27.7.15

BBQ Gedik Raya bersama Anak-Anak Ayam JS

Minggu open houses hari raya dah mendatang. Nasihat I olls, janganlah secara membabi buta meng-suggest nama si polan - Si polan dalam group u olls agar membuat open house kepada kawan se-gang datang.

Kita tak tau orang tu berduit ka, sedang berjimat ka, apa ka. Sekarang ni zaman nak gawat u olls, kebanyakan orang nak menyimpan and berjimat.

U pulak, pandai2 suggest nama and rumah dia untuk gathering raya katanya. Dia nak kata NO tak sampai hati, and takut mulut lahar ampa kata dia kedekuts. So dia pun buat la masak2, duit tak cukup, laki bini boleh bergaduh.

Oleh itu, why not kalau nak buat gathering a.K.a open house RAYA, ampa ramai2 sharing duit untuk beli bahan2 masak dan sebagainya. Volunteer bahagi tugas untuk merewang. Beban sama-sama tanggung, pahala sama-sama share.

Sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dari saya.

Ps. Selalu yang pandai2 pi suggest rumah orang ni...rumah dia sendiri dia pandai bagi 1001 alasan kata takleh buat gathering RAYA. - JUMIE SAMSUDIN on Facebook 25 Jul 2015

Click read more




Mesej di atas katanya dicatat dalam Facebook I olls pada Sabtu lalu.  Yang mana Sabtu lalu jugak,  i olls dan anak-anak ayam JS telah membuat koleksyen membuat BBQ Gedik Raya 2015.  So sama macam kaedah i olls anjurkan di atas,  makanya kami semua pun kumpul duit and bergotong royong untuk membuat majlis simplewati ini.  Actually kami memang selalu buat gathering macam ni,  masak-masak,  makan-makan,  sembang-sembang,  cerita hantu.  Sesi bersama inilah yang digunakan untuk meluahkan perasaan tensyen di tempat kerja,  bergelak ketawa,  lawan carut dan sebagainya.  

Ampa pun tau kan I olls selalu post jugak gambar-gambar we olls dalam blog ni (tapi tak banyak sangat) sebab I olls sendiri tak berapa suka nak upload gambar-gambar personal gathering kami kerana hakikat gambar kami semua selalu berposing secara haiwan atau binatang.  Tak sesuai untuk khalayak umum.

Baru-baru ni kami punya gathering,  campur dengan jemputan istimewa adalah dalam 30 orang.  Kami buat BBQ pastu Nizal Ashriff tauke A Ghaffoor Martabak Original telah mengsponsor briyani ayam dan pulut kaya.  Pastu kawan-kawan lain datang bawakla macam-macam buah tangan seperti air,  buah-buahan dan dadih pencuci mulut.

Thanks semua yang sudi mai dan sudi memeriahkan majlis.  Bersama ini I olls layurkan beberapa keping gambar kami yang semestinya tak berapa nak haiwan sangat dan sesuai ditatap oleh orang awam.

Love ampa semua!

Ini orang Penang panggil Pulut Kaya.  Actually dia macam Seri Muka cumanya kami punya style,  yang warna hijau tu (sekaya santan and pandan) dimasak lembek and boleh dicedok dan dimakan bersama pulut kukus.  Encik Khafi kata,  ini kisahnya orang Penang salah masak.  So dia nak cover line sebab tersalah masak,  dia cakap la ini resepi baru nama Pulut Kaya.  Celakes.



Ini adalah ubi goreng dengan telur.  Ini masakan kegemaran orang Boyan.  Makan untuk breakfast,  untuk makan petang atau bila bila masak.  Ini yang I olls masak,  tapi habis dulu.  (Sebab masak sikit jer...hehehe).  Aku pernah share resepi ni dalam blog dak?


Ini cabonara ala Chef Ezal.  Nanti we olls share resepi.  Sedap makan dengan chillied oil yang beliau buat.  



Ini special Briyani Kambing,  acar,  sayur jelatah and dalca from A Ghaffoor Martabak Original  Thanks Nizal sebab sponsor.



Selfiaq dengan Abang Maniap di belakang.



Kepada kawan-kawan Chef Ezal,  suprise.....inilah bakalnya........Nak tau lebih lanjut.  Tanyalah empunya badan.

2 comments:

  1. Selamat Hari Raya Jumie...oh first time baca pulut kaya tu...tah tah betul tak apa laki hang cakap tu...hahaha...

    ReplyDelete
  2. Assalam kak jumie,

    selamat hari raya! nak mintak resepi kentang telur tu boleh? sebab saya suka makan kentang mihmih.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...