nak kahwin,  duit nak beli rumah dan sampailah duit nak sambut cucu.  Semua maktok and pak tok depa dah sediakan siap-siap.  Tak lebih tak kurang semua anak-anak dapat.

    Lagipun ada rasa malu apabila duit belanja yang kami bagi kat mak bapak bila gaji,  bila hujung bulan terpaksa mintak pinjam balik sebab duit belanja sendiri dah habis.  Takkan aku nak reka cerita.  Satu dua tahun pertama kerja,  memang agak susah untuk aku.  Nak buat saving pun tak boleh.  Semuanya cukup-cukup makan sahaja.

    Sebab tu,  aku dan adik beradik rajin buat business cari duit sampingan.  Macam aku sendiri,  dulu pernah jadi penyanyi di hujung minggu,  lepas tu jadi tukang make up dan macam-macam lagi.

    So hari biasa kena bekerja,  hujung minggu kena bekerja,  apakah jenis kualiti hidup yang kita nak bina ni?  Dah hampir 10 tahun aku bekerja lani aku baru berani nak tarik diri dari buat business sampingan.  Pendapatan yang sedia ada ni memadai untuk orang sederhana macam aku dan suami.

    Dan sekarang baru bertaktih nak buat simpanan untuk membeli rumah sendiri.  Doakanlah semuanya berjalan lancar.  (Sebab kalau ada aral melintang,  mungkin duit itu terpaksa digunakan dalam keadaan kecemasan).


  • Bapak aku generasi Baby Boomers (lahir tahun 1948).  Maksud survival hidup dia adalah 360 darjah berbeza dengan anak-anaknya yang terdiri daripada generasi X.

    Bukan sahaja dari segi nilai wang ringgit,  malah nilai hidup juga sudah jauh berbeza.  Bapak aku sejak dulu lagi,  duit gajinya separuh dimasukkan dalam simpanan dan hanya separuh digunakan sebagai wang belanja.  Beli kereta dan perkakas rumah semuanya dengan duit tunai,  bukan berhutang / sewa beli.

    Zaman lani mana boleh macam tu,  arus kehidupan duk pi punya laju.  Kalau kita nak terus hidup cara macam orang dulu,  pakat semua orang balik kampung naik bas sahaja.  Bila nak berjalan,  harap berhimpit dan bertumpang dengan kereta orang lain.  Hal-hal lain ampa sila figure out sendiri.

    Bapak aku pernah memaki aku pasai bab menyimpan duit.  Dia kata,  kami anak-anak semua suka membazir.  Beli handphone mahai-mahai,  bubuh internet,  tu semua perabih duit.  Rumah bubuh Astro.  Pakai laptop.

    Aku pantas menjawab "Habis tu kalau tak pakai handphone,  tak pakai internet,  susah la nak buat kerja,  nak tau berita terkini,  bila nak pi mana-mana tengok kot handphone pun dah keluar peta.  Orang semua buat kerja laju picik-picik handphone sahaja,  kita macam orang ulu kampung nak tulis alamat emel pun tak reti.  Kalau nak jadi macam tu boleh,  tapi jadi lagu ni la....sampai wiper kereta pun ganti sebelah sahaja,  bila hujan,  habih tak nampak apa kot depan bila driving,  mampuih eksiden sapa nak pi tau?"  sambil merujuk kepada wiper kereta bapak aku yang dia hanya ganti sebelah sahaja sebab nak sep bajet.  Cara hidupnya sebagai orang susah dah menjadi sebahagian hidup sampai sekarang dia dah mampu beli semuanya,  dia masih lagi kedekut dan berjimat cermat.

    Bapak aku tersentap dengan kata-kata aku.  Kesian kat bapak.  Esoknya,  aku suruh laki aku pi tukar wiper kereta bapak aku siap bubuh minyak and basuh kereta dia sekali.  Start dari tu dia tak berani nak cakap over-over kat aku lagi bab menyimpan.


  • Bagi aku Zahra bukan merungut apatah lagi merintih.  Dia cuma berkongsi kisah hidupnya yang hakikat adalah sama dengan ribuan lagi anak muda yang lain.  Fikiran ampa menyatakan Zahra ni merungut dengan apa yang dia ada seolah-olah macam nak kata "Orang miskin tak boleh komplen".


    Kita manusia semua ada keinginan dan keinginan itu pastinya semua yang positif.  Sapa kat sini yang berkeinginan nak hidup susah?  Gila ka apa?  Oleh itu,  adakah ampa semua menyokong pendapat bahawa Zahra tak boleh ada keinginan untuk hidup senang?  Zahra tak boleh simpan impian nak beli rumah sendiri?  Zahra tak boleh nak feeling naik kereta pi kerja hari-hari?


    Kejamnya ampa.


Kesimpulannya di sini,  kalau hidup ampa tak pernah susah,  jangan duk pandang rendah kat orang.  Dan janganlah pula hanya sebab kita dah survived zaman kesusahan kita,  kita dah lalui kesukaran hidup sebagai orang miskin....kita lupa dan pandang hina pada insan lain yang masih dan sedang hidup dalam kesusahan.  Usaha dari diri sendiri tapi rahmah dari Allah.  Zaman lani,  Dia tak tunggu esok lusa (anak cucu) untuk diberikan pembalasan,  lani-lani jugak dia akan balas depan mata hang.  Time tu,  hang buatlah video sendiri and bubuh kat Facebook,  kami akan like dan viralkan untuk tatapan Perdana Menteri.










5 comments:

  1. ada juga baca pasal mizan hashri tu.....jelas nampak komen mizan tu tak matang, well, mungkin tak mengalami masalah yang sama macam kita yang cukup2 makan ni.

    ReplyDelete
  2. this is not for "anak anak melayu" only, but for "all anak anak malaysia". anyone who is from a middle class to low class family would be able to relate to her sentiments.. i know i can. cause truthfully there is a zahra in everyone of us who struggles to come up and be a good citizen in this blessed nation of ours. =)

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie, i love this thoughts. Saya share di FB ye kak ... moga ramai yang bukak mata! :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...