12.8.15

Catatan Kembara ke Bandung Indonesia

Hello u olls,

Pada minggu yang lalu aku dan kawan-kawan office telah membuat lawatan ilmiah ke Bandung.   Kami dijadualkan untuk melawat dan mengadakan perbincangan mengenai kolaborasi akademik antarabangsa dengan Universitas Kristen Maranatha sebuah city university yang terletak di tengah kota Bandung,  Jawa Barat,  Indonesia.  So after the meeting,  kami sempat la ronda-ronda sikit and berpeluang jugak pergi shopping ke beberapa pusat membeli belah yang terkenal di sana.

Tapi I olls tau ampa semua mesti ramai yang dah pi Bandung.  Ampa lagi terror daripada aku semua.  Sebab tu aku tanya dalam Facebook hari tu,  mintak tips sikit dari ampa semua.  Thank you sangat-sangat all those info memang sangat berguna.  I olls pun sampai copy paste and print untuk rujukan kawan-kawan pejabat.

So here is my simple catatan untuk kita baca bersama.



Posing nampak kuruih di depan tasik di Floating Market,  Lembang,  Bandung.  

Tempat ni baru dibuka sekitar tahun 2013.  Jauh di atas kawasan tanah tinggi Lembang so memang sejuk bangat u olls.  Kat sini ada taman-taman dengan pemandangan yang cantek dan the attraction adalah gerai-gerai makanan yang dibuat atas sampan kecil ala-ala Floating Market kat Thailand gitu.  Harga makanan murah u olls so u olls spend lebih kurang 50 000 ruppiah sorang dah mencukupi.  Pastu share share la makanan dengan kawan-kawan.  






Macet
Malang untuk group kami,  ampa tau dak masa kami sampai kat Airport Bandung depa tengah renovasi.  Oleh itu,  bas tak boleh nak masuk sampai depan Airport.  Tour guide kami kata,  kena jalan lebih kurang 200 meter untuk pergi ke bus.  Sekali nenjia......kena heret beg pramugari aku ni punya jauh.  Ini bukan 200 meter,  ini dah macam 1.2 kilometer dah aku rasa.  Style jalan dah la berbatu dan ada banyak lubang.  Habis la beg pramugari yang laki aku baru beli kat aku.


Nenjia semua duk ketwok dengan beg masing-masing.



Lepas dah naik bas selamat semuanya,  kami pun mulakan perjalanan balik ke hotel.  First thing aku noticed adalah betapa macetnya jalan depa semua.  Macet tu maksudnya traffic jammed!!  Actually,  benda ni jadi jam sebab jalan depa kecik and berpusing-pusing.  Tu ja,  kalau depa bagi besak jalan depa,  ada sistem pengangkutan awam yang efisyen and susun jalan tu bagi elok,  mesti okayla sikit jem depa ni.

Tapi walaupun jammed dan depa ni bawak kereta style takdak peraturan punya,  ikut dan saja hang potong aku,  aku potong hang,  tapi depa takdak pun nak honk-honk sana sini.  Kalau orang potong depa,   depa akan stop dan bagi orang tu potong jalan depa.  Takdak masalah pun!!  Kalau kat Penang mampuih,  mesti nanti kena honk,  dan kalau ampa tak honk pun,  orang lain akan honk.  And aku tengok pak supir yang bawak bas kami,  macam cool ja!! Takdak pun maki maki.  Siap pasang dangdut lagi.

Kalau aku yang jadi pak supir...mampuihlaaaaa!  Turun bas saja aku akan jadi haiwan.





Cuaca Yang Dingin
Disebabkan sibuk,  aku tak sempat nak buat a simple reading about Bandung pun.  Lagipun last minute before nak berangkat ke Bandung,  boss duk suruh aku prepare macam-macam.  Malam nak bertolak pi Bandung,  3am baru siap packing katanya.  So aku pi ni,  based on itinerary yang office susun,  dan packing la yang patut.  Sepatutnya kita nak mai tempat orang,  baca la sikit Wikipedia pasai tempat ni,  population,  bahasa,  bangsa,  cuaca dan macam-macam lagi.

So bila aku mula-mula mai sini,  aku tengok aihhh nampak macam panas.  Tapi sekali angin dia mai.....puiii puiii agak sejuk ya.  Macam ekon!!  Aku pun dengan perak buihnya bertanya kepada teman-teman "Wehss...angin dia style macam ekon sejuk!!"  pastu aku kena maki  "Memangla cek oii...Bandung memang sejuk...tak macam kota kota lain,"

Balik hotel,  Google Bandung Wiki.  Baca sorang-sorang tersengap macam bengong.





Wanita dan Fesyen
Siriesly wehs...  Wanita Indonesia lebih berani untuk bergaya.  Dari segi corak dan warna.  Tak kisahlah depa bertudung or not.  Depa nampak sangat santai,  ceria,  elegen dan mempunyai pilihan fesyen yang lebih peribadi.  BUKAN IKUT TREND.

Bukan macam kat Malaysia,  kita ni nak ikut trend sangat sampai tak tau nak jadi apa dah.   Kita juga lebih suka memilih warna yang polos dan warna-warna orang tua like hitam,  coklat dan cream.  Earthy gitu.  Padahal,  wanita Indonesia lebih berani tampil dengan kain batik dengan corak-corak berani,  warna yang pelbagai sama ada terang atau lembut dan potongan pakaian mereka selalunya padan dengan bentuk tubuh.

Wanita yang bekerja di kantor,  depa segak dan tampil yakin dengan pakaian batik mereka yang dijahit dalam bentuk pakaian pejabat seperti kemeja dan blouse.  Dipadan dengan skirt ataupun seluar.  Depa nampak selesa sekali.

Antara corak batik yang popular yang harus dibeli adalah corak mega mendung.  Tapi untuk aku,  aku tak berapa suka corak mega mendung ni sebab terlalu kartun Mulan.  HAHAHA.  Masa kami berkunjung ke toko kain,  aku lebih tertarik pada corak-corak batik yang lebih tradisi.  Aku beli kemeja batik dengan corak burung dan singa untuk Khafi,  satu kaftan bermotif burung juga untuk aku.  Sesuai dengan perangai haiwan kami,  maka beli kain pun ada motif haiwan.

Dan aku juga beli sepasang kain batik corak tradisi Bandung warna coklat tua sebanyak 5 meter.  Tak berani nak beli kain banyak-banyak jenis,  sebab aku duk ingat pesan laki aku "Hang jangan duk feeling nak beli kain banyak-banyak.  Kat almari duk ada 4 pasang kain,  2 pasang sari.  Tu bila hang nak buat baju???"

Setiap kali aku nak beli kain renda,  corak-corak yang hanya RM7 semeter,  aku duk terbayang muka Khafi duk pegang beg kain aku dengan garangnya.  KUATNYA SAKA DENI JAGA AKU TIME SHOPPING.

Motif batik pada kemeja yang aku beli untuk suami tercinta.  Ada burung dan singa.  Aku suka corak macam ni.  Klasik.  Terserlah ke-JAWA-an suami aku ketika memakainya.



Shopping dengan Uwang Rupiah
Jujur,  aku just bawak 1 juta ruppiah sahaja.  Sebab makan dan hotel dah covered dan kami pun bukan sempat nak pi shopping banyak-banyak pun,  siang kami kerja,  malam ja dapat pi nak ronda-ronda shopping.  So aku ingat memang tak sempat la nak shopping banyak apa bagai.  Lagipun,  dari tips ampa semua pun,  ada yang kata...alaaaa sama lebih kurang harga Malaysia ja pun.  Murah sikit ja lagi.

Tapi wehsssssssssssssssssssssssssssssssssssss memang murah gila babi la!  HAHAHAH Haram jads betui.  Kemeja wanita,  blause,  tops,  untuk size wanita agam macam aku haram style murah nak mampus.  Paling murah aku dapat 50000 rupiah which is around RM15 sahaja.

Oleh itu,  secara rasminya aku mengumumkan bahawa aku adalah sangat-sangat menyesal sebab bawak duit sikit.  Menyesal bukan sebab tak puas shopping,  tapi sebagai orang berjimat macam aku,  aku rasa menyesal sebab all this baju /  barang sangat murah dan aku boleh beli untuk kegunaan yang lama kerana kualitinya bagus!!

So to all the people yang baca blog aku ni,  kalau ampa nak pi Bandung.  Paling kurang bawak 3 juta!  Time is not a problem!! Kalau hang terror,  dalam masa sejam hang boleh kaut macam-macam.





Shallat di Rumah Ibu Elis
Okay,  during one of our visit.  Tempat solat yang disediakan kepada para tetamu di dalam bangunan itu sangat kecik dan bercampur lelaki dan perempuan.  Kena share-share and tunggu turn.  Pastu macam mana ka,  sembang-sembang dengan dua tiga kawan office yang sporting,  kami pun bersetuju nak keluar dari tempat tu dan jalan-jalan sekitar kampung berdekatan untuk mencari masjid / surau.  Masa tu,  Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa iaitu Prof Dato Ahmad Shukri pun nak join kami.  Sporting gila Prof!!

Bila kami keluar dari bangunan,  kami dah nampak kubah masjid di belakang kawasan jalan utama.  Kubah itu terletak di tengah-tengah lautan rumah setinggan yang banyak sekali terdapat di kota Bandung.

Kami pun jalan-jalan,  tanya orang yang duk jual-jual,  pastu dia pun bagitau masuk kat lorong di depan tu,  nanti jumpa pintu gerbang yang menuju ke dalam kampung dan kat dalam tu ada masjid.

Apabila kami masuk ke kampung itu,  aku macam amazed sekali.  Rasa macam masuk dalam set penggambaran filem Indonesia.  Penempatan kat sini sangatlah rapat sekali.  Jalan yang kami laluinya lebarnya tak sampai pun dua meter.  Disepanjang jalan tu semuanya dinding rumah,  kami melalui pintu-pintu rumah,  ada juga yang meniaga makanan dan barangan lain di hadapan rumah depa.  Ada juga peniaga yang menjual makanan dengan membawa kandar yang berupa tempat masak dan tempat menyimpan makanan.  Ada juga anak-anak yang berlari.  Dan ada juga sekali sekala,  motorsikal yang lalu menyusuri jalan sempit itu.

Ternyata kehadiran kami di kampung itu membawa kepelikan di mata penduduk kampung.  Aku pun bagi salam dan memberitahu hajat kami mencari masjid untuk sollat kepada seorang peniaga tauhu.   Prof dan lain-lain di belakang.  Kami disuruh untuk masuk ke dalam lagi.  Langkah diteruskan.  Tapi apabila kami jumpa dengan masjid pertama,  kami amat pelik kerana pintu masjid itu berkunci.  Tidak bolehmasuk.

Tak lama selepas itu,  kami didekati oleh dua orang penduduk kampung.  Dua wanita ini menerangkan yang masjid ini hanya dibuka pada waktu sollat.  Selainnya,  masjid ini ditutup.  Tetapi,  di belakang lagi,  ada sebuah masjid yang dibuka setiap masa.  Dia menawarkan diri untuk menunjukkkan kami arah jalan ke masjid yang dinyatakan itu.

Tak sampai 20 tapak,  kami pun sampai ke masjid yang satu lagi.  Rupanya sama macam masjid yang tadi.  Bangunan yang bersambung dengan rumah-rumah setinggan yang lain.  Cuma dindingnya dicat dengan warna hijau dan ada lukisan dan papan tanda dengan tulisan Arab.  Mereka mempersilakan Prof dan Abang Burn masuk ke  yang membawa kami ke sebuah masjid.  So Prof and Abang Burn dijemput masuk ke masjid untuk sollat.

"Wanita boleh wuduk dulu di sini,"  kata seorang wanita lagi kepada kami iaitu aku,  Kak Mah,  Kak Sarah dan Kausi.  HEHEHE...Kausi ialah kawan kami beragama Hindu.  Tapi dia tu kalau travel office,  dia akan jadi bayang-bayang aku.  Aku pi mana pun dia nak ikut.

Kami pun mengikut wanita itu menuju ke sebuah lorong di tepi masjid.  Dalam hati aku duk takut jugak,  kot mana la deni nak bawak aku pi.

Rupanya di bawak kami ke rumah dia.  Siriesly wehs kami sangat terharu,  dia tak kenal kami langsung.  WE COULD BE ANYBODY okay.  Boleh tipu dia bok keluar pistol dan curi barang-barang rumah atau lebih teruk,  kami boleh jadi kumpulan peniaga MLM yang nak paksa dia jadi ahli perniagaan sistem piramid.

Secara bergilir,  kami pun membersihkan diri dan mengambil wuduk.  Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Elis,  berusia 33 tahun.  Dia dan suami meniaga menjual bahan-bahan kitar semula.  Lepas bersetuju,  akhirnya kami pun hanya bersolat di rumah dia.  Tak jadi pi masjid.  Dia hamparkan permaidani dan memberikan sehelai tuala untuk mengelap muka yang basah serta memberikan kain telekong untuk kami.

Bila sampai time aku nak berwuduk,  aku pun melangkahkan kaki kiriku ke dalam ruang mandi yang disediakan.  Siriesly wehs,  kecik gila.  Aku ni dahla size supermodel America’s Next Top Model.  Kira punya keciklah tandas tu aku rasa aku nak depa tangan pun tak cukup.  Aku gelak sorang-sorang sambil membuka pili air.  Ni rumah orang ka rumah Hobbit?  Aku duk terbayang macam mana kalau Khafi yang mai sini.  MAMPUIH.  Kak Sara and Kak Mah memang takdak masalah nak berwuduk kat situ sebab depa dorang memang Hobbit pun.

Selesai bersolat,  kami pun suruh Elis add kami kat Facebook.  Kami kata,  nanti kalau mai Malaysia,  mai duduk rumah kami.  Aku sempat bagi sikit duit kat tangan dia.  Seganla...takdak buah tangan apa nak bagi.  Mulanya dia macam menolak,  tapi aku kata "Untuk anak-anak sekolah,"  gituuuu!

Inilah kenangan terindah aku rasa sepanjang di Bandung.

Me,  Kak Mah and Ellis.



Tragedi Subuh Di Bandung

Ada satu lagi kisah sollat di Bandung yang ingin aku kongsikan dengan ampa.  Tapi cerita yang ni,  boleh kata seram la jugak.  Ampa tau dak,  kat Bandung,  waktu sollat dia lebih kurang jam 430am and pukul 540am macam tu dah syuruk.

So first day,  sebelum Azan pertama Subuh aku dah bangun.  Ya Latif,  punyalah sedap orang Bandung mengalunkan Azan.  Aku rasa tersenyum sorang-sorang atas katil.   Apabila masuk Azan kedua untuk Subuh,  alunan Azan ini silih bersahut dan kedengaran sangat indah sekali.  Aku rasa macam duduk di Kampung Semerah Padi.  Sedapnya Ya Allah.

Bukan macam kat Penang Darul Lim Guan Eng ni,  gila wehs Azan subuh style macam menjerit-jerit atau keriau orang Penang kata.  ALLLAHHH HUU AKKKBAARRRRRRR...ASSSOLLLAA TUUU KHOOOIRRRUNN MMINNANNN NAAUUUUU.  Kadang-kadang siap ada batuk-batuk kahak kering.  Dah pakcik Bilal ni pun,  dah tau hang nak laung Azan pagi pagi Subuh,  stembai la ayak susu suam segelaih ka,  minum ayak asam ka.  Depa bukan nak heran.  Kadang-kadang memang patut pun orang bukan Islam buat komplen kata Azan mengganggu.  Aku yang Islam pun rasa terganggu dengan laungan Azan depa.

Second day of Subuh,  aku tersedar lebih kurang pukul 430am.  Lampu bilik masih gelap,  cuma lampu cerah dari pintu toilet yang terbuka sahaja yang menerangi ruang bilik samar-samar.

Aku membuka mata dengan malas sekali dan aku ternampak kelibat tubuh Kak Mah melangkah longlai menuju tepi katil.  Dia mungkin sudah usai berwuduk.  Disebabkan aku tidur mengiring ke sana,  so aku boleh dengar di belakang aku,  Kak Mah mengeribas kain telekung dan menyarungnya ke tubuh.  Perlahan-lahan aku dengar Kak Mak membisikkan niat dan membacakan “Allah hu Akbar”.

Aku mendiam dan mengeraskan diri.  Malaih malaih malaih.  Biarlah satgi Kak Mah habis solat mesti akan gerak aku pulak.  Aku masih terdengar suara Kak Mah membisik perlahan membacakan ayat-ayat Quran dalam 2 rakaat Subuhnya.  Tanpa tersedar,  aku terlelap.

At 515 am,  aku tersedar.  Ya Karim,  dah cerah sikit.  Dah macam pukul 645am waktu Malaysia.  Tapi nasib baik bukan syuruk lagi.  Aku menapak laju ke toilet untuk mengambil wuduk.  Babi punya Kak Mah tak gerak aku bangun.

Selesai berwuduk,  aku pun menunaikan solat Subuh aku.  Kak Mah sedap berselimut di atas katil.  Lepas lipat aku punya telekung,  aku pun mencapai hanpdhone.  Jam masih awal.  Nak mandi pun buat apa awal-awal.  Kami punya appointment kerja today starts at 9am.  Khafi tengah online kat WhatsApp.  Aku pun berWhatsApplah dengan suami aku yang gemok itu.

WhatsApp punya WhatsApp,  dah pukul 630am.  Kausi pun bangun dan bersiap-siap untuk mandi.  Pastu Kak Mah pun bangun,   bila dia bukak mata dan melihat tingkap sudah cerah,  dia menampar paha aku  “AWAT HANG TAK GERAK AKU SUBUH!!”

Jengggg jengg jengggggggggggggggggg!!  Siapa yang Subuh pagi tadi?

Gambar Kak Mah and aku.  Saja nak share ni gambar kami selpiak kat KLIA2 yang maha besar sampai sesat bebai-bebai.



Gambiaq
Okaylah.  Sekian sahaja catatan aku.  Di bawah adalah gambar-gambar kami masa melawat universiti dan juga ketika berjalan-jalan di kota Bandung.


Institut Teknologi Bandung
One of the old Universiti in Indonesia.  Dibina oleh Belanda sekitar tahun 1920an.  Ampa tau dak,  Belanja menjajah Indonesia selama 350 tahun.  Gila babis.  Depa merdeka pada tahun 1945.  


Bangunan ini antara yang terlama dalam ITB dibina tahun 1924.





Pokok-pokok dalam ITB sangat cantek sekali.  Ada yang rinbum dengan bunga-bunga,  ada yang melingkar macam taman hutan.  






Para pelajar ITB sedang menjalankan rehearsal untuk sesi orientasi pelajar baru yang akan menjelang tidak lama lagi.




Kami berjalan sekitar kampus.





Bapak Sokarnoe,  First President of Indonesia ialah alumni di universiti hebat ini.











Universitas Kristen Maranata

UKM (Bukan Universiti Kebangsaan Malaysia ya...) ialah sebuah city University.  Sorry aku tak capture banyak gambar.  Tapi kalau ampa bukak Facebook aku,  ada kawan aku tagged gambar.  Ampa boleh tengok sendiri ya.








The Makanan
Jangan marah ehk orang Indonesia...apa pun MAKANAN PENANG TERPALING SEDAP!!





Set ikan tilapia bakar ala sizling.  Berasap bak hang.  Dituang dengan sos kicap yang pedas.  Kami makan ni masa singgah di Pasar Baru.





Makanan Padang.  Lauk-lauk banyak pinggan.  Siriesly wehs,  baik pi makan kat Nasik Padang Transfer Road Penang.  Lagi sedap!!








Wherever u go!! TEH TEH TEH.  Teh Botol.  Teh Kotak.  Balik badan berangin. 








Ini antara street food yang kami beli masa kat Floating Market.  Makanan kat sini murah murah dan banyak variety.  Paling penting dijamin bersih.  Kita duk beli kat tepi jalan,  takut satgi kena telan Pil Chi Kit Tek Aun.

From top,  Bala Bala.  Iaitu sayur-sayuran yang digoreng.  Ala-ala cucur sayur gitu.

Then,  satay.  Satay depa nipis.  Tidak garing tetapi dimasak well done.  Cicah dengan kuah kacang yang digaul bersama kicap.  

Then,  isi ayam goreng dalam tepung.

Then,  kerak nasik pulut dibakar.  Makan dengan sambal dan kuah kacang.  Siiresly yang ni memang layan.  Aku tak ingat apa nama dia.





One of our dinner dekat Sekar Seafood,  No 41 Jalan Suniaraja,  Bandung.  Kedai ni biasa-biasa sahaja.  Kecik and simple.  Tapi aku berani tolong jawab bagi pihak kawan office,  one of our best dinner in Bandung was at the Sekar Seafood.  Masakan dia fresh,  pedas dan rasanya sesuai dengan lidah kita orang Penang.  Paling kami suka malam tu adalah cumi goreng tepung sama telur masin.  Cumi tu sotong.  Siriesly sedap yang tu kami sampai tambah order.  Ampa boleh layari Instagram pemilik Sekar Seafood kat sini  :  https://instagram.com/sekarseafood








Kalau kat Malaysia,  kita dengar lontong mesti terbayang nasik impit dengan kuah lodeh (kuah lemak kuning).  Tapi sebenarnya pemahaman maksud lontong adalah nasik impit.  Ini adalah antara snack yang kami dapat atas bas,  Tyara Sari Lontong Daging Ranjau.  Rasanya okay-okaylah,  tapi cukup mengenyangkan apabila berada dalam perjalanan yang jauh.






The Places 


Percubaan melepak di tepi jalan sambil minum es kelapa dengan susu pekat manis di tepi jalan Bandung yang macet.  Ramai yang mai minta sedekah dan menyanyikan lagu dengan gitar usang mereka untuk mendapatkan sedikit uwang recehan.  Aku mintak maaf sangat tak boleh nak bagi apa-apa sebab takut nanti kena serbu.  So aku diam sahaja dengan Kausi.  Tapi haram time ni,  ada mamat Indonesia ni duk ushar style nak mengorat aku.  Dia maybe ingat aku kecik kot....sebab aku duk duduk.  Style ushar aku tak lepaih.  Sekali aku bangun dan ketwok depan dia,  mesti dalam hati dia mencarut sendirian..."Aduuuhhhh baik sekali ibu ini"  HAHAHAHA





Selfiaq dalam Kartika Sari.  Aku beli satu sahaja brownies choc chip depa ni.  Haram punya sedap.  Seseorang itu tidak akan boleh memakan Brownies Kartika Sari tanpa menghabiskan sekotak itu sendirian.  Takpa,  next time sapa-sapa nak pi Bandung aku nak pesan 23 ribu kotak.  



Ikan Gemok di Tasik Floating Market

Ampa nampak dak apa benda duk timbul kat bawah jeti dalam gambar ini?  Itu semua adalah mulut-mulut ikan gemok duk mintak makanan kat orang yang duk mai kat jeti baling roti.  Kalau aku yang terjatuh dalam tasik ni tak tau la.





Me and Cik Sue.  Dulu dia student kat Soc Sc (tempat kerja lama aku).  Lani dia jadi boss.  



Kolam haiwan masa di Floating Market.




Meet Uncle Husein
Tugu peringatan Husein Sastranegara seorang tokoh tempatan yang memperjuangkan kemerdekaan Indonesia.  Tugu ini menyambut kedatangan wisata selepas mendarat di lapangan terbang Bandung yang diberi nama Bandar Udara Internasional Husein Sastranegara.







Gedung Sate
Masa mula-mula tour guide kami duk bagitau dalam bus "Ibu Ibu bapak-bapak.  Bentar lagi kita akan berhenti di Gedung Sate untuk ambil photo.  Bangunannya cantek sekali.  Tidak ambil masa yang lama.  Cuma beberapa menit"

Pastu boss aku pun bangun dan berbincang dengan tour guide.  Aku mendengar "Boleh tak kalau kita terus ke Universitas kerana masa suntuk.  Lagipun kami masih kenyang tak mahu makan satay lagi,"

Pak Yanje,  tour guide kami pun ketawa.  Pastu dia pun explained kepada kami semua.

Gedung Sate adalah nama timangan yang diberikan oleh rakyat tempatan kepada sebuah bangunan binaan kerajaan Belanda sekitar tahun 1920an.  Bangunan ini menjadi bangunan pentadbiran di zaman penjajahan Belanda dan kini menjadi bangunan untuk gabenor Bandung.  Kenapa satay?  Sebab tiang besi yang tertusuk di atas puncak bumbung paling tinggi pada bangunan ini persis tusukan satay.

MOTIPP sangat orang Indonesia ni.







Kampung Daun
Ampa kalau mai Bandung WAJIB mai makan sekali kat sini.  Kampung Daun adalah restoran yang dibina ditengah keindahan alam semula jadi tanah tinggi Bandung.  Berlatar belakang pepohon tanah tinggi,  pepohon bambu,  batu bukit dan air sungai yang mengalir,  pondok-pondok kayu tersusun romantis diterangi cahaya obor dan pelita. Setibanya kami di Kampung Daun dah lebih kurang 630 pm waktu tempatan.  Time tu memang dah gelap sebab Maghrib pukul 540am.  Suasana memang sejuk bangat.  

Kami disambut dengan unggun api yang besar.  Tapi yang tak syioknya kat sini,  kena jalan kaki hiking naik atas ke pondok makan.  HAHAHAHA.  






Hotel kami terletak di Cihempelas.  So malam-malam bila dah balik dari lawatan kami sempat la meronda-ronda shopping kat sini.  Ni aku style selekeh gila.  Nasib laaa....






Pemandangan kampung setinggan di sebelah hotel kami.  






A few shop lots yang aku lalui masa berjalan pagi-pagi sebelum kerja.  Kat sini Subuh awai,  so lepas breakfast boleh jalan-jalan sekeliling hotel dan tengok pemandangan.




Padang di depan Gedung Sate.  Di sinilah tempat mereka berkumpul setiap tahun untuk perayaan hari kebangsaan Indonesia peringkat Bandung.






Kedai Cihampelas 130

Ini lepak spot me and kawan-kawan office setelah seharian bekerja.  Ada macam-macam makanan kat sini.  Tapi bila kami mai,  selalunya kami akan minum sahaja sebab duk berjalan kerja satu hari makan semua provided.  Harus cuba KOPI SUSU ES....siries sedap kopi depa.

Daripada cafe ni juga,  ampa boleh lihat pemandangan perkampungan setinggan Kota Bandung dan boleh juga lihat Jambatan Pasupati yang menjadi mercu tanda bandar Paris Van Java ini.  Kalau malam mai,  banyak jugak mat salleh duk tersadai kat sini.  

Cafe ni terletak berdekatan dengan hotel kami menginap iaitu De Betara Hotel.

  





Us

Kami semua masa kat Floating Market.



Cik Sue sedang mengontrol ayu sambil mengorder makanan.




Bercengkerama bersama Abang Rosli di Floating Market.




Cik Farah S. Omar bersama staffnya yang bersifat seperti haiwan ketika makan malam di sebuah restoran makanan Padang.




Lunch di Pasar Baru.  Sapa nampak ada manusia haiwan kat dalam gambar ni?






Posing depan Gedung Sate.




My colleague sedang menuruni tangga perpustakaan di ITB. 




Things I Bought
Dengan uwang sejuta rupiah ini dapat jugak aku beli banyak tanda mata untuk diri aku sendiri.  Sorry aku tak beli buah tangan untuk sesiapa pun,  kecuali suami and family aku.  Aku pun bawak duit sikit sahaja.  Insya Allah nanti aku mai sini lagi aku bawak duit banyak-banyak juta untuk berbelanja.





Antara benda berpaedah yang aku beli kat sini adalah benda besi ni.  Sapa tau orang Jawa selalu urut kruk-kruk buang angin pakai duit syiling?  Haaa benda alah ni hang boleh guna untuk ganti duit syiling.  




Satu benda aku belajar dari Asmaa Aljuned kalau travel sila masuk depa punya kedai runcit dan tengok apa jenis barangan yang depa jual untuk kegunaan rakyat tempatan.  Bukan untuk pelancong.  So these are some of the things aku beli masa masuk depa punya Indo Mart ala-ala Seven E.  

Aku beli dua tiga jenis serbuk teh dan kopi.  Aku jugak beli mee segera,  rempah rempah masakan,  kacang pecal,  dodol durian dan beberapa jenis jajan.  Semua ni tak sampai 70 000 rupiah pun.  





Kepada u olls yang bertanya-tanya dengan siapa kami arrange transportation,  penginapan dan juga makan kami di sana,  semuanya diuruskan oleh syarikat Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. .  Sangat mesra alam,  senang kautim,  senang kerja,  dan sangat direkemen!! Depa ada cawangan di KL (head quaters) dan di Penang.  Berikut maklumat syarikat berkenaan  :

Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. (Penang Branch)
Airidza Abdullah Mansor  (Sales Executive)
Contact nombor  /  WhatsApp  :  +60193361208
Website  :  www.glocal.com.my

2 comments:

  1. Meletops! Tak sangka aku boleh baca sampai habis. Hahahahahaha.. mabeles mak hayam! Kipidap

    ReplyDelete
  2. kat bandung azan dia best sbb bergema gema...surau dia kan banyak bersepah sepah so sekali azan bersahut sahutan...
    corak batik mega mendung macam mulan...hahaha...sentap rizalman nanti...hahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...