4.8.15

Datin Ezurin Tunku Ya'acob

Nama sebenar beliau ialah Datin Ezurin Yusnita binti Abdul Malik (aku dapat nama ni daripada website Melewar Industrial Group Berhad kerana beliau ialah salah seorang daripada Board of Directors kat kompeni itu.

Itu dalam dunia korporat, dalam dunia fashion tanah air,  beliau lebih mesra dikenali sebagai Princess Ezurin Khyra.  Aku start mengenali beliau setelah meng-follow IG personal make up artist beliau iaitu Bosco Ryzal.  Aku terpana melihat siapa tuan empunya badan ni.  Always menggiurkan,  always made up,  cantek lendek bergaya.  Background event always di negara orang putih sahaja. 




Lepas duk korek cerita sana sini,  barulah aku dapat tau siapa dia.  Dia ada dua account IG.  One untuk personal use,  satu lagi untuk para peminat.  Aku follow dua-dua,  tapi of course hanya diterima dalam account yang the second one sahaja.  Sejak itu aku selalu mengintai gambar dan video insta dalam page Princess Ezurin yang meletops ini. 

Kini,  dia sering mendapat jemputan istimewa oleh majalah fesyen tempatan yang pastinya berkejar-kejar untuk meletakkan dia dalam muka depan.  Lepas tu,  mesti majalah akan terjual laju.  Ramai yang menganggap dia sebagai icon fesyen,  mungkin kerana taste dia yang tinggi,  kemampuan dia memakai jenama mahal dan ekslusif dan yang paling penting mungkin kerana keseksian dan ke-daring-annya.


Akaun satu yang private.



Akaun dua yang dibuka untuk para peminat.


Sekarang ni,  bila dah makin ramai pengikut,  makanya dah makin ramai orang nak tau siapalah Ezurin Khyra yang cantek seksi meletops ini.  And of course,  dah bila bercakap pasai orang Melayu,  seharusnya lengkap sekali datang dengan pakej keyboard warriors dan para alim ulama Facebook yang akan cuba menghemtam dari pelbagai cara.  Rakyat Malaysia masih gigih berpegang teguh bahawa ciri pemakaian adalah kayu pengukur kepada ketakwaan dan moral hidup seseorang.

Aku malaih nak argue bab tu.  Semua orang ada pendapat masing-masing.  

Tapi bukan mudah menjadi wanita ini for sure. Aku pernah sembang dengan seorang kenalan yang kenal rapat dengan Ezurin Khyra,  katanya wanita ini sangat low profile.  Gila-gila.  Tapi despite of her appearance yang very the Hollywood,  dia seorang yang very tradisional dalam bab-bab menjaga suami dan anak-anak.  From top to bottom perihal anak dan suami,  dia jaga semua perihalnya.  Sebab itu,  kalau jumpa anak-anak dia,  pasti mereka akan meluru untuk bersalaman dengan tetamu tanda hormat.  Anak kau ada mampu buat macam tu Senah?

Terlopong juga aku mendengar pengkisahan sahabat aku tentang bagaimana Datin Ezurin ni punya mewah dan kaya nak mampus.  Sebagai manusia dintis macam aku,  terusik rasa dihati ini untuk merasa jeles pada beliau.  Katanya,  Stella McCartney buat private and personal fashion show just for her.  Gila nak mampus.  Kau ada?

Sebelum aku akhiri coretan ringkas tentang Datin Ezurin Tunku Ya'acob,  satu sahaja aku nak bagi peringatan kat ampa semua.  Kita ni janganla duk jadi naif sangat.  Ternyata dah ramai orang Malaysia,  tidak kira agama ataupun bangsa memang hidup dalam cara ini.  Double life?  Berpura-pura?  Kebaratan?  Atau apa sahaja term yang ampa boleh pakai.  Tak kisah.  Di depan media tempatan mereka ringkas berkurung modern dengan selendang ringan di kepala,  belakang media?  Depa sama-sama beraksi tunjuk lurah dengan para tetamu sambil menghirup seteguk wine.  

Tak payah pi jauh-jauh,  bukan sahaja dalam kalangan selebriti tempatan,  para pemimpin dan orang-orang politik pun sama jugak.  Yang duk kena tipu kat sini,  kitalah.  Sebab kita yang duk HENDAK sangat kesempurnaan agama dan akhlak,  sedangkan kita lupa,  kita semua tetap maknusia.  Tu yang duk mai imej-imej pelasu ni semua.







Bacaan tambahan  :  Glam.my

Glam.my/glam-deko

11 comments:

  1. True..
    Malaysian Muslims suka 'ditipu' secara halus
    Tapi bila tau kena 'tipu' abih la hentam sampai ke neraka & back
    Just my humble 2cents ;)

    ReplyDelete
  2. my dad always told me, kaya tu semua orang boleh cari boleh dapat... tapi untuk dapat penghormatan melalui kekayaan bukannya mudah!

    Walau siapapun dan kaya mana pun kita, macam akak cakap... kita manusia. Dan manusia itu punya pencipta yang satu hari nanti kita semua akan kembali padanya.

    Jadi its much better if kalau kita berpada-pada.
    Walau apa pun dia cantik dan kaya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe pandai awak membagi komen secara halus. saya suka

      Delete
    2. setiap kata-kata itu kan doa, moga apa yang kita cakap hari ni memberi manfaat pada empunya diri! moga yang baik kita ambil, yang buruk kita beringat! :)

      Delete
  3. Jarang orang tak kaya tu cantik giler.. jarang jugak orang kaya tu tak cantik. Sebab dengan teknologi sekarang..dari tak cantik boleh jadi cantik. Jampi untuk cantik duniawi ni...DUIT. Yang baik jadikan teladan..yg buruk jangan jadi ikutan.

    ReplyDelete
  4. Jarang orang tak kaya tu cantik giler.. jarang jugak orang kaya tu tak cantik. Sebab dengan teknologi sekarang..dari tak cantik boleh jadi cantik. Jampi untuk cantik duniawi ni...DUIT. Yang baik jadikan teladan..yg buruk jangan jadi ikutan.

    ReplyDelete
  5. Seronok jd kaya..sbb boleh jd cantik
    Bila lah nk kaya ni kannnn

    ReplyDelete
  6. Seronok tengok dia beraksi seksi.
    Patut lebih ramai wanita melayu lebih terbuka, macam wanita ni. Dah terlampau ramai terperangkap dgn idea bertudung. Tapi hujung2, kain bawah diselak untuk ditala lobangnya.

    ReplyDelete
  7. Hi.. I love your writings.. Salam kenal dari Jakarta Indonesia

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...