Jom Try Diameida Fabulous Mascara

25.8.15

Happy Birthday Mama Regina


Dear Mama Regina,

Happy birthday to you.  Rasanya pernah tanya Birthday mama bila masa kita duk sembang-sembang,  tapi saya lupa nak catat.  (Sebab mama memang tidak letak tarikh birthday mama dalam Facebook untuk elak notifikasi memenuhi wall.  Satu lagi tindakan bijak oleh Mama).  Mungkin juga pergerakan agak kekok masa tu.  Sememangnya kalau depan mama,  pergerakan saya jadi kekok sebab saya segan dengan Mama.  

Mama seorang yang saya pandang sangat tinggi dalam hidup saya.  Biar ada yang berkata kepada saya "Hang ni pelik aih amik maknyah jadi idola?"  tapi saya diam sahaja.  Saya tidak pandai berbicara dengan orang bijak pandai.  

Saya pilih mama sebagai idola kerana walaupun dalam perkenalan kita yang singkat dan ringkas ini,  saya banyak belajar dengan mama dari hanya pemerhatian sahaja. Bagi orang lain mungkin mereka kagum dengan mama kerana kehebatan Mama di pentas,  penulisan buku-buku Mama yang terjual laris ataupun lukisan mama yang sering membawakan isu-isu kewanitaan yang unik.  

Tapi bagi saya,  Mama hebat bukan sahaja kerana bakat yang Mama miliki tetapi juga peribadi dan cara hidup Mama yang sungguh kuat dan lain dari yang lain.  You are very simple,  rendah diri.  Mama sangat bangga dan cara hidup 'tanpa jenama' yang bagi Mama amat memudahkan.  

Falsafah hidup Mama juga sama dengan cara hidup yang diamalkan iaitu beserdahana.  Saya kagum kerana walaupun Mama tidak suka mengata dan membuang masa dengan cerita gossip orang yang memeningkan namun jika ditanya,  Mama pantas memberikan jawapan yang ringkas tetapi tajam sekali.  Yang seringkali membuatkan akal saya berfikir secara betul dan tersenyum sendirian.

Untung saya dapat kenal Mama personally. 

Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan dan dikongsikan bukan sahaja untuk saya tapi untuk semua kami yang selalu menjadi pengikut Mama.

Semoga Allah memberikan rezeki yang baik-baik untuk Mama dan kekuatan untuk mengharungi hidup.

Mama sangat cantik.

Love,
Jumie Samsudin



Mama Regina seorang artis holistik.   Penulis buku fiksyen PERJALANAN yang sangat laris terbitan Fixi.  You all can read more about her here.  https://www.facebook.com/pages/Regina-Ibrahim/953633237983885?fref=ts

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...