13.7.15

Menulis Buku Sendiri

Sorry u olls,  takdak la maknanya aku nak cerita pasai persiapan raya kerana hakikat sejak menikahi suami ku yang sangat cool dan sederhana orangnya,  aku punya persiapan raya sangatlah sederhana dan kalau nak cerita kat ampa mesti memboringkan.

So aku nak cerita pasai pengalaman menulis buku sendiri.  YEBBA ewah.


Anak ayam ni nama Taufiq Helios,  masa contact nak beli buku dia kata "Kak Jumie...nanti sign dengan lukis bunga sekali k"  CHALLENGE ACCEPTED.  HAHAHAHAHA


First of all nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan yang dah beli buku CHABAI.  Sapa yang tak beli lagi,  lepas raya ni ampa mai beli lajiu lajiu na.



Lani I olls duk gigih menulis buku sendiri.  Kalau buku Chabai menampilkan himpunan 10 cerpen daripada 9 penulis,  insya allah buku pertama I olls nanti terdiri daripada 20 cerpen hasil nukilan I olls seorang.  Editor Taro Press pun sudah memberikan dateline yang tidak berapa jauh dari tarikh sekarang ni.  Dia kata "Tengok gaya hang ni aku kena bagi dateline...kalau tidak hancus"





Takpa aku sahur cabaran itu.  Ampa doakan aku mendapat anugerah dari Allah agar berlapang dada,  ringan otak,  banyak inspirasi untuk memudahkan tugas yang aku paling enjoy di dunia ini.  Kalau ikutkan hati u olls,  aku nak tinggal semua benda,  aku nak pi mana-mana kawasan sunyi dan meletops dan aku nak menulis tanpa henti.  Kecuali bila lapar,  kenalah pi cari makanan.



Sebenarnya kan,  sejak buku Chabai tu keluar,  semangat dan keyakinan aku untuk menulis amatlah membuak-buak.  Family aku,  adik kakak abang,  sepupu sepapat semua pakat beli buku kami.  Dan paling menerujakan apabila orang mintak sign buku.  HAHAHAHAH siriesly aku syiokkkkkkkkkkkkkk okeeh.  Rasa macam tahap Beyonce dah ni.  All the singgel ledis...all the singgel ledis.



Dan secara tak semena-mena,  kat sini aku boleh tengok the real supporter.  Yang walaupun tak kenal dan tak pernah jumpa,  ada ramai kawan-kawan FB / Blog yang contact I olls dan menyatakan keterujaan untuk membagi support dengan membeli buku Chabai ini.  Walaupun u olls duk sibuk nak raya apa semua,  ampa sanggup menyumbang kepada penjualan buku kami.  Thank you so much ampa semua!!  Aku harap ampa semua berpuas hati dengan cerita yang kami semua sampaikan.



Buku seterusnya ini,  insya Allah aku nak namakan sebagai Himpunan Cerita Marhayam.  Dalam buku ni ada macam-macam cerita,  dari pengalaman aku dan teman-teman yang sudi memberikan kebenaran kepada aku untuk menaskahkan cerita mereka untuk tatapan kita semua.  Siriesly,  inilah hadiah paling bermakna yang bagi aku daripada seorang insan bernama kawan.





Cerita ini ada yang pasai pompuan agam,  pasai PLU,  pasai kakak zornen,  pasai marhayam itu sendiri.   Tapi biasalah,  cerita aku bak kata seorang teman "Mesti cerita ponen-ponen kan?"  Yes,  memang cerita ponen-ponen.  Dah aku pun wanita yang diponenkan,  haruslah cerita itu mencerminkan peribadi penulis itu sendiri.  Senang bercerita tentang dunia yang aku kenali.



Dalam Chabai ampa mesti dah baca Kisah Hati Vol 2.0.  Ampa tunggu nanti Kisah Hati 3.0.  Aku duk feeling,  kalau diizinkan olehNya lepas ni kalau aku nak tulis novel pastinya kisah itu aku kembangkan daripada cerpen-cerpen dalam buku ini.



Ampa doakanlah semuanya berjalan lancar.  Dan sapa-sapa nak hadiahkan cerita,  amatlah dialu-alukan.  :)



ps/  kalau tak cukup 20 cerita....hang marah aku dak Patimah?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...