2.7.15

Pilihan Shopping Raya 2015

Screenshot Google.


Hello u olls,

Apa habar semua?  Ampa semua dah start shopping baju raya ka?  Akak ni ada la beli selai hari tu,  sebab nak attend dinner Adikarma.  Memandangkan dress itu agak rat-rat harganya,  maka suami yang memberikan duit menjeling ke arah aku dan berkata "Ni kira baju raya la sekali,"  HARIAMMMMMMMMMM la deni kedekut.  Tapi takpalah,  aku tak kisah dia duk buat ranggi depan kakak penjual kat butik XL kat BJ Kompleks tu.  Lepaih ni kalau aku pi beli sembunyi-sembunyi dia bukan tau. Lani online shopping belambak,  aku click click,  barang sampai,  simpan la kat opis.  HAHAHA

Lani option membeli baju raya adalah sangat sangat banyak pilihannya.  Tapi dua pilihan utama adalah satu,  pi beli kat kedai,  dua pi beli kat online.  So hari ni aku nak cakap pasai shopping online lah dulu.

Semalam kawan I olls Nurazreena Life is a Big Canvas nenjia punya duk story and share semua baju baju dia duk beli online kat Zalora.  Dahsyat beliau ni duk beli banyak baju online.  Sejak dulu,  aku memang stalker hebat beliau kerana suka tengok cara dia membuat pilihan fashion melalui gambar yang dia share dalam IG dan FB.  So semalam melalui Fb postingnya,  dia banyak share tentang pengalaman,  perasaan dan tips bershopping secara online,  sekali tunjuk gambar-gambar baju dia semua.  Pasai pa aku suka stalk beliau?  Selain sebab aku dengki dia kecik molek badan senang nak cari baju,  aku adalah kagum dengan taste beliau.

Quote balik kata-kata Mama Regina,  "Taste...semua orang ada taste fesyen.  Ramlah Ram pun ada taste fesyen,"

HAAAAAA......ko paham dak?  So Nurazreena for me mempunyai taste fesyen yang baik.  Dia suka something yang nampak mahal,  eksklusif (tak semestinya mahal pada harga),  corak dan paten yang sesuai dengan susuk tubuhnya,  dan yes pilihan warna yang for me dia sangat suka 'spring colours'.

Ampa nak tau sangat sangat taste dia macam mana,  sila stalk blog beliau sendiri Life is a Big Canvas.





Sorry punya panjang duk cerita pasai Nurazreena,  sebenarnya I olls nak buat review pasai penjualan koleksi fesyen raya oleh para pereka Malaysia yang lani berlumba-lumba menjual hasil seni mereka melalui laman sosial milik syarikat sendiri atau laman web fesyen ternama di Malaysia.  Dr.  Pitt pun pesan dengan gigihnya "Jumie I rasa u kena pi check it out semua koleksi fesyen depa dan buat review.  Kalau boleh bagi tips juga kepada para pembaca hang macam mana nak buat pilihan dengan tepat,"

Thanks Dr.  Pitt!!

Tapi kan u olls,  nak buat lagu mana?  Kalau aku nak buat research lagu tu,  mau nak kena makan masa sehari suntuk jugak.  Nak buat penyusunan gambar apa bagai dah masok 3 -4 jam.  Ampa pun tau kan,  aku kalau buat review lagu mana.

Buat masa lani,  aku tak berapa sempat nak buat,  setakat luah masa sejam lepas Subuh and before pi kerja ni boleh la.  Malam-malam lani duk sibuk menggelintir Kuih Kacang Mazola by Jumiess kat ampa.  Sebab Alhamdulillah tempahan raya sangat meletops,  I olls perlulah memberikan support kepada business kakak I olls itu.

Takpalah,  produksi kami nak dekat habis dah.  Minggu depan kami nak start distribute kat ampa semua.  Bila dah siap semua nanti,  aku akan gigih memberikan ulasan fesyen kat ampa nah.  But one thing aku nak cakap pasai koleksi fesyen oleh pereka fesyen tanah air,  TAKDAK SATU PUN KOLEKSI KHAS UNTUK WANITA AGAM!!  Sentap sat!!!

Mungkin nak kena tunggu I olls keluar koleksi fesyen I olls sendiri khas untuk wanita agams!!  Projek tahun depan.  Insya Allah.  Proposal dah ada, doakan projek ni menjadi.  Kalau I olls keluar line fesyen sendiri,  aku harap ampa berikan sokongan na!

Sekian!!

4 comments:

  1. pls pls pls plssssssss keluarkan pesen baju utk wanita agam yg affordable hehehehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. no design mokcik2 plis... la ni asal baju wanita agam, design mcm usia nak jejak 80 taun punya baju.. phuih! kami tau taste jumie.. kami sokong jumie!!! <3

      Delete
  3. Jumi, please come put with your own clothing brand, dedicated to Plus size ppl
    I pon tengah planning nak buat baju plus size for guy.
    Wish me luck?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...