2.7.15

Perasaan Mendapat Anak





"Wehsss buku dah siap ka?"

"Aku on the way nak pi office printer.  Satgi apa-apa aku WhatsApp hang,"  hati aku dah bergetar-getar.  Dalam kesibukan menolong kakak ku Sanita menyiapkan tempahan Kuih Kacang Mazola aku duk feeling sat menantikan khabar berita daripada Patimah and Azrul selaku orang yang bertanggungjawab dalam Taro Press.  Syarikat yang menguruskan penerbitan buku pertama kami,  Cha Bai.

Habis semua sesi membuat kuih kacang malam tu,  dalam perjalanan balik (suami I olls mai amik dengan kereta),  I olls pun duk duk check it out kat page FB Taro Press.

NENJIAAAAAAAAAAAAAAAA depa post dah gambar printer kami duk pegang buku yang pertama!!  Fresh from the machine.

Aku punya kernyihhhhhhhhhhhhhhhhh sorang sorang tengok phone.  Hati aku berbunga-bunga.  Rasa macam sungguh istimewa sekali.  Puas,  happy,  eksaited,  dan macam-macam perasaan lagi duk mai dalam hati aku.  Alhamdulillah,  walaupun buku ini adalah penerbitan bersama teman-teman penulis yang lain,  tapi bagi aku,  untuk tengok nama aku sendiri dalam sebuah BUKU dengan kod ISBN tersendiri adalah something yang amat istimewa sekali.

Walaupun kita dah tulis blog beribu posting,  tapi aku tak sangka kepuasan apabila melihat nama sendiri atas buku bercetak adalah amat istimewa sekali.  Esok tu,  masa Subuh aku punya duk doa panjanglah seronok u olls.  Bersyukur kepada Allah kerana salah satu impian aku,  impian kami dah tercapai.




Abam ni nama dia Azmi.  Aku panggil dia Mie Karipap.  X USM yang lani dah bekerjayarama.  Walaupun kami jarang jumpa tapi siriesly aku terharu dia sudi bagi sapot.  Thanks my fren.  Salah silap apa dalam buku kami ni,  harap lebih kurang halal na.  


Kalau macam nilah perasaannya yang aku dapat hanya kerana buku kami berjaya dilahirkan,  aku tak dapat nak bayangkan perasaan macam mana kalau mendapat anak?  Im sure perasaan itu lebih dahsyat hebat gembiranya. Maha dahsyatnya Ya Allah boleh cipta ranging perasaan maknusia ni dari paling serr dan paling sempoi.  Tuning yang sangat pelbagai. Kita sebagai hambanya, tak semestinya tak akan dapat rasa semua tahap tahap laras perasaan ini.  Mungkin paling bawah,  mungkin terpaling atas,  satu rahsia yang hanya hang dan maha suci Allah yang tahu.

Kesederan ini membuatkan aku menghargai nilai nilai perasaan ini,   biar terendah,  biar tertinggi.

Aku harap ampa semua sudi menyapot kami untuk membeli buku Chabai kami ni.  Buku ini adalah terhad dan khas.  Tidak dijual di toko toko buku utama.  So kalau nak beli,  ampa kena contact I olls personally,  dari penulis-penulis lain dalam Chabai ataupun nombor-nombor pengedar lain yang terdapat di page Taro Press.

Tapi ampa mai la beli kat aku sebab kami dah buat pack (janji),  sapa yang jual buku paling sikik,  orang tu kena menyanyi feeling retis kat groundfloor Queensbay.

HAHAHAHAHAHAHAHA aku takmiauuuuuuuuuu nyanyi di halayak ramai.  Aku lani dah berhijab,  perangai nak kena jaga elok.  HAHAHAHAHAH

Cepat-cepatlah mai buat order sebab jumlah buku adalah terhad.....jangan satgi dah habis,  ampa baru hegehs nak mesej I olls "Laaaa kak......aritu saya terlepaihhh nak order...." harammmm betui ampa ni.  Sapa suruh tak baca blog aku ari ari.

WHATSAPP JUMIE  012-413 0060

Harga buku Chabai RM20 (tidak termasuk kos penghantaran)


Thank you Chin Chin.  Aku hadiahkan senaskah buku kami ini untuk beliau.  Chin Chin happy gila masa dapat buku and siap suruh aku SIGN.  hahahahaha haree la aku sampai lani ketaq tangan bila orang suruh sign buku.  Aku harap satu hari,  Chin Chin pulak sign buku dia untuk aku :) (Chin Chin yang tengah dalam gambar,  aunty baju pink tu mak beliau)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...