Ulasan ANTM Cycle 22 Ep01 - Ep04

Hello u olls, sapa dah tengok ANTM Cycle 22 yang sekarang ni dah masuk episod ke empat. Seronoknya aku apabila cycle kali ini airing time dia sama dengan US. So takdak la aku bila nak kena buat research pasai ANTM and terpaksa tau apa sahaja keputusan terkini yang dah berlaku kat sana. Sapa menang dan sapa terkeluar. Lani aku akan tau sama time dengan apa yang Amerika tengok.



Lelaki dan Drama


Siriesly aku tak taula macam mana depa ni boleh pilih semua lelaki dalam show ni semua style drama teruk mengalahkan peserta perempuan. Bukan kata yang ala-ala lembut macam Devin and Bello, yang jantan sah sah straight macam Stefano and Mike pun nak hariam suka duk carik gaduh dengan girls. Yang si pekak tu pun Nyle pun sibuk mencarut peserta lain menggunakan apps kat handhone OPPO tajaan depa. HAHAHA.

Para peminat kat ANTM pun macam bara gila kat social media duk kutuk pasai semua jantan-jantan dalam episode kali ni. Depa kata terlalu drama sampai macam memboringkan.

For me, drama tu penting. Siriesly, pasai drama dalam ANTM nila yang membuatkan aku suka nak tengok. Perangai sekoq-sekoq macam siye. Sapa jahat, sapa busuk perut, sapa baik dan sapa baguih.

Sebab a part of all those cabaran pertandingan dan photoshoot, drama-drama ini jugak adalah cabaran kepada peserta. At the end of the day, yang paling penting sekali sapa yang mental dia paling kuat untuk bagi dia focus dan menang sampai last. 


  

Sent To Editor !!

Hari ini aku menarik nafas lega kerana akhirnya aku berjaya menyerahkan 11 naskah cerpen termasuk intro dan penutup untuk buku pertama yang I olls tulis iaitu Himpunan Cerita Marhayam.  Gila babs sungguhlah aku ingatkan lebih mudah menulis cerpen-cerpen ini sebab kisah-kisah yang lebih pendek dan tidak mendesak aku memerah hotak menulis cerita panjang yang tak taula boleh aku habiskan dengan baik.  Tapi haram jadas yang menyebabkan aku pening kepala adalah apabila 'habis sahaja satu cerita' aku pening memikirkan..."nak tulis cerita apa pulak?"

Aku habiskan ruang-ruang yang ada bersama kawan-kawan dan adik-beradik mengorek kisah dan cerita.  Macam mintak sedekah.  HAHAHAH.  Best jugak moments ni.  Tak sangka depa-depa ni kat keliling aku mempunyai cerita hebat.  Ada yang lawak.  Ada yang sedih.  Ada yang tragis.  So ada dalam kesempatan ini aku dah tulis dan masukkan dalam Himpunan Cerita Marhayam.  Yang belum sempat tu,  insya allah dalam ruang-ruang yang lain.


Teater Pocong Kampung Melayu 28 dan 29 Ogos 2015 Dewan Budaya USM

Hello u olls,

Long weekend are coming sebab cuti MERDEKA. Jomlah ajak kawan-kawan and adik beradik semua mai tengok persembahan teater komedi Teater Pocong Kampung Melayu pada 28 dan 29 Ogos (Jumaat dan Sabtu) jam 830 pm di Auditorium Dewan Budaya, USM.

Pas masuk adalah RM15 sahaja. Untuk tempahan sila hubungi 017-4571837 (Mantaro Handsome).

Dibintangi oleh Mamak Puteh Projek Komedi Warna,   Abu Mamu Maharaja Lawak Mega, Shazli Ekzos Maharaja Lawak Mega & ramai lagi.

Pocong Kampong Melayu mengisahkan tentang sebuah kampung yang berhadapan suatu masalah kehilangan seorang jenazah. Jenazah yang belum dikebumikan itu hilang secara tiba-tiba dan telah membingungkan segenap penduduk kampung. Pelbagai spekulasi telah timbul semasa proses pencarian jenazah tersebut. Konstabel Jabar bersama beberapa orang bomoh pula, telah menggunakan cara masing -masing bagi selesaikan masalah tersebut. Dalam masa yang sama, Kampong Melayu juga telah digemparkan dengan gangguan makhluk halus yang dikenali sebagai Pocong. Orang kampong mula mengaitkan kejadian pocong itu dengan kehilangan jenazah. Keadaan bertambah buruk, apabila abang Suhaimi meninggal dunia dan jenazahnya turut hilang. Saksikan Pocong Kampong Melayu di Dewan Budaya USM, Pulau Pinang bagi mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi dengan penduduk Kampong Melayu.



ps/ IM GOING ON FRIDAY!! So see u olls there!


Read more about it here  :  Persatuan Teater Resdongs

Stacy Masuk Islam



Semalam depa duk viral dah video Stacy mengucapkan dua kalimah syahadah.  Masa aku tengok rakaman tu kat Facebook,  aku sendiri pun terpikiak,  pasaipa video ni tak diambil properly.  Sebab this is a very meaning event,  someone is embracing a new religion in her life.  Bukan satu tindakan kecil.  Tapi aku pun tak pikiak panjangla.  Scroll bawah.  Artist masuk Islam,  so what?

Pastu,  keluar pulak statement from Akim yang pereng dengan tindakan orang yang menyebarkan video itu.  Katanya video itu diambil tanpa kebenaran.  Aku bersetuju dengan komen boss aku Cik Sue yang berkata "Apa nak kecoh-kecoh dalam Twitter?  Kalau I jadi Akim,  I sendiri pergi cepok sapa yang rakam video tu.  Pastu tu baru tulis dalam Twitter,"

HAHAH boss aku ni pompuan kejam dan ganas.

Manusia Bila Berada

Gambar curi dari MynewsHub.  Link di bawah.

Hello u olls,

Siriesly lama tak update blog.  Sorry sangat-sangat kat ampa semua.  Nombor 1,  aku duk pulun tulis buku aku bagi perabih berjudul Himpunan Cerita Marhayam and keduanya sebab aku sendiri takdak idea nak update apa.  Seems that semua kisah-kisah yang berlaku kat sekeliling aku ni macam dah pernah aku ulas dalam blog.  Pastu mai pulak kisah-kisah politik,  harga nilai ringgit kita dan bla bla bla.

Setiap hari sambil sibuk-sibuk di pejabat,  aku scroll jugak Facebook page dari atas ke bawah mencari idea dan inspirasi untuk menulis next post aku.  Rasanya macam bohsan juga buat kerja scroll down ni.  Sebab kalau ikutkan style aku,  memang aku ni pemalaih nak baca HOME FEED sebab kat situlah aku akan tengok benda benda merapu dan mulut akan tak berhenti berkata dan menambah dosa.

Tapi hari ini aku tertarik dengan dua posting yang dijadikan viral.

Nombor satu pasai Intan Farhana dan boyfriend mengutuk pasai ada couple depan depa naik motor untuk beli makanan segera kat drive-thru lane.

Nombor dua pasai posting Razak Rahim seorang cikgu yang menceritakan tentang kesusahan mengharungi hidupnya sebagai anak yatim piatu dalam mengejar cita-cita.


Dua posting ini menunjukkan dua jenis manusia dan bagaimana mereka menghargai hidup.



Happy Birthday Mama Regina


Dear Mama Regina,

Happy birthday to you.  Rasanya pernah tanya Birthday mama bila masa kita duk sembang-sembang,  tapi saya lupa nak catat.  (Sebab mama memang tidak letak tarikh birthday mama dalam Facebook untuk elak notifikasi memenuhi wall.  Satu lagi tindakan bijak oleh Mama).  Mungkin juga pergerakan agak kekok masa tu.  Sememangnya kalau depan mama,  pergerakan saya jadi kekok sebab saya segan dengan Mama.  

Mama seorang yang saya pandang sangat tinggi dalam hidup saya.  Biar ada yang berkata kepada saya "Hang ni pelik aih amik maknyah jadi idola?"  tapi saya diam sahaja.  Saya tidak pandai berbicara dengan orang bijak pandai.  

Saya pilih mama sebagai idola kerana walaupun dalam perkenalan kita yang singkat dan ringkas ini,  saya banyak belajar dengan mama dari hanya pemerhatian sahaja. Bagi orang lain mungkin mereka kagum dengan mama kerana kehebatan Mama di pentas,  penulisan buku-buku Mama yang terjual laris ataupun lukisan mama yang sering membawakan isu-isu kewanitaan yang unik.  

Tapi bagi saya,  Mama hebat bukan sahaja kerana bakat yang Mama miliki tetapi juga peribadi dan cara hidup Mama yang sungguh kuat dan lain dari yang lain.  You are very simple,  rendah diri.  Mama sangat bangga dan cara hidup 'tanpa jenama' yang bagi Mama amat memudahkan.  

Falsafah hidup Mama juga sama dengan cara hidup yang diamalkan iaitu beserdahana.  Saya kagum kerana walaupun Mama tidak suka mengata dan membuang masa dengan cerita gossip orang yang memeningkan namun jika ditanya,  Mama pantas memberikan jawapan yang ringkas tetapi tajam sekali.  Yang seringkali membuatkan akal saya berfikir secara betul dan tersenyum sendirian.

Untung saya dapat kenal Mama personally. 

Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua kami yang selalu menjadi pengikut Mama.

Semoga Allah memberikan rezeki yang baik-baik untuk Mama dan kekuatan untuk mengharungi hidup.

Mama sangat cantik.

Love,
Jumie Samsudin



Mama Regina seorang artis holistik.   Penulis buku fiksyen PERJALANAN yang sangat laris terbitan Fixi.  You all can read more about her here.  https://www.facebook.com/pages/Regina-Ibrahim/953633237983885?fref=ts

Cayalah De Fam

First time dengar lagu depa ni kat radio Fly FM,  aku ingat lagu ni lagu orang putih sebab rentak hip hop terkini yang best.  Tapi sekali depa ni duk cakap Melayu dalam lirik.  Fuiyoo!  Aku pun click Shazam and check it out lagu ni sapa menyanyi and keluarlah data De Fam lagu #SuperGirls.

Aku nak share dengan ampa.  Budak pompuan tiga orang ni style badan kecik macam cakcing tapi menari and menyanyi macam best juga.  Lagu depa pun best tahap-tahap Amerika gitu.  Cayalah!

Hero Seluaq Dalam

OKAY!

Aku tak tau pasaipa aku tertengok benda ni.  HARAMJADS kepada sahabat yang bagi link suruh aku tengok.  So aku dah tengok.  Aku nak suruh ampa tengok.  Selamat buang masa!

Pancaragam Pipe Malaysia yang Pertama Bertanding dalam World Pipe Band

Hello u olls just nak share ampa sikit video tenang Sri Dasmesh Pipe Band iaitu sebuah pancaragam bag pipe yang terdiri daripada penganut agama Sikh di Malaysia. Band ini telah ditubuhkan di Malaysia, sejak 29 tahun yang lalu dan tahun ini buat pertama kalinya mereka telah menyertai pertandingan pipe band di World Pipe Band Championship di Glasgow, Scotland. Walaupun hanya berjaya mendapat tempat ke 11th dalam kategori Grade 4, termasuk tempat kedua untuk drumming, mendapat tempat tempat ke empat untuk kategori Best Drum Corps in Grade 4 at Inverkeithing, tetapi mereka merupakan pipe band pertama dari Malaysia yang menyertai pertandingan ini dan paling RARE sekali apabila mereka mencuri perhatian orang ramai setelah membuat persembahan di hadapan Istana Edinburgh.

Let's watch their videos !




Adakah Calon Suami Saya Gay ?

Hai Kak Jumie,

Nama saya Anis and saya seorang perempuan. Saya nak tanya pendapat Kak Jumie la kan macam mana nak tau kalau sorang laki ni dia homoseksual ka, bisexual ka apa? Bukan kami tak suka ka apa ka. No no no jangan salah paham.

Cerita dia start macam ni. Kami ada la kenai ngan sorang mamat ni. Kawan-kawan yang tolong rekemenkan. Paihtu kawan punya kawan last sekali jadi couple. Paihtu lama-lama dia sediri cakap nak hantaq keluarga mai merisik. Asalnya dia bercadang nak buat majlis bertunang terus. Tapi disebabkan saya tak habis study lagi, so bapa saya kata, buat lah majlis letak tanda dulu (merisik). Makanya lepas ni kami cuma kena tetapkan tarikh untuk majlis bertunang ataupun terus bernikah.

Nak dijadikan cerita satu hari laptop saya rosak dan saya mintak kebenaran nak pinjam la laptop dia. My bad la jugak kan sebab lepas dapat password and dah settle assignment kami tak bagi balik laptop tu kat dia. And saya pi godek godek pulak files dia semua.

And you know what kak! Saya jumpak la video-video porn. Bukan straight porn which is think normal untuk para lelaki, tetapi GAY PORN. Dalam banyak banyak video tu pulak ada 1 video dia tengah bukak hadiah birthday bersama kawan lelaki dia yang bagi couple shirt untuk dia dan ‘X’(a guy). Disebut sendiri dalam video tu untuk sapa dan sebab apa bagi.

Bukan saya nak marah ka apa kalau depa BFF and nak pakai baju sama dan memang lepas tu depa ada celebrate birthday lagi dan kami pun tau la sapa ‘X’ yang disebut dalam video tu sebab depa memang pakai that couple shirt on that day pi upload kat insta apa semua.

Selain video-video tu saya juga curi time untuk bukak browsing history dia and mendapati dia mempunyai dua akaun Facebook! Satu akaun yang I memang tahu, dan satu lagi akaun, IN RELATIONSHIP with ‘X’. Saya browes banyak lagi benda benda alah dalam Facebook dia yang kedua ni.

So start dari haritu kadang-kadang kami rasa la macam dia gay tapi kami tengok setakat ni dia sembahyang apa semua elok. Paihtu kami mula la pikiaq balik kadang-kadang kami rasa yang dia ajak kawin sebab mak dia dah start bising suruh kahwin ja dia bukan mau pun. And dia la ni pun dah x bagi pegang fon ka apa. Kalau nak pinjam internet sat pun dia rela buat hotspot ja even dah cakap internet slow. Before ni boleh ja bagi.

Saya ni memang jenis jarang contact sebab masing -masing busy dan not clingy. Tapi now it leads to communication barrier between us. Saya tak tanya tanya dia sampai la ni. Ni dah habis study saya jadi risau kalau nanti dah tetap tarikh semua tetiba cancel sebab hal ni tak settle ka apa. Tak mau la camtu. Baziaq duit ngan masa oii!! Tapi saya taktau samaada nak tanya dia straight to his face ka atau macam mana.

Kami rasa macam tak fair pulak kat dia sebab dia taktau apa pun. Tapi saya tengah berfikir panjang untuk pi tanya ka buat bodo ja. Saya okay ja kalau dia cakap dia nak berubah dan dalam proses ka apa, kami boleh ja proceed dengan pelan nikah kami.

Tapi macam mana kalau dia saja ja nak guna saya nak tutup mulut mak dia. Setakat ni saya tau memang ada antara kawan kawan dia yang camtu tapi saya lepak ja sama kalau depa ajak tapi takla rapat sampai boleh pi tanya depa pasai dia. Mau kalau tanya (kat geng pompuan dia) pun stakat ni kalau tak tanya pun depa duk promote dia with good credits la apa kalau tanya lagi la dia tu ibarat Mr. Perfect bagi depa.

So Kak Jumie rasa camna. Tanya dia ka atau go with the flow. Atau perati ja kalau dia ada ciri-ciri then only tanya dia.

Love,
Anis




Ulasan Filem PK

Filem ni dah keluar beberapa tahun yang lalu.  Masa dia keluar kat panggung wayang kat Malaysia,  aku terlepas nak tengoknya.  Tapi thanks to teknologi menipu dalam Internet, aku telah berjaya mendownload movie ini dalam bentuk HD yang sangat bagus and lengkap dengan subtitle Inggeris.

Aamir Khan memang best!  Dia buat filem bukan semata-mata nak tunjuk 8 packs dia (carut Shah Rukh Khan),  dia punya filem since Lagaan,  dia dah macam dah letakkan satu taraf khas untuk mutu and jenis filem yang dia nak get involved in.  Contohnya cerita Taare Zameen Par yang memberikan education kepada penonton tentang dilema manusia yang mempunyai masalah untuk belajar macam orang lain.

And now cerita PK,  sebuah cerita yang disampaikan dengan cara lawak / komikal.  Tapi mesej yang disampaikan memang sangat bagus sekali.  Seperti kita sedia maklum,  kalau dulu kita selalu bercakap pasai orang-orang politik yang menggunakan kedudukan dan pangkat untuk mengaburi mata rakyat,  nak tipu dan macam-macam lagi untuk kepentingan peribadi.  Tak salah kalau I olls kata,  sekarang ni adalah zaman yang berbeza di mana orang menggunakan AGAMA untuk objektif yang sama.  (Semua ini berulang-ulang dalam sejarah dunia.  Walau di tamadun mana pun).

Okay jom baca pasai this story





Orang Kekwat Selalu Rugi



Hello u olls,

Apa habaq semua?  Pernah dak ampa semua ditelipon oleh ajen insurance  dan yang sama waktu dengannya dan menyatakan "Nama Cik bertuah dan terpilih hari ini untuk menerima pakej insurance yang amat bernilai daripada bank..sekian..sekian..sekian...."

Selalunya panggilan ni depa kata hanya memakan masa 2 minit.  Tapi end up,  kita nanti kena dengar call depa sampai 14 minit pun ada.  Ada yang jual pakej insurance,  ada yang jual pakej pelancongan,  membership itu dan ini dan macam-macam lagi.

Ada yang memang betul-betul nak tawarkan pakej mereka,  tapi ada juga yang palsu.  Di mana depa bagitau yang kita dah menang pertandingan apaka...pastu depa minta nama penuh,  no IC dan sebagainya.  Nanti silap hari bulan semua duit dalam akaun kita pun punnah.

Dulu aku selalu kena call macam ni,  kadang-kadang aku layan elok-elok.  Say no and letak phone sebab aku tau depa ni pun buat kerja jugak.  Kadang-kadang aku malaih sangat,  tengah depa duk cakap,  aku letak phone slow slow.  Macam kesian jugak.  Tapi terpaksa...sebab kalau aku kata NO satgi depa duk lawan pujuk pulak suruh dengar lagi.  Konon-konon talian terputus lah.

Tapi aku tak pernah sekali-kali-kali-kali pun nak menyentap dan memaki hamun depa yang menalipon aku.  Itu yang pasti.

Ini cerita pasai kawan aku bernama Fun (bunyi...FUN...COZ WE WANNA HAVE FUN...).  Deni ponen kekwat yang astaghfirullah halazim aku rasa dah ada suite khas untuk dia kat neraka.  Aku nak share cerita dia ni kat ampa sebagai menjadi pengajaran untuk kita semua.  Tak rugi kalau kita berbuat baik dan berbudi bahasa dengan orang.  Nak kekwat-kekwat teruk sampai bila?



America's Next Top Model Cycle 22

Hello people!  Sapa peminat ANTM sila angkat tangan?!  Yes.  Bagus.  Aku sangat suka tengok ANTM sejak dahulu lagi.  Tapi aku bukanlah die hard fans sampai ingat semua benda.  Aku follow every episode sebab seronok tengok depa gaduh gaduh and aku pun boleh la feeling modeling juga.

Cycle 22 is here!  So marilah kita bersama menonton rancangan ini bersama.  Seronoknya kali ini,  waktu siaran di Malaysia adalah sama macam di Amerika.  YES YES YES.  Aku happy sebab nanti kalau tengok internet takdakla terasa spoil dengan keputusan sedia ada.

Daripada 30,  depa dah eliminate jadi 22.  Dan akhirnya tinggal final 14 sahaja.  Jom baca!






[Infusion Detox Water] Kuruskan Badan, Cantikkan Kulit, Detox Buah Pinggang dan Hati.

Hello people,

Sapa sini banyak angin???????????  AKU!  Okay fine.  Sendiri tanya sendiri jawab.  Bila angin banyak dalam maka oleh itu badan kita berasa tidak sedap dan juga akan sakik-sakik dan sebagainya.  So untuk mengelakkan diri daripada mempunyai angin yang banyak dalam badan maka oleh itu kita akan perlu berpantang dan tidak boleh makan benda merapu.

Antara benda yang selalunya dikaitkan dengan angin adalah TEH!  But i love teh!  So ni nak cerita mai kat ampa hari itu I olls telah menerai sejenis teh yang bertajuk Infusion Detox Water.    Perisa halia dan lemon.  Sangat suka dengan teh ini kerana,  aromanya yang sedap dan of course lepas meminumnya,  maka berlakulah sesi berlahak (sendawa) persis naga Smaug.

Tak payah susah-susah ketuk halia and perah lemon.  Semua siap dalam ni!  So hari ni nak share dengan ampa jenis-jenis teh yang lain dalam Infusion Detox Water yang harus ampa beli.





Son & Dad Barber - Kedai Gunting Rambut Vintej Couture di Georgetown


Entah macam mana hari tu aku tertarik melihat kawan aku Farid berkongsi gambar dalam Facebook ketika beliau mendapatkan sesi potong dan kemasan rambut di sebuah salon.  Potong rambut,  biasalah kan!!  Tapi apa yang membuatkan aku tertarik pada posting kawan aku ini adalah tentang salon yang beliau kunjungi.

Salon yang dikenali sebagai Son & Dad Barber ini mempunyai tarikan yang lain daripada yang lain.  Ini bukan salon biasa yang berkonsepkan jiwa modern yang terbiasa,  tetapi salon ini tampil khas untuk memuaskan kehendak lelaki metropolitan masa kini yang amat suka dengan gaya vintej couture.  Im talking about gaya jantan yang klasik macam James Dean.  Kumis dan janggut tidak ketinggalan okay!  Trim and clean.

So aku pun bukaklah Facebook depa ni and aku amat teruja sekali kerana salon ini terletak di tengah Georgetown City. Untuk memastikan perkhidmatan yang lebih eksklusif,  Son & Dad Barber memerlukan customer untuk membuat temujanji sebelum berkunjung dan mendapatkan khidmat mereka.  Punctuality juga amat penting!!  Kalau u olls terlewat ataupun tidak memberitahu tentang pembatalan temu janji,  boleh mengganggu masa khidmat untuk customer seterusnya.  Son & Dad Barber are very serious about this.  Bagus!  Gentleman la u olls!  Duk mai lambat-lambat tu semua apa?  Pompuan ka?

Tapi ini semua bukan masalah dan isu untuk pengunjung setia ke Son & Dad Barber.  Pelanggan setia depa terdiri daripada jejaka dan teruna dari pelbagai latar belakang,  MAT SALLEH pun ramai u olls.

Sekian sahaja!  Ampa mai tengok gambar-gambar depa duk bagi service kat para pelanggan depa.  I olls ciloks from their Facebook.


click read more

Malaysian Unity Run 2015 pada 24 Oktober 2015 di Taman Wetland Putrajaya






Buat julung-julung kalinya Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan(YAKEB) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan akan mengadakan acara larian untuk membantu bekas-bekas atlet kebangsaan dibawah YAKEB dan KBS. Acara larian ini juga bertujuan untuk memperingati dan membantu mangsa-mangsa gempa bumi di Ranau, Sabah. Sebahagian daripada yuran penyertaan akan disumbangkan kepada YAKEB dan mangsa-mangsa gempa bumi terbabit.
Disamping itu, pihak pengurus acara akan mengadakan cabutan bertuah kepada semua peserta.


For the first time ever, Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan/Ex-National Athlete Foundation (YAKEB) in collaboration with Ministry of Youth & Sport is going to hold a running event to help Malaysian Former Athlete under YAKEB and the ministry. The event is also organized to help the victims of the recent earthquake in Ranau, Sabah. Part of the entry fees will be donated to YAKEB and the victims of the earthquake affected.


In addition to the above, the event organizer will hold a lucky draw to the entire participant.




DATE: 24/10/2015
VENUE: TAMAN WETLAND, PUTRAJAYA
START: 7:00AM
CATEGORY: 10KM (MEN OPEN, WOMEN OPEN, MEN VETERAN)



Read more : https://event.howei.com/event/malaysian-unity-run-2015


STAY WITH US FOR MORE UPDATES ON THE EVENT! 

Resepi Ubi Kentang Goreng ala Bawean Indonesia

For your request Ms.  Idayu Rashid.  Here go resepi mudah untuk Ubi Kentang Goreng ala Bawean Indonesia.  Hope u olls enjoys!!





Tips Melancong ke Bandung

Hello peoples,

Berikut adalah COPY+PASTE yang I olls ambil daripada teman-teman di Facebook yang sudi mengongsikan tips Bandung.  Banyak info yang bagus kat sini.  Semoga manfaat!



Catatan Kembara ke Bandung Indonesia

Hello u olls,

Pada minggu yang lalu aku dan kawan-kawan office telah membuat lawatan ilmiah ke Bandung.   Kami dijadualkan untuk melawat dan mengadakan perbincangan mengenai kolaborasi akademik antarabangsa dengan Universitas Kristen Maranatha sebuah city university yang terletak di tengah kota Bandung,  Jawa Barat,  Indonesia.  So after the meeting,  kami sempat la ronda-ronda sikit and berpeluang jugak pergi shopping ke beberapa pusat membeli belah yang terkenal di sana.

Tapi I olls tau ampa semua mesti ramai yang dah pi Bandung.  Ampa lagi terror daripada aku semua.  Sebab tu aku tanya dalam Facebook hari tu,  mintak tips sikit dari ampa semua.  Thank you sangat-sangat all those info memang sangat berguna.  I olls pun sampai copy paste and print untuk rujukan kawan-kawan pejabat.

So here is my simple catatan untuk kita baca bersama.



Posing nampak kuruih di depan tasik di Floating Market,  Lembang,  Bandung.  

Tempat ni baru dibuka sekitar tahun 2013.  Jauh di atas kawasan tanah tinggi Lembang so memang sejuk bangat u olls.  Kat sini ada taman-taman dengan pemandangan yang cantek dan the attraction adalah gerai-gerai makanan yang dibuat atas sampan kecil ala-ala Floating Market kat Thailand gitu.  Harga makanan murah u olls so u olls spend lebih kurang 50 000 ruppiah sorang dah mencukupi.  Pastu share share la makanan dengan kawan-kawan.  



Datin Ezurin Tunku Ya'acob

Nama sebenar beliau ialah Datin Ezurin Yusnita binti Abdul Malik (aku dapat nama ni daripada website Melewar Industrial Group Berhad kerana beliau ialah salah seorang daripada Board of Directors kat kompeni itu.

Itu dalam dunia korporat, dalam dunia fashion tanah air,  beliau lebih mesra dikenali sebagai Princess Ezurin Khyra.  Aku start mengenali beliau setelah meng-follow IG personal make up artist beliau iaitu Bosco Ryzal.  Aku terpana melihat siapa tuan empunya badan ni.  Always menggiurkan,  always made up,  cantek lendek bergaya.  Background event always di negara orang putih sahaja.



Berfesyen di Covet Fashion

Hello you olls,

Dah jemu dah main Kim Kardashion Hollywood.  Katanya hari tu akak dah kawen dengan Carlos Wright tu,  pastu dah kena cerai dengan beliau sebab akak ni taik kerja dan tak layan dia.  HAHAHA gitu gigih nak jadi selebriti sehebat Kim Kardashian sampai suami pun ditinggalkan.

So hari ni nak share satu lagi game yang for me agak best dan very challenging,  orang yang minat bidang fesyen,  orang yang tengah belajar fashion,  ampa wajib main game ni.


Pengantin Berjanggut

Sapa sini pompuan yang ada janggut or misai?  Kita semua memang ada facial hair.  Tapi ikut jenetik dan juga tahap keseimbangan otot,  pertumbungan janggut / misai untuk orang perempuan tu mungkin berbeza.  Macammana pulak kalau badan kita memang mempunyai satu keadaan dimana keseimbangan hormon kita tidak sempurna dan badan perempuan kita mengeluarkan terlebih banyak hormon lelaki.  So of courselah janggut,  misai dan bulu-bulu lain akan bertumbuh dengan pesatnya.



Inilah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Harnaam Kaur.  Dia mempunyai janggut.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...