29.7.15

Sedekah RM10

Hello u olls semua,

Dikesempatan majlis BBQ di rumah tempoh hari,  dapatlah peluang menjemput Encik Mahathir and Miss Basirah bakal pengantin yang semua barangan kahwinnya hangus dijilat api.  I olls ada warwarkan dalam Facebook kerana tragedi ini berlaku pada 11 Ramadhan and memang perlukan bantuan daripada semua orang ramai.  Alhamdulillah,  ini adalah perkongsian daripada Mahathir dan Basirah selepas mesej tentang keperluan bantuan untuk mereka telah diwarwarkan oleh para sahabat dan sanak saudara.



Actually bukan I olls sahaja yang tolong post dalam Facebook,  ampa semua yang tolong share jugak, and sejak hari kejadian,  Mahathir yang lebih dikenali dengan nama Jay atau Matt juga mengatakan yang depa ni sampai dah naik segan bila nak berjumpa kawan and adik beradik.  Tau dak pasaipa?  Sebab kalau jumpa sahaja,  orang akan hulur duit sedekah.

Sejak hari pertama lagi,  sumbangan yang diterima daripada orang ramai adalah amat baik sekali.  Depa satu family terharu sampai tak tau nak cakap macam mana.  Dan sumbangan yang masuk ni,  bukan sahaja dari teman rapat dan keluarga,  malah daripada orang yang langsung tidak dikenali.  Tidak mengira bangsa dan agama.  Even dari luar negeri pun ada,  Johor,  Negeri Sembilan dan macam-macam tempat lagi.

Masa sembang dengan Jay baru - baru,  memang perasaan terima kasih dan bersyukur yang ada dalam hati dia ni punya banyak sampai tak boleh nak terlafaz dengan kata-kata.



Gambar rumah jiran di mana kebakaran sedang dijilat api.  Api dikatakan bermula daripada rumah ini.  Punca kebakaran masih disiasat.


Beberapa jam selepas kejadian,  api dari rumah sebelah telah merebak dan menyambar bumbung stor rumah kawan saya.  Ketika kejadian,  Mak Yam berada dalam rumah sedang menonton TV.  Ketika itu,  api belum merebak ke rumah mereka lagi.  Seorang pomen berbangsa Cina yang bekerja di kawasan berdekatan telah nampak kebakaran dari rumah pertama,  rumah itu memang tidak ada sapa-sapa yang duduk kecuali seorang pemilik rumah yang akan balik ke rumah itu setiap petang untuk menyapu dan membakar sampah.

Pomen Cina tu yang masuk ke dalam rumah kawan saya dan memanggil Mak Yam keluar.  Kalau bukan sebab lelaki Cina ni,  tak tau la apa nasib Mak Yam kat dalam rumah tu.





Gambar selepas seminggu kejadian.  Kawasan rumah yang sudah terbakar sudah dibersihkan sedikit demi sedikit.  Tapi,  banyak barang sudah tidak dapat diselamatkan.  






Tinggal kenangan.  Telefon lama yang digunakan oleh arwah bapak Haleesa ketika menjaga kontrek dengan Telekom.


Oleh kerana Jay sendiri membenarkan nombor telefon peribadi beliau dikongsikan kepada orang ramai untuk menghubungi beliau so secara tak langsung lebih mudah orang ramai sendiri contact beliau and memaklumkan yang sumbangan sedang disalurkan.  And aku sangat-sangat respect kegigihan dan kekuatan Jay and family untuk balas setiap mesej and calls yang masuk and tanya tentang khabar depa.  I think because keterbukaan ini membuatkan orang ramai lebih mudah nak menyalurkan bantuan.

Pastu Jay ada share something yang betul betul menginsafkan diri aku.

Dia kata "Ada orang yang mesej Jay depa kata......En.  Mahathir...saya bank in dulu duit ni.  Nanti kalau saya ada lebih bulan ni saya akan bank in lagi.  Jumie tau dak dia bank in berapa?  RM10 sahaja.  Ya Allah Jay macam nak menangis and tak tau nak jawab apa?  Bayangkan kalau itulah the only RM10 yang dia ada untuk dia dan family.  Tapi dia bagi juga untuk kami sebab kami memerlukan?"

Aku macam nak menitik ayaq mata dengar cerita Jay.  Aku teringat dulu aku pernah mencarut dalam blog aku tentang orang-orang yang pi kenduri and hanya bagi duit kenduri seringgit or dua ringgit.  Ya Allah kejam dan bodohnya aku berkata macam tu.  Bayangkan kalau itulah hanya duit yang depa ada?  And depa masih jugak nak bersedekah kepada keluarga kenduri.

Aku rasa malu dengan diri aku.  Aku tulis artikel tu secara tak langsung macam aku nak kata yang sedekah orang RM2 tu adalah hina dan tak layak langsung.  Aku tak delete pun artikel tu lagi dalam blog aku ni,  sapa rajin boleh pi carik blogpost tu.

Tulah,  bila kita duk senang dan bahagia,  kita ada di atas,  kita tak nampak macam mana susahnya orang yang ada di bawah.  Perspektif kita sempit dengan dunia kita sendiri sahaja.  Kita hilang hormat dan menilai dunia dengan kuantiti,  bukan kualiti.  Satu penampar besar untuk diri aku sendiri.






Ermmmm had tudung pelangi tu Kak Mah.  Orang mai bawak ziarah kebakaran,  dia duk sibuk mintak daun inai kat Mak Yam.  Hariammm betui.





Sesi bersembang dengan Mak Yam.  Tengok aksi aku yang agak gangsterisme.  Siap angkat sebelah kaki.






 Menyerahkan sumbangan ikhlas daripada warga Pejabat Antarabangsa USM,  Institusi Pengajian Siswazah USM dan juga PP Perumahan,  Bangunan dan Perancangan USM.




Akhir cerita,  aku just nak ucap terima kasih kepada semua yang sama-sama tolong sedekah untuk kawan aku Jay,  Haleesa and seisi keluarga.  Depa lani ada duduk rumah sewa berdekatan dengan kawasan rumah asal mereka,  rumah asal depa lani dah dibersihkan and bila masa sesuai nanti depa akan bina rumah baru.  Mak Yam hari tu ada kata kat aku,  nanti rumah baru dah siap depa nak buat open house and jemput semuaaaa orang yang duk bagi hadiah kat depa semua.

Sebab ampa tau dak,  bukan saja orang bank in,  jiran tetangga,  pemimpin,  cikgu cikgu sekolah Munshi,  and sapa-sapa saja pun orang Penang ka mana-mana pun yang tak kenai pun,  depa akan mai melawat rumah depa yang terbakar ni and sambil melawat depa akan bagi duit.  Memang untuk pengetahuan ampa pun,  Jay and family setiap hari from pagi sampai malam memang akan duduk kat rumah depa yang terbakar ni untuk memantau aktiviti pembersihan.

Nah nak share beberapa gambar dengan ampa.

Banner yang dilekatkan depan rumah mereka sempena hari raya.

2 comments:

  1. I have friend...every gaji dia masuk kan RM10 kat few account orang orang susah...dia cakap dia tak mampu bagi banyak so dia harap dengan RM10 dia tu dapat lah tambah tambah dengan derma orang lain sekali...hujung bulan je dia check kat fb mana mana orang yang dia rasa perlukan bantuan tu...sebab sekarang kan orang viralkan jer...sikit banyak sedekah dia tu...tetap besar nilainya kat orang yang menerima kan...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...