Jom Try Diameida Fabulous Mascara

13.8.15

Resepi Ubi Kentang Goreng ala Bawean Indonesia

For your request Ms.  Idayu Rashid.  Here go resepi mudah untuk Ubi Kentang Goreng ala Bawean Indonesia.  Hope u olls enjoys!!







Bahan-bahan  :

500 gram ubi kentang (Rebus dan didadu.  Saya suka basuh bersih kentang dengan berus,  hilangkan kesan tanah,  potong dadu dan rebus.  Kulit kentang *semua sayuran pun sama* banyak khasiatnya)

3 biji bawang besar dihiris halus

3 biji telur ayam.  Kocakkan telur dalam bekas dan letakkan sedikit garam.

Sedikit garam

Sedikit lada hitam yang ditumbuk

Sedikit penambah perisa

Sedikit daun sup dan daun bawang yang diracik

Minyak untuk menumis


Cara-caranya  :


  1. Panaskan api.  Tumis bawang besar sampai keemasan dan naik bau wangi.
  2. Masukkan ubi kentang.  Taburkan lada,  garam dan serbuk perisa.  Kacau sebati.
  3. Tuangkan telur yang telah dikocakkan.  Gaul rata.
  4. Last sekali sebelum angkat,  taburkan daun sup dan daun bawang yang telah diracik.

Cadangan hidangan  :

  • Sesuai untuk makan begitu sahaja pada bila-bila masa.
  • Sesuai di makan bersama roti / nasi / side dish makanan Barat seperti steak / poultry.
  • Sesuai dibuat sebagai bekalan kepada anak-anak nak pi sekolah (THATS WHAT KAK EDEH ALWAYS DOES TO ME),  piknik di tepi pantai atau pot luck kat pejabat.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...