13.7.15

Tragedi Subway Di Bulan Ramadhan

Hello u olls,

Kisah ini telah berlaku kepada I olls dan seorang teman ketika bulan Ramadhan yang mulia beberapa tahun yang lampau.  Nak dijadikan cerita,  pada hari itu,  hari Jumaat.  Kami dua-dua orang tak boleh berpuasa.  Uzur u olls katanya.

So dua-dua berperangai shaitonnirojim,  kami pun membuat plan untuk keluar membeli LUNCH pada tengahari Ramadhon yang mulia itu.  So bila masuk sahaja waktu rehat hari Jumaat iaitu pukul 1215 pm,  kami pun bergegas keluar office.

"Kita nak pi mana?"

"Aku teringin makan SUBWAY.  Kita beli SUBWAY and bawak balik makan kat office diam-diam,"

"Nak pi SUBWAY mana?"  tanya Roslina lagi.  Ada beberapa cawangan SUBWAY yang dekat dengan USM.

"Aku rasa kita pi kat Bayan Baru punya sebab situ banyak Chinese and tak ramai orang USM.  HEHEHE,"  kata aku dengan muka jahat macam lembu.




So kami pun pi la SUBWAY.  Dengan muka tak malunya,  dah la dua dua muka style Melayu kampung haram ni.  Kalau nak kata muka kami Chinese look takpa jugak.  Lagi serr apabila kawan aku ni berhijab (aku ni tak pakai tudung lagi time tu).

Kami pun buat buat cool dan menengok apa yang nak diorder sambil beratur menunggu turn untuk membeli SUBWAY.  Bila sampai turn kami dua,  seorang adik Melayu lelaki yang mai serve kami,  pekerja Bangla tadi dia tukar turn la pulak.

"Kak nak order apa?"

Cooll...Cool....

"Erm......" aku dan kawan aku masih duk feeling membuat pilihan.  Belum sempat kami buat order sekali adik tu bersuara..

"Kak nak cuba tak menu RAMADHAN SPECIAL  kami...dengan harga RM10 sahaja dapat dengan air sekali,"

DEMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM

Kami pun terus mengangguk tanda setuju and lepas dapat order,  kami buat bayaran dan terus berjalan keluar SUBWAY tanpa bicara.  Masuk dalam kereta,  kami dorang punyalah gelak macam kena rasuk.  HAHAHAH siries malu wehs.  Teruih tak berapa rasa lapak nak makan SUBWAY.

Pengajaran cerita,  kalau pun uzur tak boleh puasa,  tapi cubalah menahan nafsu-nafsu lain.  Hormatilah bulan Ramadhan yang mulia ini.

4 comments:

  1. alamak jumie.. kita kalau tak puasa kita mmg selamba je beli makanan.. ahahaha..
    sbb bebudak opis ni semua pun mmg muka tak malu.. kekekeke

    ReplyDelete
  2. jumie..saya kalu x puasa tapi mmg dari kecik praktis mcm org puasa..duduk diam2 je kat opis x kata apa..sbb ptg buka puasa tu sama2 nak menyibuk kat meja makan..pasai apa tau..sbb dulu masa mula2 umur kami remaja dtg haid..bapak kami tu ckp siapa x puasa x yah mkn sekali or makanan utamakan utk org puasa..ye la..biar org puasa sentuh dulu..bkn apa..bapak kami nak ajar adik2 yg lum akil baligh tu puasa..pnh curi2 mkn kt dapur..then adik2 nmpk..kecoh sekampung kami x puasa..masa tu mls nak explain kat budak 8 thn apa itu uzur...sampai la ni dah anak 2 pun sama..suami pun x tau time bila kami uzur sbb kebetulan mmg bulan puasa kami kurang aktiviti suami isteri ni..jadi kami sahur mcm biasa..buka puasa mcm biasa..hahaha

    ReplyDelete
  3. Hahahaha! Kita segan kakak nak beli kat luar makanan. Biasanya kita memang prepare bawak dari rumah, biskut ke apa ke! Hehehe

    ReplyDelete
  4. hahhaha...saya pi beli Pelita nasi kandaq lagi? kakakakkaka muka kering jaaaaaaaaaaa :P

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...