15.7.15

Pesanan Khas Menjelang Raya

Assalamualaikum u olls semua,

Wah kerlas semua dah start cuti kerja dah?  Amboi amboi seronok ampa nah.  Tapi takpa...walaupun ampa nak cuti,  ampa masih sudi nak menjengah blog I olls yang sendu ini.

Nak ucap terima kasih kepada u olls-u olls yang hantar kat raya kat I olls.  Ada yang I olls dah tak sempat nak balas,  takpa,  raya kan sebulan,  after cuti raya I will post kat u olls juga.

Juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pembeli kuih raya JUMIESS COOKIES untuk raya tahun ini,  THANK YOU SANGAT SANGAT.  Kepada u olls yang terlambat order dan tak dapat membeli JUMIESS COOKIES,  jangan risau,  kuih kami dijual sepanjang tahun,  bukan raya sahaja.

Okay,  sempena nak raya ni.  I olls nak buat artikel khas sebagai pesanan kepada diri sendiri dan juga u olls semua diluar sana.  Semoga dengan tips-tips dan pesanan ringkas ini dapat mengindahkan lagi suasana Aidilfitri yang mulia ini ketika bersama dengan orang-orang yang kita sayang.







Elakkan Tanya Soalan Jodoh dan Zuriat
I olls ada terbaca mesej pesanan ini dan nak requote masuk dalam this artikel.  Pesanan ini adalah yang amat penting sekali.  Kepada ibu-ibu,  mak mentua,  makcik,  mak sedara,  kakak sepupu,  dan semua-semua sekali lah,  kalau bertemu dengan si anak-anak / anak menakan elakkanlah bertanya soalan yang menyakitkan hati iaitu soal zuriat dan jodoh.

Fikirkanlah perasaan orang tu juga,  siapa yang tak mau anak?  Siapa yang tak mau bernikah dan berbahagia bersama pasangan tercinta di hari bahagia?  Tapi mungkin belum sampai rezeki mereka lagi.

Macam I olls ni,  dah pekak tuli dah bab-bab soal BILA NAK DAPAT ANAK NI?  Dah redha u olls.  1000 orang tanya pun I olls boleh jawab senyum kata takdak rezeki lagi.  Tapi tak semua orang boleh buat macam tu.  Semua orang ada jalan cerita masing-masing.

Alternatifnya,  why not cakap macam ni "You olls takdak zuriat lagi ka?  Takpalah...Mak Nab mendoakan ampa mendapat zuriat yang sihat belaka di masa hadapan,"

atau pun "Zaiton,  hang toksah duk raplah la pasai menikah tu.  Hang ingat orang menikah tu bahagia ka semuanya?  Tapi takpa....Abang Lan tetap doa hang murah rezeki dan mudah segala urusan hidup,"

AMIN.  Dak ka elok lagu tu?  Secara otomatik orang pun lebih respek dan sayang pada kita kerana kita tidak mengeluarkan kata-kata kampungan yang menyakitkan hati.

Kalau hat stok makcik-makcik and pakcik-pakcik mulut besiaq duk tanya soalan lazer macam ni aku paham sangat dah.  Itu memang dah template sifat depa.  Tapi hat duk mai muda-muda sama umur macam kita,  tapi duk feeling tanya soalan-soalan JODOH dan ZURIAT kat kita bila berjumpa,  serupa macam depa dah perfect sangat sebab dah berlaki dan beranak.  Aiiyoo yang ni aku tak tau nak kata apa dah.

Hat tu semua rezeki dan ketentuan Allah,  sedang kita berdamai hati terima qada dan qadar pasaipa hang pulak nak kena jadi shaitonirojim bertanya soalan yang menggugat iman orang lain?  Tak guna tutup aurat,  jadi AJK surau apa bagai.


Sembang Topik Yang Baik 
Bila dah berkumpul ni,  mestilah kita nak bersembang dan ber-catching-up dengan sanak saudara.  Maka time nilah baru kita nak tau perkembangan terkini tentang saudara kita tu.  So apa sahaja yang dia share especially bab-bab personal seperti nak beli rumah / nak beranak kat mana / nak kerja kat mana?  BOLEH DAK AMPA JANGAN DUK TOKOK TAMBAH DENGAN KOMEN MERAPU YANG MENYAKITKAN HATI.

Sebagai contoh,  "Zah..hang nanti plan nak beranak mana?  Aku tengok perut hang duk mai besar dah ni?"tanya Kak Imah.

"Aku ingat aku nak beranak kat hospital kerajaan saja.  Lagipun hospital kerajaan lani dah elok semuanya,"  jawab Zah.

"Eeeee apa kelasss beranak hospital kerajaan.  Awat laki hang takdak duit ka nak bayar bill spital hang?  Laki hang tu malaih kerja la tu..."

"Eh....takdak aih.  Kami ada ja duit.  Tengokla macam mana nanti.  Kalau semuanya okay,  takdak complication ka,  kami pi beranak la kat Hospital Swasta tu,"

"Laaa...hang jangan laa duk cari pasai pi beranak Hospital Swasta ni.  Satgi hang pi beranak ada masalah apa ka,  mula lah hospital nak cas hang macam-macam.  Satgi bill banyak.  Beban ampa saja,"

Nampak dak sikap Kak Imah ni lagu mana?  Jangan jadi macam Kak Imah.  Semua benda dia nak komen.  Tak semestinya kita bagi komen banyak,  maknanya kita pandai.  Jadi pendengar sudah lah.  Meskipun, yang bercerita itu bercakap benda 'besar-besar' macam nak mai riak kat kita,  kita sebagai Kak Zah dengar sudahlah.

I olls selalu mengadu kat my husband,  "I rimaihla kawan I tu.  Kalau bersembang asyik nak tunjuk kekayaan dan kemewahan dia sahaja.  Bongkaknya,"  then my husband akan menjawab "Ala dengar sudahlah.  Jangan cakap apa-apa.  Sebab sebenarnya dia takdak apa pun,  dia ada benda tu saja nak cerita kat hang,"

Ampa paham maksud itu?



Jangan Buat Mak Macam Orang Gaji and Orang Gaji Macam Hamba
Ini nak khaskan kepada anak-anak menantu yang balik beraya di rumah keluarga mentua.  Kalau kat rumah sendiri,  I olls understand that sometime mak tu sndiri pun gigih nak siap macam-macam untuk anak sendiri yang lama tak jumpa.  Tapi ini tidak bermakna kita boleh ambil kesempatan dan berlagak macam mem besar di rumah.

Rajinkanlah diri untuk volunteer menyediakan makan pagi / makan malam for the whole family.  Dah susah-susah tak larat nak masak pun,  pi la keluar beli roti canai kat maplei ke?

Dan bila dah berkumpul raya di rumah mentua tu,  jaga tingkah laku anak-anak.  Jangan duk biar anak buas macam apa sahaja sampai habis rumah mak mentua kita bersepah sepai.

Rajin-rajin juga membantu untuk mengemas rumah dan membasuh pakaian sendiri bila bertandang ke rumah mentua.  Pendek kata,  janganlah duk buat macam rumah mak mentua ampa tu macam hotel.

Sama-samalah bergotong royong buat kerja apa yang patut.  And kalaupun mak mentua ampa tu ada maid,  janganlah duk buat maid tu jadi macam hamba abdi.  HEYY!!  Dia pun nak raya u olls.  Bayangkan kalau pada hari biasa,  kat rumah tu ada 3-4 orang.  Tapi pada hari raya,  ada 10-12 orang.  Kesian kat maid tu nak kena siapkan semua benda.  Yang ampa pun,  punya feeling mem besar sampai suami nak minum air milo pun suruh maid bancuhkan.

Ini adalah satu perkongsian I olls dapat dalam WhatsApp,  who ever wrote this,  thank you so much!  I olls rasa apa yang beliau tulis ni merangkumi segala hal sekali.  So ampa semua dah besar panjang kan,  pandai-pandai la atur.

Pesan mak/mak mertua kpd anak dan menantu:
1. Mak bukan org gaji yg kena sediakan juadah utk korang anak beranak
2. Mak bukan org gaji yg nak kena kemas tempat tido korang anak beranak.
3. Rumah mak bukan padang pemainan, jadi kawal anak2 kamu
4. Mak bukan isteri perdana menteri yg ada simpanan berjuta utk sponsor makanan raya kpd korang anak beranak....
5. Mak bukan ada kedai dobi utk basuh segala cadar yg ditinggalkan lepas raya nanti. Pandai2 lah cuci dulu sebelum balik...
6. Rumah mak bukan dewan parlimen, dimana ipar duai nak kecik hati sesama.
7. Rumah mak.bukan hotel, taulah korang dah bagi duit raya sorang rm500....jadi ringan2kan diri utk bantu keja di dapur..
8. Jagalah aurat di rumah mak. Masa ni ipar duai yg bukan mahram pun ada...
9. Jaga pergaulan antara anak2 kamu semua dgn sepupu mereka....ingat sepupu lelaki dan perempuan bukan mahram...
10. Last...rumah mak ni bukan studio gambar ye....jadi janganlah sibuk nak rakam gambar famili di pagi2 raya sampaikan lupa nak ziarah rumah jiran2....
Yang ikhlas,
Mertuamu, mertuaku




I think,  ini sahajalah pesanan ringkas yang boleh I olls ingatkan kepada ampa semua.  Hari raya ini,  kita buatlah yang terbaik agar bertambah keindahannya.  Janganlah kerana perbuatan kecil kita mengundang kenangan pahit untuk kita dan insan-insan yang tersayang.

Dikesempatan ini I olls ingin mengucapkan selamat hari raya,  maaf zahir dan batin.  Sekiranya ada apa yang tertulis dalam blog I olls ini yang ada mengguriskan hati ampa,  mohon maafkan saya.  Tidak ada niat jahat nak sakitkan hati sapa-sapa,  sekadar perkongsian untuk muhasabah bersama.

Dengan ingatan tulis ikhlas,  salam Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

from
Kamarulhafiz and Jumie serta seisi keluarga


3 comments:

  1. salam kak jumie..selamat hari raya..nanti akak pergi raya rumah abderrahman x? rindu budak tecit tu..... kalau ada akak up story diorg sikit boleh???? 17 Julai .... setahun berlalu...

    ReplyDelete
  2. tambah pesanan...jangan main hp kalo pegi beraya umah orang haha...or jgn biadap mintak password wifi...hahaha...selamat hari raya jumie and family...

    ReplyDelete
  3. taw x pa kak jumie oi..... sya ada kakak ipaq yang sangat penyegan smpi kdag2 sya sound ja..dok bt mak saya mcm org gji 41 depa..hampes

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...