29.7.15

Tasteful Life : Rancangan Kembara Makanan Yang Best



Hello u olls,

Aku nak share dengan ampa semua tentang satu rancangan tentang food and travel "kembara dan makanan" yang best iaitu Tasteful Life kat Astro.  Aku tak ingat channel apa tapi kalau tak salah Living Inspired HD.  Maaf sebab aku dah google sana sini pasai rancangan ni tetapi semuanya ditulis dalam bahasa Mandarin.  Sapa-sapa yang pandai baca Mandarin boleh pi check it out sendiri.

Aku tak tau rancangan ini terbitan syarikat tempatan atau macam mana tapi yang pastinya rancangan kembara makanan ini bagi aku sangat bagus oleh sebab beberapa cirinya yang menarik.  Rancangan kembara makanan ini seharusnya harus ditonton oleh orang Melayu especially yang duk tengok rancangan Astro Ria and Astro Prima memanjang.  Macam haram saja tak habis habis cerita Hantu Bungkus Ikat Tepi,  Nasi Tangat Ikat Tepi,  Kuch Kuch Hota Hai Ikat Semua.

I came across about this rancangan sebab aku tertengok iklan about rancangan ini dalam Astro.  Selepasnya menontonya,  aku sangat suka dan puas hati dengan cara bagaimana kisah sebuah perniagaan makanan dijalankan diabadikan dalam rancangan ini.  Depa bukan mengejar nak cerita pasai restaurant hebat yang dapat banyak anugerah,  apatah lagi restaurant mahal yang hanya dipergi oleh orang kaya-kaya,  tapi depa ni capture 'kehidupan' yang berlaku disebalik sesebuah kedai makanan.

Kerana kehidupan tu memang betui.  Takdak berlakon,  bukan scripted,  depa cerita realiti orang berniaga.  Susah dan senang.  Tak semua orang ada cerita yang membahagiakan.  Contohnya dalam episod The Brothers menceritakan bagaimana dua bersaudara terpisah dalam episod meneruskan perniagaan yang diwarisi daripada ayah mereka iaitu Restaurant See Kong Ooi di Transfer Road.  Macam mana si abang yang dulu pi sambung belajar luar negara,  balik Malaysia dia kena tolong bapak dia meniaga,  pastu adik dia sort of 'betray' dan pi bukak kedai sendiri di Paya Terubong and lani dia meniaga tak berapa laku.  Adik dia meniaga laku.







Satu lagi cerita pasai restoren Erawan kat KL.  Restoren ni adalah Thai Fusion.  Yang ni style restoren fine dinings ala meletops meletops lah.  Pengusaha restoren ni pun katanya adik beradik juga,  tapi sorang Siam,  sorang Chinese.  Aku rasa depa dorang ni couple aku.  Tapi tengok yang Siam tu,  dia yang chef,  dia masak Ya Allah punyalah nampak sedap ni.  Buat kari bubuh durian (Thai style la...kalau orang Perak kira gulai tempoyak la),  kerabu buah manggis.  Aiiiiiyooo sangat.  Aku teringin nak mai makan kat sini satu hari.  Tapi katanya kena book berbulan-bulan baru dapat mai makan kat sini.


Aku suka cara depa capture 'kehidupan' dalam rancangan ini.  Cara depa shot gambar,  sinematografi yang sangat baik.  Susunan cerita pun bagus.  Takdak kelangkabut dan merapu.  And pengetahuan yang disampaikan dalam rancangan ini juga sangat simple dan santai.

Sebagai orang Melayu,  rancangan ini juga memberi pintu istimewa kepada aku untuk explore dunia perniagaan makanan orang Cina di Malaysia.  Apakah cabarannya?  Apakah rentaknya?  Apakah jenis makanannya?  Aku belajar banyak benda dari menonton rancangan ini.




Okay,  ampa kalau rajin-rajin nanti tengoklah rancangan ni.  Lahir kat Malaysia,  tapi hang tak tau apa tu Bah Kut Teh.  Rasa macam ser sangat hang tu.  Bukan aku nak suruh ampa pi makan bengong oiiiih...tapi kalau kata kita ada kawan mai melawat dari Australia,  dia tanya "What is bah kut teh mate?"  Pastu hang bengong tak tau nak jawab.  Buat malu saja.

ps/  Samalah orang bangsa lain pun,  aku tanya ampa Lemang masak guna apa pun ampa sure tak tiau kan!  Haram kita semua rakyat Melesia bodoh dengan budaya saudara masing-masing.  Ignorance sangat kita ni.

Bacaan tambahan  :  http://axian.my/tasteful-life?start=20

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...