Jom Try Diameida Fabulous Mascara

3.8.15

Berfesyen di Covet Fashion

Hello you olls,

Dah jemu dah main Kim Kardashion Hollywood.  Katanya hari tu akak dah kawen dengan Carlos Wright tu,  pastu dah kena cerai dengan beliau sebab akak ni taik kerja dan tak layan dia.  HAHAHA gitu gigih nak jadi selebriti sehebat Kim Kardashian sampai suami pun ditinggalkan.

So hari ni nak share satu lagi game yang for me agak best dan very challenging,  orang yang minat bidang fesyen,  orang yang tengah belajar fashion,  ampa wajib main game ni.




Simple sahaja,  kita diberikan duit dan diamonds.  Setiap hari ada banyak style challenges yang kita kena buat dengan tema yang pelbagai.  Setiap entry,  kita kena bayar dengan tickets,  dan kalau selepas kita memasukkan style entry kita.  Kawan-kawan dari seluruh dunia akan vote for out style.

Cara voting tu simple,  depa akan masukkan dua gambar secara random.  Kita pilih yang mana cantek,  kalau dua dua cantek ataupun dua dua tak cantek,  kita boleh click tengah bermaksud kita tidak menambah atau mengambil apa-apa markah daripada kedua-dua style itu.

Selepas voting tamat,  kita akan tau keputusan,  orang suka tak taste fashion kita?  Kalau dapat empat stars dan ke atas kita akan dapat hadiah yang berupa duit,  diamonds ataupun barangan fesyen.

So far game ni aku tengok orang Malaysia tak ramai sangat.  Paling ramai ialah orang Amerika.  Menurut kata Khafi pulak "Game ni aku tengok ramai perempuan gemok yang main.  Sebab ampa feeling tak boleh nak dressing macam ni.  So dapat main game macam ni pun okay la,"  aku pun menumbuk pipi Khafi secara pantas ketika dia sibuk duk tengok aku main game ni.





Kalau kita main game ni,  jangan lupa connect dengan Facebook account,  so that kawan-kawan FB lain yang main game ni boleh pinjam baju / aksesori daripada wardrobe kita.  Save bajet,  especially untuk orang level rendah macam I olls.  So far yang paling tinggi dalam friendlist aku ialah Wan Zeti Fadhlina yang gigih aset wardrove beliau melebihi 1 juta usd.  Dahsyat sungguh perempuan kuruih ni.

Kenapa aku suka game ni?  Sebab aku boleh belajar tentang jenama dan juga nama dan jenis pakaian / aksesori.  Kalau sapa-sapa yang rajin online shopping,  kalau ampa berkenaan satu-satu baju yang digayakan dalam game ni,  ampa boleh beli for real!!  Semua fesyen yang diguna pakai dalam game ini adalah fesyen yang betul okay.  Bukan main-main and rekaan semata.

Okay semua orang,  jomlah main game ni.  Sebab aku boleh pinjam baju dari ampa.

Sekian!!

Bacaan tambahan  :  http://www.covetfashion.com/

2 comments:

  1. Sy pun teraddict main covet fashion ni and kardashian gak... lol..
    K jumie buatlah fashion house kat covet fashion, boleh join! Hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...