3.8.15

Pengantin Berjanggut

Sapa sini pompuan yang ada janggut or misai?  Kita semua memang ada facial hair.  Tapi ikut jenetik dan juga tahap keseimbangan otot,  pertumbungan janggut / misai untuk orang perempuan tu mungkin berbeza.  Macammana pulak kalau badan kita memang mempunyai satu keadaan dimana keseimbangan hormon kita tidak sempurna dan badan perempuan kita mengeluarkan terlebih banyak hormon lelaki.  So of courselah janggut,  misai dan bulu-bulu lain akan bertumbuh dengan pesatnya.



Inilah yang berlaku kepada seorang wanita bernama Harnaam Kaur.  Dia mempunyai janggut.




Pada mulanya,  aku ingatkan pompuan ni macam serlah.  Ada janggut bukan tumbuh sehari 1 kaki panjangnya macam pokok buluh.  Kalau kita shave hari-hari or sebulan sekali pi cukur,  mestilah muka kita bebas janggut kan?  Itulah tanggapan pertama aku.  Aku rasa perempuan ni style pemalas dan dia sendiri yang saja nak pi simpan janggut dia panjang sampai jadi lagu ni.

Tapi selepas membaca lebih lanjut mengenai beliau,  sebenarnya the reason dia tidak memotong janggutnya adalah untuk memenuhi keperluan agamanya.  Harnaam Kaur telah memilih untuk dibaptis dalam agama Sikh,  dan selepas ritual itu,  dia tidak boleh memotong rambut dan tidak boleh mendedahkan rambutnya tanpa memakai sebarang penutup.  Sama macam orang lelaki beragama Sikh,  perempuan juga boleh membuat pilihan berkenaan.

Disebabkan itu Harnaam Kaur mempunyai janggut.  Pilihan itu bukan mudah untuk orang yang mempunyai kondisi ketidak seimbangan hormon macam beliau.  Sudah tentu dia dicaci dan dipandang pelik oleh orang ramai.

Kesimpulannya,  aku respek kat perempuan ni sebab dia sangat yakin dengan apa yang Tuhan dah bagi kat dia.  Inilah kecantikan sebenar.








Bacaan tambahan  :  Dailymail.co.uk

Instagram  :  Instagram.com/harnaamkaur

2 comments:

  1. Salam Kak Jumie.

    This is my third time visiting this post since morning, while at first I didn't want to leave any message but my head is still wrapped in this matter. Not because of you writing this piece of information (I feel that its a good opportunity for people to understand about PCOS - the medical condition that this lady is having) but I feel rather disturbed by the comments you received on your facebook page.

    I understand that you are trying to shed light on the situation that this lady is facing through out her life and also her admirable dedication towards he religion. Balpreet, being a young sikh woman living in the US empowers woman to be proud of their appearance no matter how they look on the outside; i see that you have highlighted this. But I feel it would be great if you could highlight more on the medical condition that she's having - PCOS which is absolutely common within woman all over the world but many are unaware of this medical condition including woman themselves - hence, the body shaming comments that you can see in your page today,

    I am sorry, I might sound like I'm jumping on you but no, that's not my point or intention. I believe that as a power blogger you have more; well, power in educating people around you, especially the Malay community kerana kak jumie punyai satu ikatan komunikasi dengan komuniti di sekeliling akak which I feel, mampu mengubah persepsi masyarakat tentang penyakit ni. Saya sendiri punya dua orang akwan rapat yang mengalami masalah PCOS dan saya juga mengetahui betapa mencabarnya hidup mereka menghadapi PCOS. Bukan sekadar terpaksa berbelanja tinggi untuk sesi waxing tapi turut mengalami masalah diabetes dan risiko tidak mampu mengandung di masa hadapan. Dan mungkin atas alasan ini saya berasa sedih melihat komen yang berada di Facebook kak Jumie.

    My apologies for my random ramblings. Power to you, and I hope you continue empowering woman in the future.

    Regards.

    Intan Nur Syeefa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Also, mungkin dengan sedikit pencerahan daripada Kak Jumie tentang PCOS boleh memberikan kesedaran kepada ramai wanita di luar sana tentang kewujudan medical condition ini. Pendedahan ini sangat bagus untuk memberikan peluang kepada orang ramai tentang cabaran yang dihadapi oleh penghidap PCOS dan bagi penghidap sendiri, kefahaman ini boleh meningkatkan lagi keyakinan mereka untuk menerima keistimewaan kurnian Tuhan kepada mereka. We'll never know if this medical condition would affect maybe our own children in the future, and for them to face forward in their daily lives with ease and confidence, our support is needed.

      Education is powerful, respect is powerful, and you are one of the few who can make this happen within our community.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...