17.8.15

Orang Kekwat Selalu Rugi



Hello u olls,

Apa habaq semua?  Pernah dak ampa semua ditelipon oleh ajen insurance  dan yang sama waktu dengannya dan menyatakan "Nama Cik bertuah dan terpilih hari ini untuk menerima pakej insurance yang amat bernilai daripada bank..sekian..sekian..sekian...."

Selalunya panggilan ni depa kata hanya memakan masa 2 minit.  Tapi end up,  kita nanti kena dengar call depa sampai 14 minit pun ada.  Ada yang jual pakej insurance,  ada yang jual pakej pelancongan,  membership itu dan ini dan macam-macam lagi.

Ada yang memang betul-betul nak tawarkan pakej mereka,  tapi ada juga yang palsu.  Di mana depa bagitau yang kita dah menang pertandingan apaka...pastu depa minta nama penuh,  no IC dan sebagainya.  Nanti silap hari bulan semua duit dalam akaun kita pun punnah.

Dulu aku selalu kena call macam ni,  kadang-kadang aku layan elok-elok.  Say no and letak phone sebab aku tau depa ni pun buat kerja jugak.  Kadang-kadang aku malaih sangat,  tengah depa duk cakap,  aku letak phone slow slow.  Macam kesian jugak.  Tapi terpaksa...sebab kalau aku kata NO satgi depa duk lawan pujuk pulak suruh dengar lagi.  Konon-konon talian terputus lah.

Tapi aku tak pernah sekali-kali-kali-kali pun nak menyentap dan memaki hamun depa yang menalipon aku.  Itu yang pasti.

Ini cerita pasai kawan aku bernama Fun (bunyi...FUN...COZ WE WANNA HAVE FUN...).  Deni ponen kekwat yang astaghfirullah halazim aku rasa dah ada suite khas untuk dia kat neraka.  Aku nak share cerita dia ni kat ampa sebagai menjadi pengajaran untuk kita semua.  Tak rugi kalau kita berbuat baik dan berbudi bahasa dengan orang.  Nak kekwat-kekwat teruk sampai bila?





Kisahnya begini,  pada suatu hari Fun ni duk shopping-shopping la.  Dia ni memang suka memboros.  Setiap bulan bila dapat gaji ada sahaja benda dia nak beli dengan alasan "AKU PERLU BENDA NI....betui betui,"  kepada aku yang sedang menjegilkan mata aku kepada dia.  Padahal dia beli benda bodo-bodo sahaja contohnya speaker laptop jenama Beats.  Nahariam membaziaq.  Baik pi beli speaker jenama biasa-biasa kat kedai komputer.  Banyak duk ada.

So lepas balik daripada shopping-shopping,  Fun menerima satu panggilan telipon.

"Assalamualaikum Encik Fun.  Saya call daripada Bank....."

belum sempat saudari dalam telipon tu menyambung kata-katanya,  Fun terus memotong lalu berkata

"Arghhh sudah-sudah...saya takdak masa nak dengar you punya promo.  I tak berminat....I tak mau,"

"Encik Fun.  Saya tidak menjual apa-apa.  Sebenarnya saya...."

"Awak tak paham ke??  Saya cakap saya tak mau?  Kenapa you all ni semua suka nak call orang and offer macam-macam?  You tau tak saya boleh saman you sebab you ni ambik data peribadi saya tanpa kebenaran,"

Saudari dalam telefon itu menarik nafas panjang lalu berkata

"Encik Fun,  mohon dengar penjelasan saya.  Saya dapat panggilan daripada butik Victoria Secret tadi yang encik tertinggal kad debit encik di sana.  Pihak Victoria Secret call kami and minta kami hubungi encik untuk ambil kad di premis berkenaan,"

Fun terdiam seketika.

" Saya juga telah membuat semakan data,  ada transaksi pembelian berjumlah RM200 untuk perfume.  Boleh encik sahkan sama ada encik yang membuat pembelian tersebut?"

"Ya...saya ada buat pembelian tersebut,"

"Okay,  jadi okaylah.  Semuanya okay.  Encik nak saya block kad tersebut untuk keselamatan?"

"Tak perlu....saya akan pergi ambil kad tersebut secepat mungkin,"

"Baiklah.  Encik Fun,  ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu?"

"Tiada.  Terima kasih ya cik....."  kata Fun terketar-ketar.

Petang itu juga,  Fun pun pergi ke butik Victoria Secret tersebut untuk mengambil kad debitnya yang tertinggal.

Sekian sahaja cerita seorang ponen kekwat tak sedar diri dan telah mempunyai tempahan suite di neraka nanti.  Moral cerita adalah,  janganlah kekwat bila orang call.  Cakap elok-elok.

*  dialog dalam cerita ini diubah untuk menjadikan cerita ini lebih menarik.  Tidak kena mengena dengan mana-mana SOP mana-mana bank.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...